nuffnang

Showing posts with label property. Show all posts
Showing posts with label property. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Akhirnyaaa...Berjayaaa!!!

Akhirnya berjaya jugak buat pasport kelmarin. Kali ni nak buat pasport memang mencabar giler. Sangat2 menguji kesabaran...huhu...Dulu 1st time buat time 2007. Time nak ke Singapore. Tu pun sebab company soh pegi training kat sana. Siap buat untuk 5 tahun terus. Tapi lepas tu peram lama2 sampai sedar2 dah hilang. Tu yang macam2 hal tu.

Last2 kelmarin jugak baru dapat tau sebenarnya tak payah pun ikut prosedur yang macam2 tu untuk pasport hilang. Chettt...buang masa je. Siap amik cuti kot hari tu. End up kelmarin redah jugak hari kerja pegi Imigresen. Settle dalam masa tak sampai 3 jam pun. Padahal sebelum tu dah pegi 4 or 5 tempat semata2 nak settle kan problem nya T_T


Irfan ngan Papa Irfan punya passport siap semalam sebab buat kat KJ. Malas dah nak ke KJ kelmarin sebab kat situ pasport siap lepas 2 hari. Kat Wangsa Maju 1 jam dah siap. Tapi nak kena bertabah la beratur panjang. Tu pun dah sampai depan ofis Imigresen tu elok2 je before dia bukak 7.30 pagi. Pukul 10 dah dapat pasportnya. Tak pernah gigih sebegitu rupa...hahaha....Nanti la story panjang2 pasal tu.


Yang penting sekarang dah rasa lega sebab next week kami dah nak bercoti2. Hopefully semua berjalan lancar la kan. Main redah aje ni. Tak sabar dah ni rasanya. Tapi malas nak packing. Bulih? ;)

Friday, May 18, 2012

Beri Hitam Ku

03/05/2012 - Thurs

Akhirnya berjaya jugak pakai smart phone. Setelah sekian lama berangan2 kan ;) Orang lain dah lama kot ber'smart phone'. Aku je yang outdated pakai handphone biasa. Sekarang BlackBerry idaman sudah berada dalam genggaman ;) Ingat lagi last year dekat entry ni time nak beli handphone bukan main lagi list nya kan. BlackBerry Torch ni memang termasuk dalam list. Tak sangka pulak sekarang dah dapat. It's just ike a dream come true =)


Actually kalau tak ber'smart phone' pun ok je. Aku jenis pakai handphone untuk call, sms and amik2 gambar je. Tapi bila boleh dapat handphone ni dengan keluarkan duit tak sampai RM 100 pun mana la boleh tahan kan. Tu pun bayar untuk registration je. BB ni free je ok! Bil pepandai la kan. Jenuh la nak bayar bil bulan2. Dah biasa pakai prepaid sebulan tak sampai RM 50 pun...huhu...


Masih lagi pakai handphone yang ber'slide'. Dah kali ke 3 berturut2 pakai hanphone slide ni. Ramai orang tak suka yang slide sebab berat and susah nak jaga. Tak tau la nape aku suka sangat yang slide2. Lagipun memang BB Torch ni je yang di'offer'. Memang kebetulan sesangat.

Sekarang ni tengah membiasakan diri pakai qwerty keypad. Nak taip sms pun selow melow je. Padahal hari2 ngadap keypad laptop tu. Dah terbiasa pakai keypad lama kan. Yang lama sambil driving pun boleh taip2 :P Tapi ok la BB ni sebab boleh pakai dua2 touch screen ngan keypad. Aku tak suka sangat pakai touch screen. Mana tau lepas berjinak2 ni jadi suka ke kan. Boleh la berangan2 nak pakai iphone pulak...hikhikhik...


Sticker belakang BB pun tak tanggal lagi...hehe...Dah pakai cover so tak nampak pun. Konon2 nak tukar housing ngan cover biru. Sekali tak jumpa. Selamat duitku. Handphone SE lama tu still pakai lagi. Untuk receive call n sms. Nombor baru bukan orang tau. Nak tukar nombor lama jadi postpaid nombor tu ada problem pulak. Dari study pakai nombor tu. So kena la pakai 2 handphone.

Dah lama dah tunggu BB ni sebenarnya. Dari bulan 3 or 4 gitu dah apply. Ada sekali tu Meor try call pakai nombor pelik. Time tu dah boleh agak BB nya dah sampai sebab memang dorang akan pos BB tu ke ofis Meor. Setia la menunggu kat rumah dengan penuh sabar. Gigih tak tido tunggu Meor balik. Last2 tertido jugak pukul 4 pagi. Tak sempat jugak sebab pukul 5 pagi baru dia balik dari ofis. Memang pekerja cemerlang lah :P Dah sesama dalam bidang IT ni kena la buat2 paham kan...huhu...Pepagi bangun2 tengok ada kotak BB atas laptop. Hip hip hooorayyy! Tapi sebab mamai2 sambung tido balik bermimpikan BB...hoho...


Al-kisahnya BB ni company Meor yang offer untuk staff dorang. Join venture ngan Maxis. Kira kalau calling2 untuk kerja ofis nanti senang la nak claim. Since Meor pun baru je ber'smart phone' last year dia malas dah la nak tukar. Aku je la yang sibuk2. Yang bestnya ada ofismate Meor dapat BB ni tak lama lepas tu bawak iphone 4s terus. Tambah duit sikit je la trade in beli handphone baru...Best kan? Tapi aku tak boleh tamak...huhu....

Kalau nak beli dengan duit sendiri memang idak ler. Coach pun lagi murah kot dari BB. Coach tu pun dapat beli sebab korbankan mende2 lain. Iye la. Aku mana ada rumah sendiri, handphone cikai saje, nak travel pun setakat yang dekat2, kereta pun kecik dari dulu sampai sekarang pakai yang itu je la.

Tetiba topik lain dah nih....hehe....Bukan apa. Just nak explain macam mana dikira orang tu mampu ke tak. Kadang2 kita beli mende sikit orang cakap ko tak pe la...mampu...duit banyak...Dalam kes aku ni tak ada la mampu sangat kot. Kalau nak something tu memang tak dapat la nak dapat semua mende dalam masa yang singkat. Pelan2 kayuh ;) Dalam kes BB ni memang boleh dikatakan rezeki. Alhamdulillah =)

p/s: Panjang pulak membebel di hari Jumaat ni kan. Cerita pun dah tunggang terbalik. Taip ikut sempat je. Weekend datang lagi esok. Nak jalan2 ke mana pulak ye?

Thursday, May 26, 2011

Knapsack Baru

14/05/2011 - Sat

Dah nak dekat sebulan aku kerja lepas maternity leave hari tu. Senang cerita memang aku tengah melalui hari2 yang sangat bz n penuh cabaran....huhuhu...Since Gombak ngan Damansara bukannya dekat...of coz la kat ofis aku kena pam.

Nak pam pun cabaran jugak tu. Nak pam kat tempat sendiri of coz la kerja giler coz kiri kanan cubicle aku laki. Belakang ye la pompuan. Bos pulak tu. Nak tak nak kena la turun surau kat level 5. Ofis aku dah la nun kat level 16. Memang la tak ada pape sangat setakat nak turun pakai lif tu. Tapi kalau dah bz tu setiap masa tu memang berharga sangat. Even nak pegi toilet pun kena pikir banyak kali tau...hohoho...

1st week keje 3 kali kot aku miss pam time pagi. Sebab ada discussion apa la bagai. Sedar2 dah lunch. Rugi dah di situ. Sekarang ni paling banyak pun 2 kali je dapat pam kat ofis. Before lunch n time Zohor. Itu pun segan jugak la nak pam time Zohor tu coz orang ramai kat surau. Suis nak cucuk plug pulak betul2 sebelah cermin...huhuhu...Tebalkan je la muka. I ni kan pemalu...hikhikhik...Memang sayang kalau tak pam. Sakit sengkak tu boleh ditahan2. Tapi kang kesian susu untuk Irfan membazir camtu je. Plus tak nak la susu kering before sampai masanya kan. Tu pun patut pam 3 kali kat ofis.

1st 2 weeks tu memang aku ngangkut Spectra3 yang besar gedabak itu dalam recyle bag je. Tak jumpa beg yang sesuai. Kalau boleh tak nak la beli special bag nak letak mende alah tu. Nak yang se'simple' yang mungkin je. Bukannya hari2 nak pegi ofis pun kan. Tapi yang tak hari2 tu la yang tak tahannya. Ni ha beg aku. Beg MATTA Fair je aku pakai. Muat memang la muat. Tapi nak membawaknya la satu hal. Serabut satu hal lagi sebab cam tak proper je nak letak pam ngan cooler bag dalam tu. Selama ni dok pam kat umah relax la. Sekali kena angkut hulu hilir baru ku tau betapa beratnya Spectra3 itu T_T


So Ahad lepas (bukan Ahad baru ni) aku ngan ngan excitednya pegi la terjah One Baby World ngan Myo. Terjahan yang pantas. Dah aim siap2 nak beli knapsack Autumnz. Lepas survey2 kat tenet ni je yang paling murah boleh dapat. Knapsack jenis lain semua lebih RM100 plus nak kena beli pakej sekali. Dah beli terus balik. Kalau ikutkan nak je 1 hari dok situ belek2 barang. Sume best2. Geram sampai rasa nak rembat sume :P


Knapsack ni just nice nak isi segala peralatan nak ngepam. Pam letak kat bahagian bawah. So kalau nak pam bukak je bahagian depan n bawak keluar tiub, on suis, adjust min max, tutup zip n buat je muka slumber ngepam...hahaha...Cam ada pintu rahsia gitu. Kalau knapsack biasa kat depan tu kan poket kecik je. Ni bukak poket depan terus nampak isi dalam beg tu. Senang. Tak yah nak bawak kua mesin gedabak tu or terintai2 dalam beg nak adjust min max dia.

Plastic cover yang kat tutup beg tu tempat nak letak gambar baby sebab kalau tengok gambar anak time ngepam orang cakap boleh tambahkan milk production. Aku tak letak pun. Tengok gambar kat hp saje. Siap layan video Irfan story telling lagik ;) Sambil pam pun boleh tersenyum sorang2 tengok buat hati aku tu...hikhikhik...


Kat atas tu compartment untuk cooler bag. Ekceli just letak cam alas yang keras atas Spectra3 tu je. Ngam2 je muat cooler bag aku. Cooler bag pun aku beli yang jenis Autumnz. Ekceli tote bag. Paling murah jugak aku jumpa time kat Mom & Baby expo hari tu. RM30 je. So cooler bag letak je kat bahagian atas tu. Dalam cooler beg tu dah siap 3 ketul ice pack ngan storage bottle 2 bijik.


Kat belah belakang beg tu ada lubang kecik untuk keluarkan plug. So bila dah letak knapsack depan2 suis....bukak je poket kecik tu, keluarkan kepala plug n cucuk je terus. Tak yah la nak bawak keluar wayar yang panjang tu. Baru la tak rasa serabut. Sume dalam satu compartment je. Just banyak poket2 rahsia ;) Nak bawak pun tak rasa berat coz sume mende dah padat ngam2 dalam tu.


So sekarang aku ada 2 knapsack yang harus diangkut time nak pegi keje. Satu beg laptop satu beg alatan ngepam. Handbag? Lupakan je la T_T Bawak 2 knapsack ni pun dah cukup terkial2 dah dari tempat parking nak pegi ofis. Last2 knapsack Autumnz tu aku pegang je coz beg laptop tu nak kena galas.

Tu je la cerita knapsack yang akhirnya terpaksa jugak dibeli. Kalau pam jenis lain maybe boleh la kot kalau nak sumbat mana2 beg. Tapi ngan Spectra3 yang besar godang tu susah la sikit. Tu yang aku rasa la kan. Kalau orang lain tu tak tau la camne. Yang paling best bila knapsack ni Myo yang blanjer. Suka2! Thank you papa Irfan ;)


Ohhh akhirnya Irfan dah berjaya dibotakkan sepenuhnya semalam. Dah tak cam padang bola dah. Cukur pun secara berperingkat dah ha.


Tadi pegi checkup 3 bulan. Kali ni Irfan tak tido tapi dia bad mood sebab ngantuk. Nasib baik time nak ukur n timbang2 tu dia tak nangis. Fuh legaaa...Time dok tunggu nak cucuk dia dah lelap. Tapi time masuk je jarum ngamuk jugak beberapa saat pastu tido balik....hahaha...lawak betul budak kecik ni. Irfan dah 6.4 kg sekarang. Panjang 67cm. Aku pun tak perasan dia dah besar. Just rasa tangan ni makin lenguh je time nyusu dia. Nurse pun cakap dia besar. Tak macam budak 3 bulan. Mana tak nya. Minum susu je keje nya. Maklumla....susu mamanya ni kan sodappp! (^_~)

Friday, February 18, 2011

Opssss....Terbeli La Pulak

12/02/2011 - Sat

Kat previous entry aku ada cakap aku dah beli handphone baru. Ni la hp baru ku. Sony Ericsson Hazel. Iphone ngan BB tu memang berangan je la kan nak beli. Memang la aku dok bising2 cakap nak tukar hp baru. Tapi seriously tak ada la nak beli minggu tu jugak.

Sabtu hari tu entah pegi keluar makan kat Sg Buloh entah macam mana rasa nak singgah The Store kat situ tengok2 hp. Konon2 saje nak survey2. Tapi cam tak feel pulak tengok kat situ since dah biasa kalau nak wusha hp je mesti pegi PAS kat Shah Alam. Tup2 Myo pulak sanggup nak bawak pegi sana semata2 nak 'tengok2' hp. Mula2 singgah beli sandal aku dulu since sandal lama dah tak muat.


Dapat sandal baru laju je jalan cari hp. Memang tak ada booth fevret pun. Main singgah je. 1st booth tu apek tu rajin giler melayan kitorang. Siap cerita panjang2. Pasang bateri, masuk sim card. Lama jugak la dia layan aku yang mula2 nak X3 last2 tak tau nak beli mana.

Bila dah belek2 X3 tu macam keypad dia cam tak best pulak. Flat je. Yang X3 Touch n Type pulak ringan semacam. Macam mainan pulak aku rasa. Maybe sebab dah biasa pakai yang tak ringan camtu. Dah la color biru tak ada. Aku pun tanya la apek tu ada tak phone lain yang specs dia lebih kurang X3 tu. Tu yang dia bawak kua Hazel SE ni.

Aku tengok banyak2 kali cam berkenan pulak. Dah la slide, camera 5.0 megapixel sama macam X3. Agak berat tapi aku suka je. Even tak ada color biru pun aku tak kesah dah. Pastu pikir2 balik tujuan kitorang datang survey2 je. Dah la datang tak bawak cash tahap nak beli hp. Terus jeling2 kat Myo. Ingat nak beli nanti2. Kitorang pulak cepat kesian. Beria2 apek tu melayan pastu nak blah gitu je. Rasa bersalah pulak....hehehe...Last2 cakap kat dia nak jalan n pikir2 dulu. Padahal nak pegi cari ATM machine n datang balik.

On the way nak pegi booth tu terasa macam nak singgah booth lain nak make sure betul ke kitorang dapat harga yang paling murah. Sekali booth 2nd tu bagi harga mahal RM10 dr yg 1st tapi dia nak bagi memory card 4GB instead of 2Gb. Terus hilang rasa bersalah kat orang yg 1st tu n beli kat 2nd booth tu :P Untung la orang yang 2nd tu tak payah cerita panjang2 berdesup kitorang terus beli kat dia.

Since ada dua color je black n maroon....aku amik black je la. Apek tu kasi screen protector free. Buat muka kesian lagi dia bagi pouch...huhuhu....Amik...semua hitam...


Belakang je yang smart sikit sebab color silver.....Setelah sekian lama aku setia kat Nokia tetiba cinta dah beralih arah pulak. Since belajar kot pakai Nokia. Penah beli SE sekali tapi aku pass kat Myo sebab cam tak best. Model Hazel ni pun aku tak penah tau kewujudannya. Tak pernah masuk list pun. Kalau orang tu tak bawak keluar memang aku pun tak perasan.

Yang penting hp ni menepati ciri2 yang aku nak. Slide...pass. Camera 5.0...pass. And yang paling penting within budget lah. Aku beli ngan duit sendiri ni tau. Kot2 Ms ANON a.k.a STALKER singgah baca entry aku ni nak fitnah aku n reka cerita yang bukan2. Dari last year aku plan nak beli hp. So pandai2 la simpan duit sendiri. Sebab tu la kena cari yang within budget.


Dah tak dapat hp color biru, background screen harus la color biru. Nasib baik ada yang cute. Memang tersangat cute sebab ada butterfly gerak2....hehehe....Hp lama aku pulak apa cerita? Simpan je la dulu. Nak trade in pun tak sampai hati sebab orang tu nak amik RM70 je. Tu pun belum tengok screen yang dah crack tu.

Actually yang lama tu dah banyak kali rosak. Tapi each time rosak akan pegi hantar repair. Hang la, ribbon rosak, tukar memory card la. Latest sekali screen dia crack time terjatuh atas jalan. Tu pun aku bertahan jugak pakai dalam 7 bulan walaupun kadang2 geram nak baca sms ngan line2 atas tulisan tu. Nak repair kena keluar RM70 lagi. Repair 70...trade in pun 70. Sama la macam dah tak ada value hp aku tu T_T


So tu je la kisah aku yang tak sengaja 'terbeli' hp baru :P Tak sempat nak tunggu birthday dah...hihihi....Hopefully hp ni tahan la lama sikit. Lebih 3 tahun ke. So korang yang dah tengok hp baru aku ni tak payah la nak jeles2 sebab tak ada la gempak mana pun hp ni. Biasa2 saje. Tak sampai tahap Iphone or BB pun. Nak beli yang canggih2 tunggu la lagi 10 tahun kots :P

Friday, February 11, 2011

Tangan Dah Gatal Nak Beli Handphone Baru

Dah lama rasanya nak tukar handphone zaman dinosaur aku ni ke handphone yang lebih up to date. Tapi asik la tertangguh2. Ingat nak tunggu rosak. Tapi tak rosak2 pulak T_T Rosak sikit pun aku hantar repair je. Ada ke nak suruh handphone rosak. Tu la jadinya bila dah bosan sangat pakai handphone yang sama dalam masa 3 tahun. Even budak sekolah pun pakai handphone lagi canggih dari aku. Orang kerja macam aku mostly dah pakai iphone kot. Tak pun blackberry. Aku pakai Nokia 5300 jek T_T

Adik aku dah selamat pun pakai iphone last year. Jeles je. Tak pe la. Dia lecturer. Plus businessman pulak tu. Orang cam aku tak perlu la kot handphone tu secanggih tu. Nanti tak fully utilized rugi jugak beli.

Pakai BB pun cam best je kan. Tambah2 BB torch ni sebab dia slide. Aku memang minat phone yang slide2 je sekarang ni. 5300 ni pun slide. Dah jatuh gedebuk gedebak pun aku pakai lagi. Sebab tu la aku tak sesuai pakai phone memahal kot. Tapi canteknya la wahai si BB. Semua BB pun cantek la kesimpulannya.

Myo pun tak kasi beli sebab dia tau last2 mesti aku pakai just untuk sms, call n amik gambar je. Hurmmm....ye kot. Tapi mana tau kalau dah ada BB secara automatiknya aku akan mengembangkan bakat aku kan :P



Disebabkan tak boleh nak beli phone yang mahal2 sangat, aku terberkenan ngan Nokia X3 ni. Since last year lagi. Dari baru keluar sampai la dah tak berapa nak baru sekarang ni. Sebab ada color biru ok. Slide pulak tu. Aku jumpa pic yang ada color merah je. Rasa nak je beli yang ni.


Ni Nokia X3 Touch n Type. Baru la sikit dari X3 tu kan. Of coz la lg mahal. Function pun lagi banyak. Tapi nape la bukan slide.....hurmmm....ada color biru jugak ni. Nak X3 tapi macam dah lama n camera pixel sket. Aku kan suka amik2 gambar syok sendiri. Tak best la kalau blur je cam camera kat handphone sekarang. Kalau amik X3 Touch n Type ni pulak tak ada slide2. Lagipun aku tak ada la kesah sangat pun nak touch2 bagai. Tapi camera pulak marvellous.



Kalau nak beli handphone baru pun nanti yang lama ni nak campak mana? Bukan rosak pun. Simpan pun buat tadah habuk. Kalau jual entah2 RM100 pun tak lepas. Patut ke aku beli handphone baru korang rasa? Ke tak sesuai nak beli time2 nak terberanak camni?....kena fokus kat baby je....huhuhu....Ke nak beli so that nanti time bosan2 tengah pantang boleh la aku belek2 handphone baru aku?...hahahaha....

Wahai kekandaku Meor, sudikah kekanda menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada adinda sempena hari lahir adinda yang ke tettttttttt minggu depan? ahaks! Bajet boleh dapat handphone baru la tu kan nak bermadah helah bagai :P

p/s: Tadi dah scan tengok baby. Baby dah 2.6 kg. Naik 0.6 kg dalam masa 2 minggu. Ohhh baby....jangan la besar2 sangat....nanti susah nak keluar....Mama dia punya pasal la ni kan....makan banyak sangat T_T

Friday, November 26, 2010

So Far, So Good

13/11/2010 - Sat

Ni cerita minggu lepas punya minggu lepas. Lepas balik dari Pureen sale tu cepat2 balik rumah. Kan aku cakap ada orang nak datang rumah petang tu. Dah la rumah sangat cantik. Kena la kemas2 bagi lagi sangat cantik....ahaks! Bukan setakat kemas. Memang kena clearkan terus barang2 kat depan tu.

Akhirnya orang yang ditunggu telah tiba. Actually tak tunggu sangat orang nya. Tunggu barang yang dia nak hantar kan je :P Haa...tu dia baru keluar dari plastik. Tu namanya 'ottoman'. Serius tak tipu...memang tu nama nya. Aku baru tau....hohoho...Mende tu macam sofa kecik yang boleh attach sekali ngan sofa.


Tadaaaa...meja TV baru. Yang lama dah campak tepi. Time dorang hantar barang ni aku tengah solat. Sekali bila tengok meja ni memang meroyan terus tengok2 dapat yang color putih. Sebab time order tu cakap hitam. Lagipun memang orang kedai tu cakap ada yang hitam je. Terus Myo call balik suruh orang tu hantar yang hitam jugak. Tapi kena tunggu hari Isnin T_T


Tapi tak sempat tunggu Isnin malam tu jugak orang tu hantar meja yang hitam tu. Seronot giler aku. Mana tak nya. Dah 2 minggu tunggu tau. Tetiba hantar meja lain. Disebabkan dah terlampau seronok maka tekak terasa nak makan pizza....hahaha....ada kena mengena ke???

Tak ada laaa....time tu dah malam...kerja aku dah la menimbun tak siap2 lagi. Lagipun dah lama nak try Extreme Cheesy Lava 6 tu. Orang lain dah lama try kot. So order delivery je lah. Order satu set sekali ngan stix bread ngan Honey BBQ Wings. Pada aku boleh laaa...Walaupun aku suka cheese tapi yang ni cam muak sikit. Sedap lagi Hawaiian Chicken ;) Muak2 pun habis sebab aku kan kena stay up sampai pepagi buta. Harus la lapar balik.


Tadaaaa....Ni la meja yang sebenarnya. Actually 2 minggu sebelum tu entah mimpi apa tetiba rasa nak baca paper. So mintak la Myo beli kan pape paper. Selak2 nampak ada kedai perabot ni tengah buat promo.

Aku tak pernah plan pun nak beli perabot or apa2 yang seangkatan dengan nya. Ingat bila dah pindah rumah kat atas tanah nanti baru nak beli. Senang sket nak mengangkut. Plan nak tunggu lepas deliver baru nak pindah. Tapi bila dah ternampak promo tu saja2 gatal nak pergi kedai tengok2.


Sekali aku dah jatuh cinta terus kat sofa tu bila dah tengok2. Sofa biasa je pun. Tak ada nak ukir2 or bunga-bungaan. Selama ni pun tengok TV dok kat meja makan tu je. Tak pun kat carpet....huhuhu...biasa la tu...kitorang before kawen pun masing2 dok ngan family. So bila dah kawen masing2 memang sehelai sepinggang je masuk rumah baru.

Beli barang pun kena la slow2 satu2. Terduduk la kalau semua nak beli semua serentak kan :P Awal2 dulu start ngan fridge, washing machine ngan TV. Lepas tu dah stop. Ni baru la nak beli sofa ngan meja TV. Nak sofa canggih manggih kena la tunggu a few years lagi kot. Pakai dulu yang ni sampai lunyai =)

Nape sofa aku color dark brown??? Of coz la sebab tak ada color biru :( Yang ada color ni, hitam ngan merah menyala. Kalau ada biru awal2 aku dah beli....


Kedai perabot yang aku pergi tu kat Subang 2. Cavenzi nama nya. On the way nak pergi Subang 2 tu banyak jugak la kedai perabot yang aku nampak. Tapi nak jugak pergi kedai tu...huhuhu...Tapi memang best la sofa tu. At least ada jugak tempat aku nak me'land'ing time pinggang rasa nak cramp tengah2 ngadap lappy tu. SOFA???Soooo goo0dddd!!! :D

p/s: Kelmarin akhirnya berjaya jugak pegi scan kat klinik. Dah tau jantina baby (^__^) Korang agak2 hero ke heroin??

Thursday, July 8, 2010

I'm Not A Desperate Housewife

Sat - 03/07/2010

Iklan jap. Weekend hari tu berjaya beli TV. Dah wusha entah berapa kali last2 beli jugak. Bertahan jugak hidup kat umah tu tanpa TV. 2 or 3 kali jugak dah termiss Desperate Housewives. Cite lain termiss tak kesah sangat. Myo tak pe lagi. At least boleh ngadap game dia. Aku jugak yang bosan. Dah la tenet pun tak de. Dah berzaman apply pun tak dapat2 lagi. Nasib baik la dah ada TV ni.

Actually plan nak beli TV ngan washing machine sekali. But boleh plak tetiba washing machine nya out of stock. Tengok a week before that elok je ada lagi. Baru ingat nak dapatkan free delivery. Kalau setakat beli TV yang comel ni of coz la tak de delivery kan.

So Myo ngan gigihnya angkut sorang2 TV tu ke umah kat atas langit kitorang tu. Time letak je TV atas meja cek2 rupanya tak de arial. Cehhh SA tu cakap dia bagi sekali arial. Dah la dua2 tengah semangat nak tengok TV.

Myo sanggup kua balik kul 11 lebih tu pegi 7E ngan harapan tetiba ada la sesat jual arial. Aku sendiri pun tak boleh nak bayangkan 7E ada jual mende tu. Huhuhu. Balik tangan kosong jek. Disebabkan kami dah berkobar2 sangat nak tengok TV baru Myo siap lilit2 sangkut selit kabel phone. Tu la bukti kegigihan kami....ehhh bukan....Myo je...aku gigih tengok TV ada la :D Dapat la jugak tengok samar2. Kesian je kan.


Kasi zoom in sket gambar atas TV tu. Muka cantik tak hengat oke. Tak ingat ni time bila. Maybe last year. Naik amende tah namanya ni kat Genting. Lupa dah. Tapi memang sonok jerit2. Orang depan plak diam membisu. Spoil jek...Terus hilang nikmat nak jerit2 :P

So last2 aku balik Gombak angkut arial lama ni. Dulu beli time study. Time2 pakai TV card kat PC dulu. Baru teringat dah ada kat umah. So balik apa lagi. Testing2 la. Sesungut arial tu pun dah penuh satu umah okay. Tarik sehabis panjang. Abis adjust dah tu. Gambar pun tolak tepi coz dah tak muat. Huhuhu...

Comel je TV kitorang kan. Time nak beli tu tengok kiri kanan penuh LCD TV je. Rambang betol mata. Geram2. Kalau duit yang ada nak beli setakat LCD TV je tak pe lagi. Ni banyak lagi mende nak kena beli. Say hi hi bye bye je la kat LCD TV yang hebat2 tu.

Lagipun pikir2 balik setakat nak tengok Desperate Housewives seminggu sekali tu....apa la sangat kan. Kecik2 sudahhh...Ok la tu kot. Just asalkan ada...


Ngantuknya hari ni. Mata berat akibat tido pukul 2 lebih semalam layan cite Titanic. Dah ada TV cam biasa la tu berjangkit2 tengok cite lain sekali ;) Cepat la dapat tenet. Senang sket nak upload2 gambar kat blog. Nak update blog pun terbantut gambar tak de...

Tuesday, July 6, 2010

Yahhuuuu! Dapat Minum Air Sejuk!

Sun - 27/06/2010

Dapat minum air sejuk pun nak kecohhh kan? Being me yang sangat la susah nak telan air panas...minum air sejuk of coz la satu nikmat. Almost a month dok kat umah baru aku tegar je minum air masak yang tak berapa nak sejuk tu. Finally dapat beli fridge last week. Tapi aku baru nak update hari ni :P

Beli fridge sebab nak minum air sejuk. Aci? Myo nak fridge sebab tak sabar nak soh aku masak. Wahhh sangat tak aci. Jangan nyesal makan masakan aku nanti sudah. Wahahaha...But isi dalam fridge tak beli2 sampai arini. Bz hokey. Yang penting air masak kena masuk dalam fridge dulu kasi sejuk. Hahahaha

Opsss dah ada ikan 2 ekor bawak dari Gombak tapi tak goreng2 lagi. Sekali lagi haku bz. Alasannn ;) Pastu ade la telur sket, cili giling, dedaunan, jem, sos, kicap. Sangat basic. Nanti dah penuh cite lain. Dalam fridge ada apa pun nak cite kan. Hohoho. Pedulik. Harus jakun sekali sekala coz ni 1st time beli fridge :D

Jenuh jugak cari buat survey. Merata pusing kua masuk JJ, Tesco, Giant, Carrefour. Kat kedai letrik biasa pun dah buat lawatan. Last2 beli kat Carrefour. Camni la bila pindah lenggang kangkung. Barang2 pun kena beli satu2. If not terduduk la kat situ :P Next TV n washing machine plak...

p/s: Sekarang aku dah pandai minum air teh o panas. Hahaha tu pun nak cite. But seriously dulu nak abiskan separuh cawan pun sampai berair2 mata. Tapi kini tidak lagi since hari2 buat teh o kat Myo. Aku pun tumpang sekaki :) Satu pencapaian yang hebat jugak tu for aku. Hohoho

Friday, February 5, 2010

Handphone Ku Sudah Rosak

Dah hampir seminggu aku tak dapat pakai hp kesayanganku. Walaupun tak canggih mane...tapi stilllll suke...dah pakai ari2 mesti la dah selesa kan. Aku ni kalau dah pakai sumting tu slalu nye stick ngan satu tu je. Susah nak tukar2 dah.


Al kesah nye hp aku dah menunjukkan tanda2 keuzurannye sincee....jap...aku tak ingat dah bape lama...cek kalendar dulu....dalam 4 minggu lepas jugak laaaa...


Before2 tu hp tu hang sane sini adalah perkara biasa. Asal on je nak hang, nak message je hang. Tapi aku buat2 tak tau je sebab bole lagi pakai. Sampai la ada sekali ni Meor kol aku. Aku punye la dok prung prang prung prang pastu dia bole cakap tak dengar pape.


So acara berbalas2 sms pun bermula sampai lenguh2 jariku nk menaip kan. Sebab memang dah bosan sms je keje, Meor pun kol la jugak cakap sorang n aku hanya mampu mendengar tapi tak bole cakap pape. Rasa cam orang bisu pun ade gak.


Ada satu time tu aku bole nangis sorang2 dengar Meor cakap sebab aku tak bole nak cakap pape. Padahal tak de pon die cakap pape yang menyayat hati. Giloss! Lagi hebat lepas tu bila orang kol bukan setakat orang tak dengar suara aku....aku pun tak boleh dengar orang cakap. Memang sangat kronik dah. Setakat boleh calling2 tanpa suara je. Hampess.


Lepas seminggu gitu, baru la reti nak cari tempat phone. Memula cam nak beli baru. Tapi kang bajet lari. So repair je la kan. Mintak ganti speaker ngn mic. Die caj RM50. Tak tau la aku murah ke mahal. Aku ok kan je la.



Dah abis repair dia cakap hp aku slow "U ar manyak simpan barang dalam ni". Mane ade barang ape pun. Aku simpan sms beribu riban jer :P Pastu dia cakap nak update software kasi laju sket. Kene topup lagi RM25. Sekali lagi aku ok kan je tanpa banyak soal. Okay. Kalau bole memang aku nak patah balik pegi time ni. Coz i've made a very very biggggg mistake!


Lepas die dah install software tu sume sms aku ilang dalam sekelip mata je. Seyes rasa time tu nak jerit sekuat ati + maki hamun tokey booth tu + nak cekik2 dia + bakar terus booth dia tu. Tapi naseb baik Meor ada kat situ. Huhuhu. Ada kene mengene ke?


Sedey wooo sms aku yang beribu riban aku simpan lebih 6 tahun sume ilang begitu saje. Valuable tu. Sms zaman cintan cintun romantika dolu2 sume abis ilang. Tak de la romantika mana pun. Tapi tau la kan Myo. Mane romantik pun. So ayat paling terbaik pun time 1st year kapel je. Sekarang memang tak kan dapat dah la jep! Once in a lifetime u noe.



Memang sangat siot la apek tu. Bukan nak sound dulu ke cakap sms sume ilang ke hape. Kalau aku tau baik aku biar kan je hp aku tu slow. Pandai2 la aku delete sket2 kan kalau dia dah warning siap2. Dah giler panjang aku cite ni.


Sekarang ni lagi best. Bila on handphone je kua blank screen. Tekan la apa pun memang xde effect. Tapi yang pelik bin ajaib nye...bila orang kol ada vibrate...aku tekan ijau boleh cakap. Tu je la yang boleh pakai. Yang lain tekan apa pun tak jadi pape. Magic tak magic hp aku ni.



Ni la hp yang aku pakai minggu ni. Pinjam mak aku punye. Motorola yang ntah tak tau model apa. Kekok rasanya time pakai. Keypad tak best langsung. Tapi ok la kan dari tak de lansung. Ada la jugak orang nak kasi pinjam. Sementara nak pegi anta repair balik. Ada warranty sebulan. Kalo warranty tak bole pakai jugak....memang confirmmmm aku beli baru.



Aku dah survey2 dah kat tenet....Ade la beberape bijik yang dah jadi target. Berangan la konon nak beli hp baru. Harap2 yang lama tu bole repair balik laaa...Bajet sangat2 dah lari ni. So nampaknye kene tunggu dan lihat je la sok lepas serang apek tu camne...

Wednesday, January 6, 2010

Talipon Oh Talipon

Haluuu haluuu...sejak dua tiga menjak ni cam tak tau nak update ape. Tak de aktiviti yang menarik. So saje2 la ngade nak cite pasal phone aku ni. Phone umah koooo aku beliii. Tak penah terpikir sepanjang hayat nak beli phone umah. Kalau handphone best la jugak kan. Bole jugak menggantikan hp aku yang dah uzur ni.




Al kisah nye phone ni dibeli utk menyenangkan aku nak meeting2 di rumah di malam hari. Gile tak best hokey meeting malam2 ni. Nasib baik bukan pagi2 bute. Nak dijadikan cerita....b4 ni aku angkut phone office bawak balik each time ada meeting. Bukan aku je yang buat gitu. Ade yang siap buat hak milik kekal lagi kat umah tak bawak2 ofis dah.


Tapi taktik tu tak bole diguna pakai lagi dah coz tetiba pulak kene mengamalkan sys cubicle sharing. Lagi best bila kitorang dilarang sama sekali ngangkut phone dr tempat lama. Best nya jadi berdouble triple bila partner cubicle aku tu pulak memang hampir sepanjang tahun work from home (wfh) je. Maka nye phone nye pun wfh sekali.


Memandangkan phone yang sedia ada kat umah aku tu tak menepati beberapa ciri2 yg tertentu....maka harus la cari phone lain :( Last2 beli la jugak sebijik kaler itam. Huhhh phone biru nape tak jual?? Nak jugak biru kan....




So sekarang dapat la aku bermeeting di malam hari ngan aman bahagia ^$#@* Tak de la canggih mana pon. Tapi sesuai la utk conference call. Ciri-ciri nye?3 ciri penting:


1. Loudspeaker

So that tak de la aku lenguh tangan nak pegang gagang phone tu dengar masing2 pot pet pot pet. Bole la dengar orang cakap sambil berguling2 or kuak lentang atas katil. hohoho. gilerr


2. Mute

So that aku bole la nak memekak terpekik telolong tanpa didengari orang2 yang join meeting tu. Jangan tesilap tekan suda. Kang ade yg sume orang dengar kot terrr kutuk bos ke ape ke. Hahahaha



3. Volume

Ni bukan setakat volume je. Memang volume to the max. Phone rumah yang lame alahaaiiii boleh high low je. Yang sekarang bole naik sampai 7-8 bar. So that senang la sket aku nak tangkap amende bos mat salleh aku tu dok prung prang speaking berabuk slang slung sume :D


Harga nye?Aku bagitau je la kan. RM169. Ade la phone book n display caller id. Siap bole dial lock lagi. So dapatla avoid tgn2 nakal yang sibuk nak bergayut dail sana sini tu. Sangatttt seswaiiii kalau ade maid kat umah. Huhuhu...Jangan main2 tau. Kisah benar nih. Dulu ada maid keje kat umah aku sesedap rasa bergayut sampai bape ratus ntah. Pastu tak dapat bayar terus cabut lari. Memang bangggg!!! Kalau nak canggih lagi RM199 boleh pakai earphone. In case la kan ade sesaper yang terpikir nak beli phone umah;)



Itu je la cite nye. Mesti korang pikir...ape daaa...pasal phone pon nak cite ke??Dah tu tak de update kang cam tak best. Nak tunggu Myo update pon cam hurrmmm....kitorang still share blog ni tau....tapi blog ni dah macam jadi cam ana yang punya :)) Lepas ni kene pikir cite merepek ape lagi aku nak letak kat blog ni....

Wednesday, December 9, 2009

Jom Renew Road Tax + Insurans

Esok road tax ngan insurans kete dah expired. Actually dah renew Isnin last week lagi. Cam over semangat je nak renew kan. Tak koser i. Kalau dah over awal tu makne nye aku dah tersilap date :D Aku ingat 11hb last week. Hahaha. Cam tak saba2 je nak renew. Konon2 nye ni 1st time aku renew sendiri untuk kete sendiri. Mase memula beli tau2 dah ade SA Perodua tu dah buatkan siap2.


Time lunch hegeh2 pergi Maybank. Rasa cam nak tukar Etiqa pulak. Aritu pakai insurance company Jepon MSIG Mitsui Sumitomo Insurance Group (bukan MSG dlm ajinomoto tu ye :P) Dok kat Maybank tu pun ade dekat sejam tunggu orang bank tu settlekan. Punye la besopan santun. Dapat la car sticker ni. So kalau kete nak kene tow lagi tak de la duit ku terbang melayang kan. Hari tu ntah memane je simpan nombor fon MSIG tu. Sticker pon enggak ade.




Last2 dapat buat insurans je coz bank tu tak de geran kete aku. So orang tu bebel2 soh aku renew online kat MyEG. Susah payah pikir nak bagi link website MyEG. Last2 aku pon cakap "Ye2 cik tak pe saya tau...saya keje situ dulu" ngan gaya malas. Orang tu buat muke hepi "Oh bagus2...nape benti?" Haishhh tetiba terimbas kenangan lama. Uhuk2




Oh ye b4 company sekarang ni aku penah keje kat MyEG. 6 bulan je pon. Pastu lari sebab sakit jiwa. Hahahahha. Boleh dikatekan hampir tiap2 hari aku dok ngadap page road tax tu. Huru hara contact orang bank sane sini coz pakai fpx payment. So link ngan a few banks. Siap pakai duit dalam acc aku sendiri tau nak test every transaction tu. Sekali klik submit die tolak singgit from my acc. Ingat klik 10x cukup??Memang tak laaa. Pastu ade dorang ganti balik duit2 ku?? Lagi la takk...


Tu biase lagi. Paling tak tahan developer kat situ punye laaaaa..........stubborn+arrogant. Huhhh so annoying la. Penat gaduh2. Hahaha cam hape je. Hello!! Aku QA la. Follow je la ape yang aku dah suggest kan. Degil satu cite. Ni siap confident giler cakap no prob bla bla bla...small matter...siap bagi emel berjela2 last2 tak jadi hape. Hurmmm susah la nak explain camne.



Baru keje 2 bulan kat situ tunggang langgang apply keje kat JobStreet. Kuar masuk ofis pegi interview. Gigih giler. Last2 elok je 6 bulan aku hulur surat resign. Yahhooo. Actually tak de la teruk mane keje situ. Just aku rasa ada banyak lagi mende baru aku boleh belajar kat luar sana. And here I am. 15hb ni cukup 6 bulan kat tempat baru and tak de tanda2 nak resign lagi. Hakhakhak.




So bulan ni kopak bayar insurans n road tax kete je. Road tax ok lagi kot. RM20 plus online service 2.75 plus delivery service RM 6. Pejam mate road tax dah sampai depan umah. Servis bagus la. Recommended 4 orang yang very2 the bz. Just belakang tabir tu je i yang tak berkenan sangat. Huhuhu

p/s: Esok Selangor cutiiii....Yehaaa....Selamat bekerja to sesaper yg berada di luar kawasan liputan :))

Monday, November 23, 2009

Tragedi Malam Jumaat

Last week lepas redeem sample Clinique kitorang menyinggah ke Giant beli sushi. Tetiba aku mengidam nak makan. Naik beli sushi tak sampai 15 minit terus turun balik. And dangggg kete pulak tetiba tak bole start. Apekah?Before tu elok je jalan. Intai punye intai rupanya air bateri abis (meor la kan yang intai. kalau nak harapkan aku intai sume nampak same je. huahuahua). Tapi yang peliknye nak kate lampu tak padam pun adalah amat mustahil coz kete akan berbunyi ngan bising kalau kuar lampu tak padam.



Nasib baik la time tu kat Giant. Berlari2 anak pergi beli air bateri. Elok2 sampai kete boleh plak spanar pulak tak de. Naik lagi pegi beli. Semput2 ngan bawak laptop lagi. Meor memang berusaha keras la nak merepair. Last2 try start tak idup2 jugak enjin nye. Dah berhujan kat situ. Meor tak yah cakap la. Abis beribut petir. Pelik2. Patut nya dah tambah air bateri sure ok (siap extra air peluh lagi. so patut lagi cepat ok .huhu. hi encik meor :) ) Last2 kol parent ngan orang nak tow kete. Sume stok tak tau jalan nak datang situ. Kitorang melepet kat dalam Giant sampai abis sume kedai bawah tu nak tutup. Dengan dua2 pakai baju keje, muka pun dah lunyai cam hape.



Ada la dekat 3 jam bertapa kat situ last2 parentku n orang tow pun sampai. Havoc giler hokey tetiba lori tow tu masuk. Memang buat onar betul la kat situ. Pak guard Giant pun sibuk ramai2 datang situ. Tau plak datang tengok. Time orang sesak2 nak repair kete pandang2 slack dari jauh je. Eeeee sepak kang. Siap mintak personal details lagi. Konon2 nye nak make sure aku ni bukan nak ngangkut kete curi. Hadoihhh. Dah kat Giant pon dah ada rekod aku. Tak cukup2 ngan tempat redeem. Besepah2 bagi details kat orang. Ishh3.


Viva biruku yang dah naik atas lori. Huhuhu. Saje je tau. Dah kantoi ngan parent kitorang pegi merayau Giant :P Nasib baik la ada hero malaya ngan aku. Kalau aku sorang2 mau nanges kat situ jugak.




The best part is.....aku kena bayar caj orang tow tu je sebabbbb....pagi2 sok nye pomen tu start kete terus ok. Owhhh apekahhhh?????aku tersentap di situ. Memang tak pasal2 je bayar orang tow tu. Orang kat worksyop tu cakap maybe lepas isi air bateri dia kena take time nk recharge balik. Haissshhh...Kalau tau kitorang tido je kat Giant tu. Hahahahahha. Sok esoknya aku work from home (WFH) buat julung2 kali nya. Memang dah plan pun. Konon2 nya nak bagi meor pakai kete. Last2 sape pun tak dapat pakai :(



Cite pasal WFH. Memang syok wooooo. Tak payah susah payah nak redah jem pagi2. Tak de la pagi2 hati panas sebab kete atas jalan yang bawak ntah pape. Poyo je lebih. Dok kat umah aman saje. Sempat layan utube lagi. Nanti aku share kan satu video ni. Besttt.

Tuesday, October 27, 2009

My Dream Cars

HONDA CITY biru...sangat menawan kalbu ku. Agak2 berapa tahun lagi la eh boleh beli? Nak letak dalam wish list pon takuttt. Ada orang tu City ni die buat cam Kancil je kan. Sape kah orang itu. Anda tahu siapa anda. ehehehe.

Pics are courtesy from Google


TOYOTA CAMRY....Masyukkkk je kalau dapat naik. Lebih masyuk kalau dapat duduk kat seat belakang belah kiri. Wahahaha. Mule la tu kan nak berangan. Nak naik Camry kene tunggu Meor jadi boss la kan. Tak pun aku ke jadi bos. Kekeke. Cam kete boss2 saje. Well mula2 Camry tu dream car yang paling top dalam list la. Before Honda City transformers tu kuar.



NEW SAGA....So dream car yang aku nak cam mahal sangat so kena cari alternatif yang mampu milik punye. Saga biru pun menawan hati jugak. Tapi bile dipikir2 kan balik tak boleh jugak. Maybe boleh beli tapi kena orang tolong drive kan. Aci tak? Ada jugak kete yang tersadai kat rumah je nanti kalau main beli je. Tapi ok la Saga. Besar pun besar. Harga pun tak over dos. Viva ngan Saga yang spec nya sama pun harga lebih kurang, just Saga lagi besar. And aku je yang tak mampu nak bawak. Huhuhu



MyVi biru...Pun pernah masuk dalam list. Tapi memandangkan harganya yang mahal dari Saga and tak de vontot belakang pon maka nya tolak tepi walaupun memang minat kete ni since baru keluar.


VIVA...Last2 Viva jugak menjadi pilihan. Kereta yang tak penah masuk dalam list dream car aku pun. Dream car nye punya la meletup kan. Viva pun viva la asalkan kaler biru ;) And boleh drive sendiri walaupun terkial2. Sesuai la ngan aku yang kecik dan 'single' ni. Save duit n senang nak ke hulu hilir. Kang naik kete besar2 tenggelammm :( Ni kete sharing2 aku and Meor. Tapi aku yang pakai pergi kerja. Muahahaha.


Kete aku nih dah berusia 10 bulan. Tapi dah pernah cacat dalam tak sampai sebulan. Of course la it's not my fault man. Orang yang suke suki main rempuh kete aku kat tempat parking. Abis remuk redam pintu driver. Dah la duit melayang bayar down payment selambak. Melayang lagi nak kena hantar pergi ketuk.


Camne remuk redam nye pintu tu ha camtu la remuk redam hancur luluh hati ku time tengok rupa Viva ku. Balik2 keje je tengok2 dah kemek. Ntah orang pandai mane ntah yang langgar. Kalau jumpa boleh jugak aku nak sepak terajang. Huhuh. Lepas dah anta repair lansung tak de feel naik kete baru dah.



So Viva ni adalah yang paling ideal setakat ni. Tahan lasak. Kadang2 naik dah rasa cam naik kete sport. Beli mahal2 pun same je. Last2 ke atas divider jugak perginye. Wahahaha. Lariiiiiiiiiiiiiiii...Tunggu la nanti kot boleh beli dream car yang kat atas tu satu hari nanti...