nuffnang

Tuesday, April 17, 2012

Redeem Freebies

Sesi meredeem di bulan Mac dimulakan dengan redeem sample perfume. Salvatore Ferragamo ada perfume baru, Signorina. Dapat tau pun dari Cleo newsletter. Sampai kaunter SA kat situ cakap dah habis. Time nak blah dia cakap suruh tunggu kejap pulak. Dia kasi miniature perfume lain. Attimo. Agak lama sikit la dari Signorina. Amik je la kan since orang nak kasi. Miniature pulak tu. Tak pernah2 redeem perfume dapat miniature. Biasa dapat vial aje. Koman2 nak dapat miniature pun kena beli perfume dia.

Perfume Signorina tu dia letak dalam vial kosong. Siap dapat 2 vial terus. Time2 tu jugak dia isi perfume nya. Tak kesah la botol plain ke apa kan. Sebab biasanya kalau sample ada la jugak tulis nama perfume kat situ plus wrapper sekali. Tak tau la kenapa orang tu beria2 nak kasi jugak kat aku. Puas hati dapat redeem. Tak sesia aku menebalkan muka kat situ...hahaha....Selagi boleh redeem aku redeem je. Tapi nak beli kat kaunter tu memang tak koser la kan. So far tak sanggup lagi nak leburkan duit beli branded perfume kat kaunter. Time warehouse sale tak pe ;)


Next, ke kaunter Clinique. Redeem Clinique Even Better foundation. Tau thru FB kalau tak silap. Orang kat kaunter tu pun dah kenal aku sebab pernah beli skincare sekali dulu. Sampai ke sudah aku tak pakai2 lagi. Baru nak bergiat pakai skincare balik. Kalau tak dari hujung2 pregnancy sampai la Irfan dah 5 bulan kot memang tak bersentuh segala tok nenek skincare pun T_T


Lagi...Terjah Lancome. Tapi kali ni bukan kaunter. Pegi kat road show booth dia. Time ni before pegi cuti2 kat Morib. Gigih singgah Mid Valley dulu. Ingatkan kejap je.


Kat sini tak boleh redeem je. Dorang buat macam exchange program. Bagi dorang mascara yang dah pakai lepas tu baru la dapat sample mascara dorang. Lepas tu bukan boleh terus dapat. Nak kena duduk dulu pulak tunggu. SA tu pakai kan mascara baru tu plus touch up sikit2 muka ku yang dah sedia ada mekap :P Ni muka before di touch up...


After touch up...not right after la tapi...After two hours kot. Dah sampai Morib baru nak amik gambar. Dah berpeluh bagai. Macam tak ada beza pun. Maskara pun tak nampak sangat :P


Ni mascara kesayanganku yang aku korbankan. Anna Sui Volume Up mascara. My 1st mascara. Dari tak reti nak pakai lansung sampai la sekarang aku pakai. Sentimental value jugak ni. Still ada saki baki kot tapi aku lagi excited nak try mascara Lancome yang baru. Nak tak nak kena la korbankan sebab mascara must be worth RM 65 baru dapat tukar. Anna Sui confirm lepas sebab kalau tak silap kat kaunter dalam RM 90. Well of course la aku beli tak sampai RM 50 kan ;)


New mascara from Lancome...Hypnose Dolly Eyes. 2ml je. For me...boleh laaa...Lagi suka mascara Anna Sui kot. Bau pun lagi wangi. Rindunyerrr kat mascara lama. Entah bila lagi la Anna Sui nak buat warehouse sale T_T


Lepas dah touch up touch up SA tu suruh buat skin test pulak. Biasa la kan. Dorang confirm beria2 suruh beli something jugak. Dorang buat promo beli produk worth RM 250 dapat free makeover plus photoshoot sekali.


Aku pun layankan je la since tak pernah buat skin test pun before ni. Biasa harap kan SA belek2 muka aku je. Ni pakai mesin dia. Siap tonyoh2 mende tu kat muka aku then boleh nampak la struktur kulit kat komputer dia. Tau la condition kulit kita ni camne. Baru la dia recommend kena pakai apa bla bla bla. Aku boleh dengar explanation dia dalam 1st 5 mins je kot. Lepas tu bila dia masuk bab2 epidermis habis segala keluar terus lost sebab kepala dah sampai kat Morib...hahaha...

Menarik tu memang la menarik. Tapi bertabah je la kan. Kalau semua mende menarik nak beli memang parah la. Dah siap dia tick2 produk untuk aku, aku siap suruh dia tulis harga2 sekali. Banyak songeh pulak kan. Padahal bukan nak beli pun :P Sampai sekarang kalau ada masa je aku belek2 pamplet tu. Tengok la nanti2...one fine day... =)


Lepas dah dengar bebelan SA tu dapat sample free. Sample yang tak disangka2 akan dapat. Tak payah mintak pulak tu. Dorang ni banyak je sample tapi kedekut nak kasi. Antara orang rajin mintak ngan tak je. Tu pun dah mintak kekadang ada yang buat muka. Tak paham betul. Sudahnya abis masa kat Mid Valley je time tu. Tu yang lambat sampai ke Morib.


Last but not least....Sample BB Cream Estee Lauder...CyberWhite Brilliant Cells. Yang ni memang aku dah story kat previous entry. Gigih ok demam2 pegi jugak Mid Valley nak redeem time cuti pertabalan Agong hari tu. Tu pun dapat sachet kecik aje. Sambil tu jalan2 la kan.


Sempat la singgah makan kat Chicken Rice Shop.


Tak lama pun kat Mid. Setakat nak redeem sample je. Nak beli something jugak kat Guardian tapi tak jumpa. Balik sambung melepet kat rumah. Kepala berat la time demam2 kan. Kalau sihat dah merata jalan kot.


Panjang berjela pulak entry freebies aku. I just luv freebies. Rasa cam mencabar jugak pegi redeem2 ni. Tebal muka pun ada kekadang. Bak kata Meor cam peminta sedekah dah...huhu...Tapi peduli hape kan. Memang dorang yang announce boleh redeem. Aku redeem je la. Lepas redeem tu rasa cam satu perasaan puas hati...hehe...Tak tau la nak describe camne :P Well, this is only a small part of Cuna's world ;)

No comments: