nuffnang

Wednesday, February 2, 2011

Antenatal Class @ KPJ Selangor

Sat - 29/01/2010

Lepas aku publish je entry pasal antenatal class kat Putra Medical Centre hari tu, aku terus google2 cari class kat tempat lain. Entah macam mana terjumpa pulak yang kat KPJ Selangor. Kat website dorang siap ada schedule lagi for antenatal class untuk 2011. So senang sket nak refer. Aku pun terus call. Tapi macam dah agak terlambat sebab sampai bulan 3 semua dah full. Time call tu hari Jumaat 28/1. Since aku dah tengok schedule siap2 kat website aku mintak jugak nak join class esoknya 29/1. Terus orang tu cakap boleh....fuhhh....nasib baik.

Berakhir jugak pencarian aku selama ni. Class kali ni dah tak free. RM80 per couple. Hospital ni kat Seksyen 20 Shah Alam. Jauh tak jauh sangat la dari umah. Dalam 30min sampai. Dah dekat sangat ngan umah in law. Tak kesah sangat la sebab memang nak sangat join class2 camni. Kali ni siap ada 2 session lagi. 2nd session Sabtu ni. So 1st session dah settle.

Pepagi before 830 kitorang dah sampai terpacak depan hospital. Giler semangat ok. Senang giler aku nak bangun pagi. Kebetulan tak cramp or sakit2 badan. Dorang tak buat class kat dalam building KPJ tu. Tempatnya kat area parking. Macam dalam container...ermmm...ke cabin?? Aku pun tak tau la mende apa tu.

Sampai2 terus register n buat payment. Patutnya kena bayar 1 week in advance. Tapi aku special case sebab baru call semalamnya lepas tu nak datang terus :P Hari tu ada 13 couples yang join. Speaker dia pulak nurse trainer. Memang orang yang betul2 banyak experience. Kalau speaker yang kat Putra hari tu siap ada yang tak kawen lagi. So lain sket la cara explanationnya. More to baca slide.

Yang speaker kali ni memang based on her own experience. Seronok jugak la sebab dia banyak bercerita n buat lawak. Memang confirm tak boleh tido. Even aku tengah tahan sakit perut pun dia boleh tanya nape buat muka sedih T_T Siap tunjuk video orang tengah deliver lagi. Myo dah start loya2. Kalau nak you tube tu boleh je. Tapi nanti aku yang ngeri. Dah ada depan mata tu aku pun nengok je lah. Siap tunjuk kena gunting lagi....Hopefully time aku nanti semuanya dipermudahkan oleh Nya. Amin.....

Agak puas hati jugak la join class kat KPJ ni sebab dia ada ajar breathing technique time dalam labour room nanti. Exercise ngan baby massage pun ada tapi tu minggu depan. Hari tu trainer tu siap ajar macam mana nak urut2 lagi especially kalau kaki bengkak. Lately baru aku perasan kaki aku dah bengkak sket sebab pakai sandal pun cam dah agak ketat.

Class habis dalam pukul 1 lebih. Dorang provide kan foods time tea break je. Balik tu pepandai la nak cari lunch sendiri. Aku memang dah tak boleh dok diam dah time dekat2 nak pukul 1 tu. Pinggang dah sakit2 duduk lama sangat. Tak tau la camne orang lain boleh tahan. Sikit lagi aku nak termuntah kat situ T_T


Paperbag a.k.a doorgift from KPJ. Nak deliver kat KPJ tak mampu....dapat join antenatal class kat sini pun jadik laaa...

Berlonggok pamphlet dorang kasi. Tak sempat lagi aku nak kaji satu2.


Yang bestnya dorang kasi printed note. Agak2 tak ingat boleh belek2 balik note2 ni. Teringat zaman study dulu. Tiap2 minggu mesti ada je kena pegi kedai photostat nak photostat slide2 for each chapter. Sama je lebih kurang yang aku dapat ni. Myo cakap nanti boleh la bawak note2 ni pegi labour room kot2 tak ingat nak kena buat apa :P Bertuah sangat la kan kalau sempat nak tengok note. Nak pegang pun dah tak sempat kot. Pada aku asalkan Myo tak pengsan kat dalam labour room tu sudah :)


Ni free gift yang dorang kasi. Free ke tak pun aku tak tau. Entah2 dah sekali charge dalam RM80 tu...huhuhu...Dapat top-to-toe wash, lotion ngan powder. Bertambah lagi collection toiletries untuk baby.


Ni aku amik kat website KPJ Selangor. Actually class camni patut kena join time preggy 4 or 5 bulan gitu. Baru la boleh applykan sampai deliver. Ni aku dah menghitung hari baru nak pegi. Nasib la labu. Awal2 aku cari tak jumpa la pulak. Kat website tu ada no phone sekali. Call aje bagi nama.

Semua orang dah mood cuti panjang ni. Aku maybe stay kat umah je la nampaknya. Nak pegi mana pun. Nak shopping pun tak tau nak shopping apa dah. Bagus giler kan si Cuna ni tak tau nak shopping apa. Kalau dari dulu camni confirm sekarang dah kaya...hahaha...Nak kena terjah kaunter RMK la kejap kot pegi amik early birthday gift. Tak sabar nak tau apa mende nye ;)

p/s: My birthday is just around the corner ;) Hopefully tak ada la ter'deliver' awal :)

2 comments:

Mama Rizqullah said...

Yeaaa!!saya pun penah join kelas antenatal kat KPJ Selangor...tapi dulu buat dalam building kat tingkat 4,jadinya selesa sikit...

Apapun,semoga semuanya selamat tuk anda...apapun,jangan lupa pesan nurse tu...masa push jangan angkat punggung,nanti terkoyak lebih plak..:-)

cuna said...

Maslina Rosdiana: Ooo...pegi thn bila tu? Trainer sape? Nape tah dorg xbuat dlm building.kat cabin tu psg ekon pun pns semcm.