Thursday, May 24, 2012

Deerland Park

12/05/2012 - Sat

On the way balik dari kenduri kami melencong ke exit Lanchang menghala ke Kuala Gandah. Saje nak bawak Irfan jalan kat Deerland Park. Tempat Papa Irfan diserbu oleh rusa2 yang kelaparan. Rindu betul bila teringat saat2 tu. Maklum la time tu pun baru seminggu kawen kan...hiks! Kalau rajin boleh baca kat sini =)


Irfan memang tido nyenyak walaupun kereta dok lompat2 sebab jalan berlubang sana sini. Sampai2 kena kejut dia. Rugi kot datang jauh2 sekali sampai dia tak turun. So paksa jugak dia bangun...hehe...Dulu kitorang datang kalau tak silap nak masuk kasi je berapa2 ringgit derma kat entrance tu. Sekarang dah kena bayo. Siap dapat wrist band lagi.


Dengan mamai2 tu bawak Irfan tengok binatang2 yang ada. Masuk2 nampak la bird yang warna warni. Bird tu pulak mulut kemain riuh. Suka la Irfan. Terus segar bugar. Asik dok tunjuk bird even kitorang dah jalan ke depan.

Lepas tu sampai kat tempat rusa. Amik makanan rusa kat pondok tepi tu nak kasi rusa makan. Sekarang dorang dah tak kasi orang masuk bagi makan rusa kat dalam. Setakat kat luar pagar je. Dah habis bagi makan baru boleh masuk. So dah tak boleh tengok aksi sebegini dah ;)


Irfan mula2 malu2 kucing je ngan rusa2 tu...hikhik...


Mama Irfan duduk jauh2. Tukang amik gambar je.


Kemain lapar rusa2 kat situ. Papa Irfan siap cakap2 lagi ngan rusa2 tu. Suruh baca Bismillah la, suruh beratur makan ikut turn laaa...haha...


Habis 2 bakul kasi makan. Tu pun berebut2 lagi memasing nak makan. Irfan suka la sebab tak pernah jumpa rusa live lagi kan ;) Bising je mulut dia tengok rusa2 yang kebuluran tu :P


Kacau2 ostritch kat sebelah pulak. Garang tau ostritch ni. Usik sket kemain luas mulut dia nganga. Risau je kang dia ngap Irfan T_T


Oh yang ni memang Irfan tak boleh dekat la. Bukan setakat Irfan je. Mama Irfan pun memang lari jauh2. Amik gambar pun laju2. Last2 kepala ular tu kat bawah...huhu...


Cukup la sekali merasa ular dok berlingkar atas tengkuk aku time datang berdua dulu. Tak nakkk dah laaa...


Lepas tu bagi makan rabbit. Kacang panjang ngan carrot. Macam bahan2 nak masak sup Irfan kekadang tu ;) Memula sekor je yang datang. Yang lain jual mahal.


Lepas tu berdoyon tiba...keke....Berebut2. Orang lain lalu je tak ada nak singgah bagi makan. Kebosanan la agaknya dorang melangut kat situ.


Irfan excited sebab tak pernah jumpa rabbit jugak. Tangan tu laju je nak usik2 rabbit. Comel kan si arnab. Dulu kat kampung hari2 dapat tengok. Sereban arnab dok ada. Sekarang memang tak koser la kan nak bela.


Tu je la binatang2 yang ada. Kalau dulu ada beruang besar tapi dah kena rampas pulak. Kalau tak mesti Irfan lagi suka tengok bebear ;) Tak banyak mana binatangnya. Balik2 ayam ngan burung je la. Just color, saiz, jenis je lain2. Irfan suka la. Mama dia je yang kebosanan :P


Dah nak balik baru ada muka Mama Irfan. Sebenarnya ada maksud tersirat jugak datang sini. Nak makan laksa sedap kat gerai depan Deerland ni. Tapi boleh tutup pulak hari tu. Melepas sudah.


Sekali sekala datang Temerloh boleh la singgah. Bukan ada apa sangat pun. Nak bawak Irfan je. Tu pun tak sempat singgat kat Kuala Gandah sebab dah dekat pukul 5. Lain kali la ye Irfan kita tengok gajah pulak. Zoo Negara yang sekangkang kera dari rumah pun tak sampai2 lagi tapi tempat yang ceruk ni jugak yang nak pegi sesangat kan...huhu...

Wednesday, May 23, 2012

Wedding Fahmi & Dr. Ehsan

12/05/2012 - Sat

Last 2 weeks kami ke kenduri kat Temerloh. 2 orang cousins aku buat kenduri serentak. Abang n adik lelaki. Gerak dari Gombak 4 buah kereta konvoi. Bawak family masing2 la kan. Pukul 12 lebih kot baru sampai. Sempat la makan2 dulu before pengantin sampai.





Tak sedar pun bila pengantin sampai. Tau2 je dah ada kat meja makan beradab. Kitorang dok santai2 kat dalam sebab ada kipas. Masing2 dengan anak kecik kan. Mak bapak pun harus la tumpang sekaki. Kitorang dok suap Irfan sambil main kejar2 dalam tu je.


Beza masa amik gambar kat atas ngan bawah tak sampai berapa saat kot. Irfan dah sibuk buat kerja lain. Baru satu suap dah berlari sampai ke pintu depan. Selit2 celah orang kejap je hilang...huhu...


Pengantin potong kek...Yang pakai baju putih tu abang, Fahmi. Yang pakai baju gold tu adik, Ehsan. Dia ni baru2 jugak la jadi doktor. Doktor sakit puan. Nasibla ko keje kat Temerloh kan :P


Bergambar ngan pengantin before balik. Lawak tengok gambar ni. Sebenarnya abang n akak ipar aku tu nak bergambar ngan pengantin sekali ngan anak2 dia. Sekali kitorang masing2 letak anak kat depan tu lepas tu blah. Sekali tengok macam abang aku dah ada anak 10 daaaa :P



Sempat bergambar ngan sepasang pengantin je. Lagi sepasang tengah layan orang2 kat luar. Tukang ngamik gambar dok kat ceruk. Tak ada sape nak pandang. Tak tau nak pandang kamera mana sudahnya baik aku tutup mata je T_T


Irfan kena kepit ngan papa dia. Habis semua mende atas meja dia nak kaut.


Haihhh...bosannya la duduk setempat aje...


Tak nak dok diam kan. Meh kita buli dia :P


Lama jugak la kitorang lepak situ. Pukul 3 lebih jugak baru nak gerak balik. Masing2 straight balik rumah. Kitorang je melencong ke lain ;)

p/s: Semalam Irfan dah genap 15 bulan =)

Friday, May 18, 2012

Beri Hitam Ku

03/05/2012 - Thurs

Akhirnya berjaya jugak pakai smart phone. Setelah sekian lama berangan2 kan ;) Orang lain dah lama kot ber'smart phone'. Aku je yang outdated pakai handphone biasa. Sekarang BlackBerry idaman sudah berada dalam genggaman ;) Ingat lagi last year dekat entry ni time nak beli handphone bukan main lagi list nya kan. BlackBerry Torch ni memang termasuk dalam list. Tak sangka pulak sekarang dah dapat. It's just ike a dream come true =)


Actually kalau tak ber'smart phone' pun ok je. Aku jenis pakai handphone untuk call, sms and amik2 gambar je. Tapi bila boleh dapat handphone ni dengan keluarkan duit tak sampai RM 100 pun mana la boleh tahan kan. Tu pun bayar untuk registration je. BB ni free je ok! Bil pepandai la kan. Jenuh la nak bayar bil bulan2. Dah biasa pakai prepaid sebulan tak sampai RM 50 pun...huhu...


Masih lagi pakai handphone yang ber'slide'. Dah kali ke 3 berturut2 pakai hanphone slide ni. Ramai orang tak suka yang slide sebab berat and susah nak jaga. Tak tau la nape aku suka sangat yang slide2. Lagipun memang BB Torch ni je yang di'offer'. Memang kebetulan sesangat.

Sekarang ni tengah membiasakan diri pakai qwerty keypad. Nak taip sms pun selow melow je. Padahal hari2 ngadap keypad laptop tu. Dah terbiasa pakai keypad lama kan. Yang lama sambil driving pun boleh taip2 :P Tapi ok la BB ni sebab boleh pakai dua2 touch screen ngan keypad. Aku tak suka sangat pakai touch screen. Mana tau lepas berjinak2 ni jadi suka ke kan. Boleh la berangan2 nak pakai iphone pulak...hikhikhik...


Sticker belakang BB pun tak tanggal lagi...hehe...Dah pakai cover so tak nampak pun. Konon2 nak tukar housing ngan cover biru. Sekali tak jumpa. Selamat duitku. Handphone SE lama tu still pakai lagi. Untuk receive call n sms. Nombor baru bukan orang tau. Nak tukar nombor lama jadi postpaid nombor tu ada problem pulak. Dari study pakai nombor tu. So kena la pakai 2 handphone.

Dah lama dah tunggu BB ni sebenarnya. Dari bulan 3 or 4 gitu dah apply. Ada sekali tu Meor try call pakai nombor pelik. Time tu dah boleh agak BB nya dah sampai sebab memang dorang akan pos BB tu ke ofis Meor. Setia la menunggu kat rumah dengan penuh sabar. Gigih tak tido tunggu Meor balik. Last2 tertido jugak pukul 4 pagi. Tak sempat jugak sebab pukul 5 pagi baru dia balik dari ofis. Memang pekerja cemerlang lah :P Dah sesama dalam bidang IT ni kena la buat2 paham kan...huhu...Pepagi bangun2 tengok ada kotak BB atas laptop. Hip hip hooorayyy! Tapi sebab mamai2 sambung tido balik bermimpikan BB...hoho...


Al-kisahnya BB ni company Meor yang offer untuk staff dorang. Join venture ngan Maxis. Kira kalau calling2 untuk kerja ofis nanti senang la nak claim. Since Meor pun baru je ber'smart phone' last year dia malas dah la nak tukar. Aku je la yang sibuk2. Yang bestnya ada ofismate Meor dapat BB ni tak lama lepas tu bawak iphone 4s terus. Tambah duit sikit je la trade in beli handphone baru...Best kan? Tapi aku tak boleh tamak...huhu....

Kalau nak beli dengan duit sendiri memang idak ler. Coach pun lagi murah kot dari BB. Coach tu pun dapat beli sebab korbankan mende2 lain. Iye la. Aku mana ada rumah sendiri, handphone cikai saje, nak travel pun setakat yang dekat2, kereta pun kecik dari dulu sampai sekarang pakai yang itu je la.

Tetiba topik lain dah nih....hehe....Bukan apa. Just nak explain macam mana dikira orang tu mampu ke tak. Kadang2 kita beli mende sikit orang cakap ko tak pe la...mampu...duit banyak...Dalam kes aku ni tak ada la mampu sangat kot. Kalau nak something tu memang tak dapat la nak dapat semua mende dalam masa yang singkat. Pelan2 kayuh ;) Dalam kes BB ni memang boleh dikatakan rezeki. Alhamdulillah =)

p/s: Panjang pulak membebel di hari Jumaat ni kan. Cerita pun dah tunggang terbalik. Taip ikut sempat je. Weekend datang lagi esok. Nak jalan2 ke mana pulak ye?

Thursday, May 17, 2012

Viva Home Shopping Mall

29/04/2012 - Sun

Sambung balik previous entry. Disebabkan tak jumpa tempat makan kat Kenanga Wholesale City tu last2 kitorang ke Viva Home Shopping mall semata2 nak cari makan. Lagipun memang tak pernah sampai ke situ lagi. Unexpected plan jugak datang sini. Ingat kalau datang pun bukan on the same day lah. Before ni tak pernah tau pun pasal kewujudan tempat ni. Bila dah baca blog Azy and lepas tu ternampak pulak pasal tempat ni kat billboard rasa cam teringin pulak nak pegi.


Sampai2 terus cari changing room. Dah seharian jalan kena la tukar pampers kan. Memang luas bilik kat situ.


Sekali ngan tempat nursing. Kalau tak ada orang memang heaven la. Kalau ramai tak ada privacy jugak sebab pakai langsir gitu aje. Lagi best baby room kat JJ kot walaupun agak sempit.


Nampak Kenny Rogers je yang best kat situ. Lagipun Irfan boleh tumpang sekali. Nasi dia memang tiap kali jalan je mesti bawak. Air masak pun bawak dari rumah. So beg Irfan je dah default 2 bijik kalau keluar jalan2...huhu...Tapi bila Irfan dah nampak kitorang makan mende lain dia nak mende yang sama jugak. So kena la standby foods yang boleh suap kat dia sambil2 makan nasi bekal.


Nak cari tempat makan pun nak kena cari tempat yang luas n selesa. Aku prefer kedai yang ada kerusi panjang sebab baby chair memang dah tak boleh pakai sekarang ni.


Macam biasa laaa. Kalau nama pun dah Irfan Naufal memang tak sah kalau duduk diam aje. Ada je aksi2 dia. Kadang2 tu dah naik atas meja nak joget2 lagi :P





Suka tengok muka sendiri kat cermin...


Sekarang ni kalau tanya dia mana gigi menyengih je la tunjuk gigi dia. Gigi tajam2 pulak tu. Kadang2 cakap tunjuk gigi tak paham jugak. Tapi bila cakap 'gigit kang' terus sengih tunjuk gigi...huhu....Dah 8 batang dah gigi Irfan sekarang ni. 4 atas 4 bawah. Gigi geraham pun nampak macam dah tumbuh.


Awal2 dulu dah ajar tunjuk nose. Dah pandai dah. Lepas tu ajar tunjuk ear pulak. Pandai jugak. Tapi bila tanya nose balik dia still nak tunjuk ear dia jugak. Habis nose dilupakan...hahaha...


Lepas makan terlalu pulak tempat mainan. Kasi la Irfan testing kereta kat situ ;)



Lepas tu round2 kejap. Tak singgah mana2 kedai pun. Memang mall ni banyak kedai jual barang2 untuk home deco je. Kitorang udah ler tak ada rumah sendiri. Nak deco apanya kan...huhu...

Singgah kat kerusi kat LG floor. Yang menariknya kerusi kat sini ikut floor apa. Kalau lower ground floor paling meriah kerusinya sebab LG. Ramai sikit boleh bertenggek. Kalau 1st floor ada nombor 1 aje....hehe...Menarik sebab tak pernah jumpa ;)


Dapat belon seketul untuk Irfan. Suka betul dia. Tapi time orang tu kasi dia boleh buat muka blur. Bila dah dapat orang nak amik pun tak boleh. Time nak masukkan dalam kereta dia boleh menjerit sekuat hati sebab belon dia kena amik...huhu...



Ni hasil rembatan kat Kenanga Wholesale City. Patut beli 2 helai baju je. Tapi ada kat satu kedai tu bajunya mahal bebenor kalau beli sehelai aje. Terus pusing2 tambah lagi 2 helai baru dapat harga murah. Siap beli belt yang dorang letak kat patung depan kedai tu. Padahal kedai tu memang tak jual aksesori. 1st time beli belt. Belt yang ada before ni memang dapat sekali ngan baju. Lepas tu tak sanggup dah nak singgah mana2 kedai. Takut tergoda lagi T_T


Ni baru betul2 habis update cerita bulan April. Semalam tak jadi :P

Wednesday, May 16, 2012

Kenanga Wholesale City

29/04/2012 - Sun

Fuh...fuhhh...Entry last untuk bulan April. Mengah dah ni nak update blog. Hati meronta2 nak update cerita baru. Tak best la asik keluar cerita basi je kan. Hari tu kitorang bertiga ke Lowyat. Ikut Meor cari barang untuk ofis dia. Nama pun Lowyat. Memang tak menarik pun nak amik gambar.

Alang2 dah sampai Lowyat akhirnya berjaya jugak sampai ke Kenanga Wholesale City ni. Memang boleh nampak dah dari jauh bangunannya on the way ke Lowyat tu. Terus ajak Meor ke sini. Dah lama nak wusha2 ada apa kat sini. Tapi kalau shopping mall area KL ni memang liat sikit nak pegi. Jem sana sini.


Tak amik banyak gambar pun kedai2 dalam tu. Mata sibuk melilau je tengok ada apa dalam kedai :P Banyak sesangat kedai dalam ni. Tu pun banyak lagi yang tak bukak. Memang ada kedai yang belum start bisnes. Kalau tak silap mall ni pun siap dalam hujung tahun lepas.


Amik gambar Irfan je la. Segan la nak amik gambar kat kedai. Mostly kedai kat situ banyak baju yang berfesyen2. More to women punya baju la. Men n kids pun ada jugak. Cam ala2 kat Times Square pun ada. Bezanya kalau beli banyak sikit dapat la murah. Nama mall pun 'wholesale' kan.


Gambar bertiga pun harus ada. Macam Plaza GM pun ada jugak kat sini. Tapi kat GM macam2 jenis barang ada. Lepas tu nak kena beli borong jugak. Kat sini tak kesah. Nak beli satu pun boleh. Tapi mahal sikit la harganya. Beli minimum 3 helai dah boleh dapat murah =)


Dah nak balik. See...Kat tangan tu dah ada hasil tangkapan ;)


Actually time tu lapa. Habis tawaf pun tak jumpa tempat makan yang best. Banyak kopitiam je. Fast food restaurant lagi la tak ada.


Macam banyak sangat gambar kalau habiskan cerita ni sebab singgah 2 shopping mall. Dah taip2 berjela la pulak. Copy masuk entry lain la kan. To be continued....