nuffnang

Friday, February 11, 2011

Tangan Dah Gatal Nak Beli Handphone Baru

Dah lama rasanya nak tukar handphone zaman dinosaur aku ni ke handphone yang lebih up to date. Tapi asik la tertangguh2. Ingat nak tunggu rosak. Tapi tak rosak2 pulak T_T Rosak sikit pun aku hantar repair je. Ada ke nak suruh handphone rosak. Tu la jadinya bila dah bosan sangat pakai handphone yang sama dalam masa 3 tahun. Even budak sekolah pun pakai handphone lagi canggih dari aku. Orang kerja macam aku mostly dah pakai iphone kot. Tak pun blackberry. Aku pakai Nokia 5300 jek T_T

Adik aku dah selamat pun pakai iphone last year. Jeles je. Tak pe la. Dia lecturer. Plus businessman pulak tu. Orang cam aku tak perlu la kot handphone tu secanggih tu. Nanti tak fully utilized rugi jugak beli.

Pakai BB pun cam best je kan. Tambah2 BB torch ni sebab dia slide. Aku memang minat phone yang slide2 je sekarang ni. 5300 ni pun slide. Dah jatuh gedebuk gedebak pun aku pakai lagi. Sebab tu la aku tak sesuai pakai phone memahal kot. Tapi canteknya la wahai si BB. Semua BB pun cantek la kesimpulannya.

Myo pun tak kasi beli sebab dia tau last2 mesti aku pakai just untuk sms, call n amik gambar je. Hurmmm....ye kot. Tapi mana tau kalau dah ada BB secara automatiknya aku akan mengembangkan bakat aku kan :P



Disebabkan tak boleh nak beli phone yang mahal2 sangat, aku terberkenan ngan Nokia X3 ni. Since last year lagi. Dari baru keluar sampai la dah tak berapa nak baru sekarang ni. Sebab ada color biru ok. Slide pulak tu. Aku jumpa pic yang ada color merah je. Rasa nak je beli yang ni.


Ni Nokia X3 Touch n Type. Baru la sikit dari X3 tu kan. Of coz la lg mahal. Function pun lagi banyak. Tapi nape la bukan slide.....hurmmm....ada color biru jugak ni. Nak X3 tapi macam dah lama n camera pixel sket. Aku kan suka amik2 gambar syok sendiri. Tak best la kalau blur je cam camera kat handphone sekarang. Kalau amik X3 Touch n Type ni pulak tak ada slide2. Lagipun aku tak ada la kesah sangat pun nak touch2 bagai. Tapi camera pulak marvellous.



Kalau nak beli handphone baru pun nanti yang lama ni nak campak mana? Bukan rosak pun. Simpan pun buat tadah habuk. Kalau jual entah2 RM100 pun tak lepas. Patut ke aku beli handphone baru korang rasa? Ke tak sesuai nak beli time2 nak terberanak camni?....kena fokus kat baby je....huhuhu....Ke nak beli so that nanti time bosan2 tengah pantang boleh la aku belek2 handphone baru aku?...hahahaha....

Wahai kekandaku Meor, sudikah kekanda menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada adinda sempena hari lahir adinda yang ke tettttttttt minggu depan? ahaks! Bajet boleh dapat handphone baru la tu kan nak bermadah helah bagai :P

p/s: Tadi dah scan tengok baby. Baby dah 2.6 kg. Naik 0.6 kg dalam masa 2 minggu. Ohhh baby....jangan la besar2 sangat....nanti susah nak keluar....Mama dia punya pasal la ni kan....makan banyak sangat T_T

10 comments:

miss sue said...

best nye kan kalo dpt BB..hehhe..kite pon teringin nak HP baru

The Me said...

tu dia angan2 :)
C6-01 pun ok.. murah je :P
Bb dh besar ye?
Besar lagi kasi Mama keje kuat sket lam labour room nanti :P

nursha410 said...

sha cadangkan amek
Blackberry...hehehe

leh kite tuka2 no pin...

hehehhe...;)

cuna said...

miss sue: tu ar. mcm dh ramai je yg pakai BB...tp so far xsgp lg nk abskn duit ke situ. baby lg penting dr BB kot :P

cuna said...

The Me: hehehe...angan2 kene la lebih kan. dh tgk C6-01. waaaaa mhl tu. almost 1k. dah mcm nk bli BB dh. xmampu :(

aah baby dh besa. risau nih. tak baik tau menakutkn sy yg dh sedia takut nih T_T

Siti NurJ3nab said...

haaa....shoping makeup blh ajer...
tukau jer ler klu ad budget ap slh nyer.. ;)
atau pun nnti mlm bgtau dgn nada manja " abag2 hp b nih asik rosak jer...klu repair mahal x??"

buat2 muke kesian..kompem besday dpt henpon nyer!! ;p

cuna said...

Siti NurJenab: hahaha...mekap lain. xmhl sgt kot cam hp. beli pn sket2. so xterasa sgt duit tu kua...huhuhu....rasanye taktik buat muka kesian tu xkn bjaye sbb en. suami dh tau hp xrosak lg :P

cuna said...

nursha: xblh kot beli BB. out of budget. lg pn xdpt approval T_T

nor shuhada said...

Aku beli hp baru sebab dah rosak *wink*

cuna said...

adda: hp aku tu actually dh byk kali rsk. byk kali jgk dh anta repair sbb syg lg. skrg skrin plak dh crack. tu pun dkt 7bln bthn pakai jgk. huhuhu...mls dh nk anta repair plus dh bsn tgk hp tu...hehehe....so kira kukuh jgk la kot alsn aku nk tuka hp baru kan :D