nuffnang

Showing posts with label promotion. Show all posts
Showing posts with label promotion. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Bersantai di Hujung Minggu

24/03/2013 - Sun

Bersantai di Taman Layang2 Kepong...Dah lama tak ke sini. Sampai2 je elok Irfan terlelap. Paksa jugak dia bangun. Tak kan la nak patah balik kan...huhu...Nampak je ramai orang dia pun excited. Laju je jalan. Sakan dok tawaf segala playground dekat situ. Papa dia la yang rajin mengekor. 

Nak main buaian tak boleh sebab asyik ada budak je. So last2 Papa Irfan pegi belikan mainan buih2 ni. Dah berzaman tak jumpa ok. Last masa kecik2 dulu lah. Suka pulak tengok ;)


So berlari-larian la Irfan ke sana sini nak tangkap buih2 tu. Mula2 main tu dekat tempat ramai orang. Sekali buih tu pegi kat orang habis orang pun dilepuknya...hahaha...



Kalau boleh nak buat sendiri tu.


Siap lompat, tendang, pijak semua. Macam2 gaya :P



Habis main2 berpeluh2 la anak beranak. Sebelum balik singgah makan dekat Secret Recipe...hahaha...Secret Recipe lagi. Last day promo geram pulak kalau tak singgah. Ok lepas ni 6 bulan tak nak makan sini dah :P


 Macam2 gaya jari keluar kalau nak suruh buat peace ;)


Last2 dapat gaya ni je :D Tu kes tak koser dah nak layan mama dia soh bergambar T_T


Kek sehengget. Nak try kek lain tapi dah tak ada pulak. So ambik je la stawberry yogurt cheese cake ni. Yummeh2. Cam menarik je kalau buat sendiri ni ;)


Order chicken gordon bleu...ehhh betul ke eja dia...malas nak google. Yang pentingnya dekat Chop n Steak Kg. Baru lagi sedapppp...Banyak rupanya menu yang baru aku try dekat Secret Recipe ni. Sebab kalau tak memang balik2 akan order spagetti or lasagna aje.


Papa Irfan order chicken chop.


Untuk Irfan tak non ado. Tumpang mama ngan papa dia je. Sambil tu layan Upin Ipin kasi dok setempat.


Habis pun cerita weekend lepas. Esok dah nak masuk weekend pun. Memang makin lama makin slow nampknya nak update belog. Happy weekend uols!

Tuesday, March 26, 2013

Laura Mercier Foundation Primer


Nak update belog tapi malas nak upload gambar yang berlambak dalam phone tu...huhu...So tepek je la 1 gambar ni dulu. 1st time beli produk Laura Mercier. Tu pun sebab ada offer time International Women's Day hari tu. Berapa haribulan pun dah tak ingat T_T 

Thanks to Shikin sebab susah payah tolong belikan jugak...hehe...Actually offer tu untuk hari tu je. Dapat beli foundation primer tu RM 38 je from RM 85 for the 1st 38 customers. Tau pun dah petang. Nak keluar memang susah la. Nasib baik Shikin kerja dekat Mid Valley. Terus roger2. Tu pun dah pukul 5 lebih baru nak roger...hehehe...Nasib baik sempat dah Ckin pun sangat baik hati nak tolong pegi belikan ;) Tak dapat bayangkan kalau aku yang kerja kat Mid Valley. Mesti nak shopping aje kerjanya :P


Sebenarnya tak ada la rajin sangat nak pakai primer2 ni. Biasa nak cepat sapu foundation terus aje. Kadang2 je pakai make up base. Tapi memang jarang terjadi lah. Tapi disebabkan dah lama nak try produk LM ni makanya kena la jadi rajin lepas nih. Once again...tenkiuuuu Ckin. Jasamu tetap kukenang ;) Suka betul kalau dapat try benda2 baru ni =)

Friday, March 22, 2013

RM 1 for Slice of Cake

17/03/2013 - Sun

RM 1 for slice of cake at Secret Recipe...Siapa nak bagi kan? Memang tak ada siapa pun nak bagi...hehe... Kena pegi sendiri then order 2 ala carte main meals baru la dapat menikmati sepotong kek berharga RM 1. Agak berkurun lama rasanya tak makan2 at Secret Recipe. Alang2 tengah ada promo kek murah ni singgah je la. 


Papa Irfan order Fried Rice with Satay...


Mama Irfan order Chicken Parmigiana. 1st time try ni dan memang sangat la tidak menghampakan. Sedapppp tapi tak boleh makan selalu...huhu...Part yang ada cheese tu la yang paling tak boleh dilupakan ;)



Kami dating berdua...


Sebabnya Irfan sedap tido sampai la kami habis makan :P


Kenyang...Alhamdulillah...


Habis makan2 tu makan kek pulak. Macam biasa makan kek choc indulgence lah kan. Promo ni sampai Ahad ni je 24 Mac. Rasa macam nak pegi lagi je. Nak try lagi 1 kek. Tapi macam hover la pulak dalam sebulan sampai 2 kali makan dekat Secret Recipe T_T


Irfan dah bangun bagi dia main benda ni. Dah lama aku dok aim binatang2 ni nak bagi Irfan main.Tapi Papa Irfan cakap dia kecik lagi. Tapi boleh je naik. Just kaki dia tak sampai la pedal kat bawah tu. Dah main lama sikit dia dah bosan sebab nampak ada binatang lain yang lagi menarik...huhu...Bawak lari laju2 :P


Lepas tu baru la ke Tesco cari barang2 harian. Tu tujuan utama keluar sebenarnya. Yang lain2 tu aktiviti sampingan je. Bulan ni asyik la menghitung hari tunggu hari gaji. Memang banyak spend duit especially dekat kereta. Mula2 kereta kena rempuh dengan motor. Habis kena ketuk plus cat satu side dari depan ke belakang. Side mirror pun kena tukar. Lepas tu cermin kereta pulak pecah. Bateri pun nak kena tukar. So memang tabur duit untuk kereta je banyak T_T

p/s: Hari ni 22/3 Irfan dah 2 tahun 1 bulan ;)

Wednesday, July 11, 2012

Shopping Raya!

28/06/2012 - Thurs

Akhirnya hari ni berjaya menunjukkan muka kat ofis. Asik plan nak pegi tapi tak jadi. Tak ingat dah berapa lama tak masuk ofis. 2 bulan kot. Tak pun 3 bulan. Semalam kemas2 barang macam 1st day nak masuk kerja. Siap ketuk2 bag laptop yang dah berabuk...hahaha...Last2 boleh pulak tertinggal access card T_T Ni pun pegi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Apa kena mengena pulak kan? Bulan puasa nanti lagi la liat kot nak ke ofis. Lepas raya je la baru datang balik :))

Korang dah start shopping raya? Ke dah lama dah complete? Kitorang baru nak start enjin...hehe...Kebetulan dah ada sale. Hari tu 1st time beli jeans Irfan kat Pumpkin Patch. Tu pun sebab dapat less 60%. Ada jugak shirts n slack yang cantik2. Tapi kena control. Before ni pun Irfan pakai baju biasa2 aje. Tak ada la branded2 sangat. Setakat Anakku, Disney, Fiffy, Baby Kiko n bla bla bla yang standard baju babies tu je. Rasa cam tak berbaloi nak beli baju memahal tapi pakai kejap sangat. Sekarang Irfan pun cam dah besar sikit boleh la kot slow2 ;)


05/07/2012 -Thurs

Ni shopping hari lain pulak. Last week ada JCard Members Sale kat OU. Meor balik kerja terus kitorang bertiga ke OU. Tak ada la banyak mana memborong. Target nak cari seluar Irfan selai. Tapi sebab dah jumpa yang cantik amik lagi sehelai :P So cukup2 la tu kan seluar raya sampai 3 helai.

Shirts dah shopping siap2 time Hush Puppies sale dulu. Baju beli last year pun ada lagi yang tak pakai2 lagi sebab beli saiz besar. Tinggal nak cari baju Melayu Irfan je lagi tak tau nak cari mana yang ready made. Kasut pakai yang lama sudah. Kang nak masuk raya rumah orang pun kena tanggal jugak kan...hahaha...


Beli 2 helai baju Papa Irfan jugak. Tu pun aku yang berkenan sesangat 2 color ni. Tak pernah tengok Meor pakai. Again...aku yang hover! Sudahnya Mama Irfan tak dapat apa2. Kasut raya tahun lepas ada sepasang tak pakai2 lagi. Yang dah pakai tu memang berbaloi2 beli. Pegi mana pun tak kira la pasar ke pantai ke shopping ke kenduri ke kasut yang sama tu jugak la yang aku sarung. Sampai dah lunyai T_T


Mama Irfan dapat yang ini! Before pegi JJ sempat singgah kat outlet Yves Rocher dulu beli cleanser ni. Dorang buat Cleanser Exchange Programme. Aku kasi je cleanser Olay aku yang kosong tu then dapat beli cleanser ni RM 29. Kalau idak RM 55. Ok la tu kot. Lagipun aku memang suka try mende2 baru ni =)


Korang yang rajin nak try2 skincare cam aku boleh la singgah ye. Boleh tukar dengan toner, cleanser or cleansing cream untuk remove makeup. Aku pilih yang tengah2 tu sebab dia sekali cleanser+scrub. Pakai sekali je senang. Tak silap Nivea pun ada jenis camni. Bau cleanser Yves Rocher ni pun best. Tak sabar nak try. Tapi kena la habiskan cleanser Clarins dulu sebelum expired T_T


Sekarang tinggal nak cari baju Melayu untuk 2 beranak tu je. Baju raya aku dah on the way sepasang. Hopefully sempat la siap before raya. Kalau tak beli aje la yang ready made. Raya lepas2 tu pakai je la baju lama2. Tu pun kalau tangan ni tak gatal nak sambar baju2 cantik yang aku nampak dekat2 nak raya nanti :))

Wednesday, April 18, 2012

2D1N Stay in Gold Coast Morib Resort Studio Suite @ RM 180

Wahhh...nak buat iklan tetiba. Korang still ingat lagi entry aku pasal resort ni? Pasal Studio Suite ngan Theme Park kat situ? And seriously memang rasa nak pegi lagi sekali sejak balik hari tu. Tambah2 tak jejak lansung kat pantai belakang resort tu.

Before ni ada rate murah untuk bulan Mei RM 160+ and Jun RM 120+. Entah macam mana tengok2 balik page tu semalam dah tak ada. Rupanya system error daaaa....Entah2 kalau book time aku tengok hari tu memang boleh dapat murah kan. Sebab memang dorang yang display rate tu. Rugi2. Sekarang dah jadi RM 250+ dah :(


Luckily kat Everyday ada voucher 2D1N stay kat situ. RM 180 sekali ngan breakfast, dinner ngan theme park pass. Boleh laaa dari tak ada lansung. Valid from 1 Julai - 17 Ogos. Dah nak dekat bulan puasa jugak tu. Sempat la lagi kalau book untuk awal2 Julai. Kitorang dah beli semalam. Korang bila lagi? Sekali sekala bersantai ngan family kat theme park dan berendam kat dalam jakuzi ;) Klik sini untuk beli voucher =)

Wednesday, September 14, 2011

1st Raya Open House @ Rawang

10/09/2011 - Sat

Sabtu lepas pegi open house my officemate, Kak Jo kat Emerald East, Rawang. Ni 1st open house yang kitorang pegi. Maybe last kot sebab so far memang dah tak ada invitation lain dah...huhu...Weekend ni ada satu kat Sg. Buloh tapi kitorang pulak nak balik kampung. Pakaikan Irfan baju yang dia pakai time raya ke 4 hari tu. Time nak balik dari JB ke KL. But end up baju kat dalam tu tak pakai pun sebab dia kepanasan.


Before keluar saje amik gambar kat rumah dulu. Selalu bukannya rajin sangat nak bergambar ni. Tapi sejak ada orang tu ada handphone baru, saje la nak try test kan ;) Tapi hari tu Irfan punya la susah nak pandang kamera. Elok dah amik gambar boleh pulak dia toleh ke lain T_T


Lepas tu tangan aku pulak yang gerak2...huhu...


Sudahnya ni je la gambar yang elok sikit. Tu pun berkerut dahi budak kecik tu :P


Nak pegi ke Rawang tu punya la jem sakan. Dari Gombak kot dah start jem. Masuk Rawang lagi la dasat. Irfan memang tido je sepanjang jalan tu. Dah sampai cam biasa dia terjaga sendiri. Kitorang singgah pun kejap je. Aku gosip2 kejap, makan kejap, sambung gosip lagi lepas tu chow. Before balik amik gambar dulu. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Aku ni selalu lupa part2 bergambar ni tau...Lepas tu nanti dah balik nak update blog mula la nyesal tak ada gambar nak tepek...haihhh...

From left, tuan rumah, Kak Jo, me, Irfan n Kak Ezah. Well, Kak Jo n Kak Ezah ni my senior kat office tu. Kira otai la ni. Tanya apa pun sume tau. Malay kat office aku tak ramai. Mostly Chinese. So of coz la rapat kan ngan Malay yang berapa kerat tu =)

Time ni pun Irfan susah nak pandang kamera. Sibuk toleh sana sini. Tengok kipas ngan lampu2 yang cantik kat rumah Kak Jo ni. Bulat mata. Cantek ok rumah tu. Rumah baru la katakan. Bila la aku boleh dapat sebijik :P


Time ni masing2 pandang lain. Maklum la. Weols kan femes...hakhakhak...Oh cantek kan tudung Kak Ezah tu. Georgous gitu! Aku nak pakai pun tak reti. Kalau reti pun kang sekali Irfan tarik tinggal inner je sape nak jawab? Ohhh...yang terintai2 kat tepi tu is Kak Ezah's hubby yang look like baru habis SPM. Memang pasangan awet muda la dorang ni tau ;) Ohh...time kat sini Irfan behave je. Lansung tak ngamuk. Sesape pegang pun dia tak kesah. Legaaa =)


Balik sambung jem lagi. Irfan lepas minum susu terus tido. So aku yang kat belakang ni bosan2 amik gambar sendiri...hahaha...Ohhh...ni tudung yang aku pakai time raya ke 4 tu. Baju pun sama. Tudung je raya. Baju recycle je blouse since zaman muda remaja lagi...huhu...

Actually memang dah beli baju raya yang matching ngan tudung ni. Tapi sebab baju tu baju kurung moden terpaksa la aku simpan. Tak lepas kot kalau nak nyusukan Irfan. Entah nape time tu boleh gatal beli baju tu T_T


Tengah2 jem tu sempat lagi melencong ke Tutti Frutti kat bandar Rawang tu. Actually time tengah2 jem nak pergi tu dah nampak. Biasa la. Mesti la gatal nak singgah kan ;)


Line clear...boleh amik gambar. Entah berapa kali datang Tutti Frutti baru ni berjaya amik gambar topping2 yang ada. Biasa kitorang letak choc chips ngan caramel je...


Buah memang tak amik la kan walaupun kadang2 cam memanggil2 je suruh diamik...huhu...Tambah buah lagi la melampau2 mahalnya kang.


Kitorang amik paling sikit yang boleh la. Sekali time dah bayar ternampak pulak notis ni. Rupanya Tutti Frutti kat situ baru bukak. So dari 1st Sept sampai 15 Sept kot dapat 20%...Huhhh...Kalau aku nampak awal2 mintak Myo isi penuh2 :P Gigih ok time nak amik gambar ni. Mamat tu cam dah pandang slack kat aku tetiba cam nak amik gambar dia kan. Jarang tau aku gamble amik gambar camtu. Biasanya curi2 je ;)


Kat situ ada perisa orange ngan guava. Best ok! Kitorang makan kat situ je. Pic kat bawah ni 2nd round...hahaha...Tapau je...Orange+guava lagi sekali without vanilla. Biasa vanilla tu memang wajib ada. Tak tahan sebab sedap sangat plus ada 20% less tu...hehe...


Lepas tu kitorang balik terus. Ingat nak pergi OU tapi dah petang sangat. So postpone hari Ahad je la. Balik tu tetiba perasan baju Irfan sama kaler ngan sofa kitorang...hahaha...Boh budak kecik tu kat situ jap amik gambar....


Bila mau tumbuh rambut daa...Aku rasa sejak dah botak ni dia jarang senyum. Macam la ada kena mengena kan botak ngan jarang senyum :P


Banyak mende mau di'update' tapi tak ter'update'. Dah la sekali update mesti nak menceceh panjang berjela ;)

Tuesday, July 19, 2011

Buy 1 Get 1 Free Double Cheeseburger!

Ada sesaper tengah lapar tak petang2 gini? Aku lapar giler ni. Kan best kalau dapat double cheese burger. Lagi best kalau dapat makan free....hahaha...


Start semalam McD buat promo buy 1 get 1 free ni. Semalam Myo dah belikan dah. Aci tak kalau hari ni nak suruh dia tolong belikan lagi??? Dah la last week pun ada jugak promo ni. Sempat la beli jugak sekali double cheeese burger buy 1 free 1 nih. Minggu sebelum2 tu beli Chicken McNugget buy 1 free 1 jugak....huhuhu....So korang peminat2 double cheese beger tu sila la singgah McD ye. Sok pun boleh lagi. Print je kupon tu. Klik SINI. Selamat menjamu selera =)

Tuesday, June 21, 2011

Dating Ngan Aunty Ayna @ Sunway Giza

18/06/2011 - Sat

Sabtu pagi adalah hari untuk bermalas-malasan nak bangun awal2. Camne nak bangun kalau aku pun baru dapat tido dalam pukul 9 pagi tu. Irfan tido tak lelap dari pukul 3 pagi sampai la ke 9 pagi. Bagi susu pun dah angkat letak bape kali. Pampers pun sket2 cek. Clear je. Tapi mata dia kemain bulat. So buai je la. Agak2 nak lelap tetiba aku benti buai terus dia terjaga balik T_T

Bak kata orang tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia...hahaha....tetiba...Camne dunia tak goncang kalau sambil tido pun tangan dok hayun buaian kan...hikhik...Last2 aku pun tido2 ayam je la. Tido tak sampai berapa jam dah kena bangun siap2kan Irfan. Time tu la dia sedap tido pulak. Siap2 makan lunch kat umah lepas Zohor terus gerak ke Damansara. Weols ada date ngan Aunty Ayna kat Sunway Giza ;)

Lama sungguh tak jumpa Aunty Ayna ni since our wedding day last year. Dah setahun rupanya tak jumpa dan bergoss :P Kali ni bawak Irfan for sesi suai kenal ngan Aunty Ayna. Sempatla Ayna praktis pegang baby kan. Pas ni tunggu baby Ayna plak ;)


Irfan serius je time ni. Baru je bangun tido before keluar kereta. Tapi memang behave je sebab lansung tak nanges time kitorang dok borak2. Terpegun kot jumpa aunty yang sungguh chumil tu :P Cam biasa la budak kecik ni bila tau orang amik gambar dia memang susah betul nak senyum. Tapi pandai pulak pandang camera. Dah tak pasal2 orang cakap anak aku cam tak rela nak amik gambar pulak. Biasa la baby kan. Nanti lama2 dia pandai la nak senyum2. He's still in learning process la dik!


Kitorang borak tak lama pun since adik Ayna tengah tunggu. Dah ler kitorang terlambat sampai. Ohhh actually Ayna ni one of my blogger's fren since 2009. Tapi still lekat until today. Maybe coz we share the same interest kot. Satu kepala jugak la kiranya ;) Till we meet again ya Ayna ;)

Nak jalan2 kat Sunway Giza pun bukan ada pape sangat pun. Ni 2nd time kitorang datang sini. 1st time datang terus cop as tempat yang membosankan...huhuhu...Tapi ok la sebab Dataran Sunway ni dah makin meriah. Macam2 ado. Dulu time aku keje sini tahun 2007 gitu mana ada apa sangat.

On the way nak pergi kereta singgah jap kat Tutti Frutti. 2nd time nak makan eskrem Tutti Frutti ni. 1st time masa hang out ngan member2 kat Sunway Pyramid dulu. Time awal2 ngandungkan Irfan ;) Ohhh akhirnya aku dah boleh makan aiskrim balik. Tapi share2 gini je la kan. Tak ada la aku nak habiskan satu cup besar tu...huhuhu...


Banyak tu je pun dah RM13. Tu pun lepas tunjuk Jusco member card. Dapatla less 10%. Asalkan ada Jusco card tu confirm dapat diskaun. Tapi sampai 30 Jun ni je la. Kat Baskin Robbins pun sama.


Time ni Irfan memang betul2 tengah tahan ngantuk. Tapi bila sampai tempat baru memang dia akan pelik tengok sana sini. Mende fevret of coz la lampu or kipas. Lampu kat umah tu pun kalau tengok boleh gelak sorang2 :P Lansung tak heran tengok eskrem. Cuba bawak sini time dia dah besar nanti. Mau tak cukup 1 cup tu dia sorang makan...hahaha...


On the way balik Irfan punya la ngamuk sebab ngantuk sangat. Dodoi2 dia terus tertido. Memang time tido dia time siang. So bila bawak kua dia time tu agak moody jugak la kot sebab kena tahan ngantuk. Cuba kalau malam. Memang meriah. Macam2 nak cerita kan. Balik tu lepak2 kejap then siap2 pulak untuk kenduri malamnya. Sambung later2 ;)

Wednesday, January 12, 2011

Roasters Eating Day @ Kenny Rogers 12 Jan 2011

Sesape yang teringin nak makan Kenny Rogers tu memang teramat la sesuai kalau pegi hari ni. Aku yang tak teringin sangat pun rasa nak je pegi sebab hari ni je dapat murah. Buy 1 free 1. Half price tuh. Tapi kena la datang bawak geng. Datang sorang2 jenuh nak habiskan 2 pinggan.


Kalau korang ingat entry aku last year memang ada promo ni jugak. Kalau tak ingat boleh klik kat entry ini dan ini. Mende murah kena la cepat kan sebab sume nak serbu sampai nak kena beratur tunggu turn nak dapat seat kat dalam KR tu. Memandangkan hari ni aku work from home, maka aku kasi chance la kat korang pegi serbu makan untuk aku :P Jangan lupa pakai pape yang color merah2 mak ngah ye. Yang pompuan kalau dah tak jumpa jugak pape yang color merah rembat je la lipstick merah sesape kat ofis tu....hiks!

Still tak percaya lagi dapat makan quarter meal half price? Korang jenguk2 la kat website KR sendiri ye :) Hari ni je tau. Kot silap date datang esok memang pakai satu badan merah pun memang confirm dorang buat tak layan :D

Thursday, December 16, 2010

Rewards for Myself

Hari tu aku dah ada buat entry pasal beli something kat Laneige n L'occitane. Tapi tunjuk paper bag je :P Malas la nak tunjuk isi dalam. Kang orang yang bukan kaki shopping macam aku ni sure geleng2 kepala je tengok :D But since Harim dah request nak tengok isi nya, maka aku reveal kan je lah.

Soh moh tengok dulu ada apa dalam paper bag merah Laneige ni...


Ada pouch polka dots merah. Cute jek. Kalau biru mesti ber'double' triple cute nyer :P


And ni isi dalam pouch merah tu. Aku nak beli Water Sleeping Pack EX tu je. Dulu kan aku pernah redeem sample ni....KLIK SINI....Dah pakai tu macam best pulak. Senang pakai mask terus tido. Tak payah nak basuh2 muka dah. Lepas tu rasa sejukkk nyaman gitu. Harga RM100. Tapi time beli tu memang ada promo bagi sekali free 3-pc travel size (Water Bank Essence, Balancing Emulsion n Skin Refiner) ngan pouch. Pakai voucher RM30 JJ...so bayar RM70 je ;)


Dekat L'occitane pulak saje beli alang2 dah dapat voucher kat dalam Cleo hari tu. Dapat la murah RM10 dari orang yang tak pakai voucher kan. Saje la nak try L'occitane ni camne. Maybe once in a lifetime je kot nak manja2 pakai L'occitane....ahaks!


Dapat pouch jugak. Siap macam envelope lagi. Set tu ada shampoo, conditioner, shower gel, sabun ngan foot cream. Harga boleh plak terlupa. RM89 kot. Kalau tak RM99.

Diari ni Myo punya RM15. Beli je dah alang2 dah jual kat situ n mmg tgh cari..
Ni pulak travel size skincare U Care yang aku beli time pegi makeover F.O.X hari tu. Ada Hydrating Spray, revitalizing serum n collagen amplifier. Tak ingat. Pun tengah promo RM98.
Sekali ngan Sheer Radiance Silky Mask....

Tu la hasilnya bila angin shopping aku datang. Lagipun tu je la terapi lepas dah stress keje 2 minggu berjaga sampai ke pagi buta. Siapa lagi nak bagi reward kat aku kalau bukan diri sendiri. Nak harapkan bos??? Kirim salam je la. Nak puji pun bercinta tunggu. Naik gaji lagi la jangan mimpi kalau setakat kerja bagai nak rak tapi tak pandai mengampu...hiks!

So bila dah shopping...terus ilang stress (^_^) Bahaya jugak kalau selalu stress ni. Bukan membahayakan kesihatan je....malah membahayakan duit2ku :P Tak pe2...Aku shopping pun tak mengikis duit sesape. Duit sendiri juge. So sekarang ni tengah dalam 'insaf mode'. Tak boleh shopping dah. Paling koman pun sampai habis pantang nanti ;) Entah boleh caye ke tak Cuna ni kan? hihihi....