nuffnang

Thursday, April 5, 2012

Studio Suite @ Gold Coast Morib Resort

29/03/2012 - Thurs

Akhirnya sampai jugak kitorang ke Gold Coast Morib ni last week. Since last year lagi dok dengar abang aku and family dok ulang alik pegi bercuti kat sini. Masa tu tak terpikir pulak nak tanya in details apa yang ada, apa yang best sangat datang sini. Sampai la akak aku and family pegi beberapa minggu lepas and aku tengok2 gambar lepas tu terus rasa teringin nak pegi. Kebetulan Meor kena clearkan cuti. So last minute aku apply cuti 2 hari. Nasib baik la boss approve ;)


Kitorang gerak dari umah dah nak tengah hari dah pun Khamis tu. Tu pun singgah Mid Valley dulu. Ada mission. Sampai2 dah nak pukul 4 kot. Lengang je la kan datang weekdays. Tengok dari luar pun dah boleh tau tempat ni memang cantik. Baru lagi siap dalam tengah tahun lepas kot. So semua still nampak baru lagi.


Masuk je lobby terus wowwww! Memang cantek. Kitorang memang dah book online siap2. Sehari before tu je pun baru nak book...huhu...Dapat la promotional rate since datang weekdays. Half price. Weekend maybe kena la tambah RM 50+ kot.



Tadaaaa....ini la bilik kitorang. Sila abaikan beg yang banyak macam nak dok seminggu tu ye. Padahal stay 1 hari 1 malam je. Barang Irfan la yang paling banyak :D


Jakun tengok cermin besar godang. Biasa pegi hotel cermin almari nampak half je. Ni siap ada 2 cermin. Almari mekap ngan almari baju pun ado. Semua gambar blur je sebab Irfan tak nak dok diam. Dia lagi excited nak explore mende lain.


Irfan sambung buat kerja, mama n papa sambung amik gambar...hehe...


Bilik memang sangat luas. Sangat puas hati. Boleh je kalau nak sumbat 4 or 5 orang lagi. Irfan la sakan buat tour. Kat luar ada balkoni yang luas boleh santai2. Tapi tak sempat nak bersantai kat luar pun. Sibuk main kejar2 ngan Irfan je kat dalam bilik T_T


TV of coz la ada kan. Besar la dari TV yang ada kat rumah. Suka la Irfan tengok. Astro non ado. Tapi tak kesah pun. Bukan ada masa sangat nak tengok TV beria. Tengok gitu2 je.


Boleh mengintai dari tirai kamar uols. Ada shortcut nak ke bilik air. Agak2 malas nak menapak ke pintu bilik air terjun je ikut tingkap :P


Terjun terus masuk jacuzzi pulak tu. Masyuk! Ni la yang paling best kat resort ni. Ada private jacuzzi. Aku yang tak pernah jumpa jacuzzi ni memang jakun la. Baru la tau gini rupanya jacuzzi...hahaha...Kesian kan.



Best wooo berendam dalam nih. Tapi aku tak sempat la nak berendam lelama. Sekejap pun jadi la. Sedappp...Rasa cam kena massage. Hilang rasa sakit2 badan ni. Haihhh...Alangkah bestnya kalau ada jakuzi sebijik kat rumah. Bila penat2 buat kerja je terjun dalam jacuzzi. Heaven! Mula la tu nak berangan lelebih kan :P

Serius best la mende alah ni. Sesuai untuk aku yang tak suka pegi spa or buat massage2 ni. Hari tu pun panggil mak cik ngurut time berpantang seksa je nak habiskan 3 4 kali ngurut. Bertabah je la time tu since memang nak kena berurut jugak T_T


Tempat shower pun transparent ha. Jarang la aku nak tepek gambar toilet kat hotel2 nih. Kali ni cam terover excited kan. So alang2 dah amik aku tepekkan je la ;)


Single bed yang dicantumkan. Actually still ada bilik kosong yang ada queen bed tapi ngadap laut. Nampak separuh je pulak tu. So kitorang amik je la yang ngadap theme park even single bed aje.



Susah bebenor nak bergambar ngan Irfan. Dah la kuat melepuk orang dia ni. Jangan harap time dia tengah main2 nak landing kat sebelah dia. Ada je la mende yang hinggap kat mana2 nanti...huhu...


Ye...Ada theme park ok kat sini. Ber'double triple' la best nya. So dah bilik ngadap theme park senang la nengok ada orang ke tak. Memang tak ramai lansung sebab still weekdays. Time akak aku datang memang penuh la orang.


Haihhh...bestnya la kalau kat luar rumah camni. Berangan lagi...hikhik...


Time kitorang datang slide yang ni tak bukak pun. Nampak macam menarik je. Ni slide yang paling tinggi dan paling berpusing2. Tapi dia tak bukak pulak. Maybe sebab tak ramai orang kot.




Memang once dah check in dapat complimentary pass untuk masuk theme park ni plus breakfast. Janji tak tanggal la wrist band tu. Kitorang gigih pakai sampai balik. Padahal esoknya tak mandi manda dah pun. Kalau orang luar nak masuk theme park ni kena bayar RM 15 kot kalau tak silap.



Tak lama lepas check in siap2 terus turun theme park. Tak ramai sangat la orang. Best. Gambar kitorang bersuka ria kat theme park memang non ado. Satu pun tak amik sebab kitorang memang turun lenggang kangkung. Kang memasing terjun dalam pool sape pulak nak jaga barang2 kan. Ada je locker kat bawah kena bayar singgit. Tapi dah turun baru perasan. Memang tak koser la nak naik atas balik.


Malam tu keluar cari makan. Tapi on the way tu Irfan dah sedap tido. Kesian nak kacau dia tido. Terus tapau je balik makan kat hotel. Kedai makan kat tepi jalan macam banyak. Tapi tak tau nak singgah yang mana satu sebab semua lengang je. Dah memang bukan time orang bercuti kan.


Memang tip top la Studio Suite kat situ. Tak tau la kalau aku yang ter overrated ke apa kan. Maklum la, biasanya kitorang memang amik bilik yang below RM 200 je. Janji ada tempat nak tido. Tapi memang Studio Suite ni yang paling basic. Tak ada standard or deluxe room lain dah. Up lagi apartment ngan penthouse je la. Time kitorang book dapat la rate RM 200 plus service charge RM 32. Weekend tak sure la pulak. Kalau nak book untuk bulan 5 or 6 nanti lagi la murah boleh dapat. Check it out! Click here =)

4 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Uish.... dah sampai korang kat sini. Shu ada gak niat nak gi sini tapi tak tau la bilanye...

cuna said...

shu: ktorang pun last minute punya plan. main redah aje. shu book la bln 5 or bln 6 ni. blh dpt lg murah. tak smpai rm200 pn ;)

[DnaZz] said...

wah bestnya..murah pulak tu.nmpk mcm 5star hotel hehe.kena letak as wishlist place to go nmpak gayanya nie hehe

cuna said...

Dnazz: kalau xsilap 4 star kot hotel tu. kalau iza nak pegi sila la book utk bln 5 or 6 ni ye. dorg buat promo. promo baru bukak gitu. kalo idak mau 1 bilik RM400+ =)