nuffnang

Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Shower Gelssss

Masih lagi bercuti. Nyempat update blog kejap...hehe...Hari tu time tengah kemas2 almari tetiba tengok penuh ngan show gels aje. Iye. Memang dah bersepah2. Setakat area camtu memang Irfan dah boleh capai. Kejap2 kang tau dia dah buat main T_T Sekarang almari ni dah berjaya dikosongkan. Kasi pinjam kat adik. Dia nanti PJJ so memang tak perlu nak beli segala barang rumah.


Dan aku dengan rajinnya telah susun semua shower gels yang and amik gambar. Saje amik gambar kenangan ramai2 before kena pakai :P Sekali tengok macam dah boleh buat stok setahun...hohoho...Tak pun lebih sebab bukannya selalu pakai. Selang seli jugak pakai ngan shower gel biasa. 

Emmm...mostly banyak yang beli dekat Body Shop kot. Asal ada sale je tangan mula la gatal nak beli kannn T_T Yang lain2 ada la sesat L'occitane ngan Yves Rocher. Ada masa2 nak la rasa extra wangi. Boleh jadi terapi jugak time stress. Kalau tengah panas2 mandi pakai pun best sebab rasa fresh and sejukkk je =)


Hari tu tertambah lagi stok sebab boleh buy 1 free 1...hehe...Yang lagi satu tu dapat free masa pegi Women's Weekly Shopping Event hari tu =)


So lepas ni aku akan cuba pejam mata kalau ternampak ada shower gels on sale kat memana lagi. Tapi kalau tengah pejam mata pun boleh capai sebotol dua tu nak buat camne kan :P

Friday, October 12, 2012

Women's Weekly Shopping Event

06/10/2012 - Sat

Iklan kejap boleh? Penat dah cerita pasal USS tak habeh2 :P Nak cerita aktiviti weekend kitorang hari tu. Pepagi dah keluar ke 1 Utama. Elok je nak sampai Parkson tengok2 queue punya la panjang mak aihhh. Padahal time tu kaunter pun tak bukak lagi. 


Al kisahnya hari tu Women's Weekly ngan Parkson buat shopping event. So sesape yang beli Women's Weekly Oct issue dapat la invitation card tu. Kalau shopping event biasa2 tu aku boleh pejam mata lagi uols. Tapi dapat goodie bag worth RM 200. Tak tahan ok...hahaha...


Begini la rupa queue yang panjang berjela itu. Dorang start bagi goodie bag pukul 11 pagi. Aku sampai dalam 10.45 pagi. Tak tau la dorang yang depan2 tu datang pukul berapa...huhu...Yang queue jadi makin panjang tu sebab orang nak bagi goodie bag nya tak muncul2 lagi tapi orang yang nak beratur tu makin lama makin ramai.


At last sampai jugak kat depan. Ada la dalam 30 minit beratur kot. Tu ha berlonggok goodie bag kat belakang tu. Ada 1000 semua katanya. Siap kat tepi tu ada satu meja lain jual Women's Weekly. So sesape yang baru tau ramai2 la beli kat situ nak amik invitation card dalam tu. Siap ada beli lebih lagi. So that dapat la angkut goodie bag lebih jugak. Ingat nak buat camtu jugak. Tapi lain kali je lah...hehehe...


Next, jom shopping. Tak tau nak shopping apa kat Parkson ekceli. Tiap kali datang memang tak dapat hasil. Kat JJ jugak yang ada hasil last2. Pada aku Parkson 1 Utama kurang best. Kalau best pun mahal sangat pulak. Hari tu pegi Parkson Alamanda macam lagi happening. Terus dapat hasil...haha...


Last2 beli jugak something. Siap top up barang lagi semata2 nak cukupkan amount nak dapatkan voucher ;) Motif utama beli barang adalah sebab nak join 'Spin the Wheel' ni ;) Boleh join once ada purchase in a single receipt. Tak kesah la berapa pun amount resit tu. Best kan. Kitorang ada 2 resit je. Tapi kitorang silap sebab ada 1 resit bayar untuk 2 barang. Kalau bayar asing boleh pusing 3 kali wheel tu...huhu...

Ada jugak lucky draw tapi ternyata kami bukan lah orang yang bertuah itu T_T Siap ada yang dapat set perfume Burberry tu. Best2. Tak ada rezeki nak dapat. Dapat freebies lain cukup la =)


Habis round2 kat Parkson pegi makan dulu then terus ke Body Shop. Round2 kejap before balik. Time ni ternampak pulak ada 2 maskot ni tengah joget2 kat bawah. Terus Papa Irfan ajak turun nak amik gambar.


Irfan takut ngan panda ni. Dah la panda ni cute. Budak2 lain kemain suka lagi. Boleh pulak dia takut. Maybe sebab kepala panda ni besar sangat kot T_T


Ngan mende ni pun sama jugak. Irfan tetap takut...huhuhu...


Goodie bag from Women's Weekly. 


Dalam beg tu of coz la meriah dengan freebiesss! Like3x =D Mostly samples la except body wash ngan air kotak tu. Yang sample tu dapat Kids Omega Fish Oil, serum, day cream n sleeping mask Syahirah, sleeping mask NuTeen, sabun Attack, softener Top, Libresse, cream Rosken, face lifting cream, serum n scrub Bio-Essence, perfume vial Le Scenteur and Inner Shine. Beli magazine RM 6 boleh dapat semua ni. Memang syiokkk la kannn ;)


Dapat jugak voucher Shins ngan Sasa. Boleh pakai hari tu je la. Tak pakai pun sebab tak sanggup dah nak habiskan duit T_T


Siap dapat complimentary free spa treatment. Memang tak pakai. Tak reti la nak berspa2 ni...huhu... Dapat voucher Milkshake Factory yang ada kat Bukit Bintang nun. Memang takkan sampai la kan. And last but not least voucher Starbucks. Tak penah pegi Starbucks pun. Halal eh? Last sekali dengar dulu macam tak halal. So memang tak berani jejak la. Tak tau la sekarang camne.


Puas tawaf 1 Parkson tu tak tau nak beli apa last2 terbeli pulak trial kit skincare Shiseido ni...lalala...


For 1st 25 readers dapat 2 travel size serum. 1 untuk anti aging. Pujuk2 SA tu dia kasi tukar dengan serum biasa. So ada 3 botol serum travel size yang bersamaan dengan full size =) Yang lain2 tu semua in travel size including cleansing foam, toner, moisturizer, mask, loose powder dan moisturizer lagi :P


Top up beli baju Irfan nak dapatkan voucher...hehehe....Spec tu semangat je nak beli sebab Irfan elok je nak pakai. Biasa belum pakaikan dia dah tolak2. Sekali balik rumah dia tak nak pakai pulak...huwaaaaa....Tipah tertipuuu! T_T


Hasilnya dapat la voucher ini. Weekend ni dah expired...huhu...Ni yang tak suka ni voucher Parkson. Kejap sangat dah nak expired. Kalau voucher JJ tak ada nak expired pun. Bagus JJ ni. Hidup JJ!....haha...tetiba :P


Hasil dari Spin the Wheel. Ni Papa Irfan yang putarkan. Dua kali putar dua2 kali dapat Beauty. Dapat Bio-Essence sleeping mask ngan Skinz serum. I loike!


Beli Women's Weekly kat Borders hari tu. Kononnya dapat la freebies Elizabeth Arden tapi dah habis pulak T_T Dapat pegi shopping event pun jadi laa...


Cleo ni beli kat Popular. Dapat free lipstik Revlon Colorburst. Cleo pun ada buat cam shopping event jugak next week. Tapi tak sampai 100 pun goodie bag dia. So harapan nak dapat tu adalah tipis kecuali gigih datang beratur awal2 ;)


Mag Eh! ni pulak beli buat kali keduanya sebab beli 1st time tu tak dapat sample free. Giler kan beli sampai 2 magazine yang sama. Nak dapatkan sample Lancome punya pasal. Padahal tak pernah pun beli Eh! before ni :P


Last but not least beli Lisa ni. Asalnya ingat dapat free body lotion Himalaya. So laju je kirim kat Papa Irfan tolong belikan kat kedai kat ofis dia tu. Sekali tersilap issue la. Yang dapat free tu September punya. Yang baru ni Oktober...huhu...1st time jugak beli mag ni. Tak tau pun kewujudannya :P

Yang baru ni just dapat beli shower gel Body Shop. Buy 1 free 1. Tak payah rebut2 sebab yang ni kena keluarkan duit. Biasa yang free tu la yang laju je lesap.


Sakan kan kumpul freebies. Nak buat camne. Memang dah pencinta freebies ;)

Wednesday, July 11, 2012

Shopping Raya!

28/06/2012 - Thurs

Akhirnya hari ni berjaya menunjukkan muka kat ofis. Asik plan nak pegi tapi tak jadi. Tak ingat dah berapa lama tak masuk ofis. 2 bulan kot. Tak pun 3 bulan. Semalam kemas2 barang macam 1st day nak masuk kerja. Siap ketuk2 bag laptop yang dah berabuk...hahaha...Last2 boleh pulak tertinggal access card T_T Ni pun pegi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Apa kena mengena pulak kan? Bulan puasa nanti lagi la liat kot nak ke ofis. Lepas raya je la baru datang balik :))

Korang dah start shopping raya? Ke dah lama dah complete? Kitorang baru nak start enjin...hehe...Kebetulan dah ada sale. Hari tu 1st time beli jeans Irfan kat Pumpkin Patch. Tu pun sebab dapat less 60%. Ada jugak shirts n slack yang cantik2. Tapi kena control. Before ni pun Irfan pakai baju biasa2 aje. Tak ada la branded2 sangat. Setakat Anakku, Disney, Fiffy, Baby Kiko n bla bla bla yang standard baju babies tu je. Rasa cam tak berbaloi nak beli baju memahal tapi pakai kejap sangat. Sekarang Irfan pun cam dah besar sikit boleh la kot slow2 ;)


05/07/2012 -Thurs

Ni shopping hari lain pulak. Last week ada JCard Members Sale kat OU. Meor balik kerja terus kitorang bertiga ke OU. Tak ada la banyak mana memborong. Target nak cari seluar Irfan selai. Tapi sebab dah jumpa yang cantik amik lagi sehelai :P So cukup2 la tu kan seluar raya sampai 3 helai.

Shirts dah shopping siap2 time Hush Puppies sale dulu. Baju beli last year pun ada lagi yang tak pakai2 lagi sebab beli saiz besar. Tinggal nak cari baju Melayu Irfan je lagi tak tau nak cari mana yang ready made. Kasut pakai yang lama sudah. Kang nak masuk raya rumah orang pun kena tanggal jugak kan...hahaha...


Beli 2 helai baju Papa Irfan jugak. Tu pun aku yang berkenan sesangat 2 color ni. Tak pernah tengok Meor pakai. Again...aku yang hover! Sudahnya Mama Irfan tak dapat apa2. Kasut raya tahun lepas ada sepasang tak pakai2 lagi. Yang dah pakai tu memang berbaloi2 beli. Pegi mana pun tak kira la pasar ke pantai ke shopping ke kenduri ke kasut yang sama tu jugak la yang aku sarung. Sampai dah lunyai T_T


Mama Irfan dapat yang ini! Before pegi JJ sempat singgah kat outlet Yves Rocher dulu beli cleanser ni. Dorang buat Cleanser Exchange Programme. Aku kasi je cleanser Olay aku yang kosong tu then dapat beli cleanser ni RM 29. Kalau idak RM 55. Ok la tu kot. Lagipun aku memang suka try mende2 baru ni =)


Korang yang rajin nak try2 skincare cam aku boleh la singgah ye. Boleh tukar dengan toner, cleanser or cleansing cream untuk remove makeup. Aku pilih yang tengah2 tu sebab dia sekali cleanser+scrub. Pakai sekali je senang. Tak silap Nivea pun ada jenis camni. Bau cleanser Yves Rocher ni pun best. Tak sabar nak try. Tapi kena la habiskan cleanser Clarins dulu sebelum expired T_T


Sekarang tinggal nak cari baju Melayu untuk 2 beranak tu je. Baju raya aku dah on the way sepasang. Hopefully sempat la siap before raya. Kalau tak beli aje la yang ready made. Raya lepas2 tu pakai je la baju lama2. Tu pun kalau tangan ni tak gatal nak sambar baju2 cantik yang aku nampak dekat2 nak raya nanti :))

Tuesday, July 10, 2012

Haul from L'oreal Sale

29/06/2012 - Fri

Hari tu berjaya jugak pegi ke L'oreal sale kat Uptown Damansara. Tapi kali ni bernasib malang sikit. Elok2 sampai pintu masuk nak queue boleh pulak bateri BB kong. Tak dapat nak contact sesape. Queue memang tersangat la panjangnya. Ada la 8 lengkok kot sementara nak sampai biliknya. Dekat sejam lebih beratur. Memang sangat menguji kesabaran.

Dah masuk tu cari barang laju2 then queue untuk bayar pulak. Kat situ pun dah dekat setengah jam lagi. Sekali dah sampai turn nak bayar boleh pulak kad debit tu jadi invalid. Haihhhh...memang bikin hati panas saje. Dah la bawak cash 100 lebih je. Sudahnya kena tapis barang2. Dapat la 2 ketul mende ni. Lancome Clarifying Cleanser Pearly Foam ngan Whitening Night Cream. Lagi 5 barang kena letak tepi. Sedihhhh...Susah payah datang awal beratur lama2 berebut ngan orang ramai last2 dapat 2 barang je. Sangat la tak berbaloi ok.


Dah keluar dari building tu merayau cari public phone. Nak mintak tolong sesape amikkan. Berapa blok dah pegi jelajah tak jumpa jugak public phone. Last2 jumpa satu tapi rosak pulak. Hampeh. Sampai lembik lutut kot berjalan. Kenapa la time tu la bateri nak kong. Tak pasal2 pegi kedai telefon terus beli charger BB n mintak tumpang charge kejap kat situ. Dapat la contact Meor suruh amikkan.

Kebetulan dah dekat time solat Jumaat. Rasa cam tak puas hati sebab dapat 2 mende je. Terus pegi ATM jap amik duit. Alang2 Meor nak pegi solat Jumaat mintak je dia drop kan kejap kat tempat sale tu. Kali ni memang melenggang kangkung je masuk. Orang dah tak ramai. Tak payah nak queue pun.

Tapi yang tak bestnya bila dah lambat2 barang2 best pun banyak yang dah kena sapu. 3 mende yang aku amik mula2 tu dah tak ada :( Set perfume Armani Code, set skincare Biotherm for men ngan Lancome Cleansing Foam dah tak adaaaaa! Last2 amik je la apa yang tinggal. Top up beli serum, face scrub ngan toner Lancome yang memang aku dah amik mula2 tu.


Sebab geram set perfume Armani Code dah habis amik je la set Ralph Lauren ni. Dah 3 kali nak beli Armani Code tapi tak dapat. 1st time dulu nak beli tapi bau2 cam GA Diamonds lagi best. 2nd time harganya macam mahal. Yang baru ni tengok 1 set RM 120. Murah dah tu. Elok2 pulak time tu memang tinggal last 2 sets je. Tapi kali ni debit kad boleh pulak mengada nak buat hal T_T


Ralph Lauren The Big Pony Collection for men. Perfume 75ml n deodorant. At first beli sebab nak bagi present kat orang. Tapi macam tak jadi pulak. So rasa nak let go la perfume set ni. Ada sesape nak tak? RM 130. Kalau harga kat luar RM 225 ni. Perfume tu bau ala2 masculine gitu. Best la. Bau macho. Kalau sesape interested do drop ur comment here ok. Boleh COD area Damansara/Shah Alam/Gombak =)


Banyak lagi mende best time kat sale tu. Skincare Biotherm macam2 range ada. Perfume Giorgio Armani ada macam Armani Code, Diamonds, Exchange. Perfume Diesel n YSL pun ado. Emm lagi Hypnose men. For women ada Lancome Magnifique ngan Cacharel Amor2. Tapi aku control aje tak beli apa2 perfume untuk diri sendiri.

Mekap Lancome pun ada. Eye shadow palette, lipstick, lip gloss. Shu Uemura lagi la tak tahan. Segala tok nenek lipstick, lip gloss, eye shadow, cleansing oil, brushes set, toner n macam2 lagi la. Naik pitam nak tengok satu2. Akhirnya berjaya tak beli apa2 either perfumes or cosmetics products =)

Wednesday, July 4, 2012

Freebies from Drypers & Female Mag

23/06/2012 - Sat

Entry basi lagi. Mood nak update blog makin ke laut nampaknya. Baca blog orang lagi best kot :P Last few weeks round2 The Curve. Singgah Kwik Cut kat Ikano semata2 nak pegi potong rambut 2 hero tu ha. 1st time bawak Irfan gunting rambut kat kedai. Bawak ke sini sebab ada kereta kecik kat situ. So potensi dia nak ngamuk agak kurang la kot sebab ada attraction lain...huhu...

Kebetulan time sampai kedai tu memang dia baru bangun. So mamai2 lagi. Memang tak berbunyi sikit pun. Just pelik sikit la tetiba ada orang dok godek2 rambut dia. Jerit pun kejap je bila nak angkat turun. So lepas ni boleh la kot pegi kedai biasa2 or kedai mamak aje gunting rambut dia. Mahal kot potong kat situ. Trim2 sikit dah RM 10 T_T


2 handsome heroes yang dah berambut pendek =) Rambut Irfan tu punya la macam malu2 kucing je nak tumbuh. Tapi potong jugak sebab dah masuk telinga. Belakang pun dah panjang sikit tapi nipis. Then cari tempat makan. Kitorang makan kat Chicken Rice Shop. Tu pun lepas wusha Waroeng Penyet 2 kali tapi asik la full house.


Next ke OU. Tak ingat kenapa pegi situ. Tapi ada mission la. Kebetulan ada pulak Drypers event kat situ. Tak beli pape pun. Just join games kat situ yang memang FOC. Lepas join siap dapat samples lagi. I loike ;)


Game yang baby boleh main sentuh2 skrin tu. Agaknya la. Irfan pegi main ngan papa dia.


Main tembak2 fruits pakai pistol air. Comel je game dia. Tapi Irfan still blur2 :D


Mama Irfan pun amik gambar blur2 :P


Round2 OU kejap then balikkk. Nak jugak amik gambar dulu before balik. Irfan cam biasa buat muka ketat dia tu.


Kitorang pun nak jugak even gambar blur aje. Kamera BB ni tak ada la bagus sangat. Sama je cam kamera handphone SE Hazel dulu. Just BB ni boleh terus capture. Yang SE dulu slow sket nak capture tu. Nak kena fokus dulu bagai.



Freebies from diapers. Dapat drypers biasa ngan drypers dry pantz. Dapat lepas join 3 games kat situ. So far tak pernah lagi pakaikan Irfan jenis pantz ni. Bertabah je pakai yang biasa even kadang2 belum pape dia dah nak bangun berpusing nak lari. Boleh survive lagi la kot. Lagi dapat vouchers, fridge magnet n form untuk redeem points once registered as a member. Free je pun. Points tu kumpul2 boleh la redeem apa2 gifts. Lagi banyak points lagi menarik la hadiahnya.


Before balik nyempat jugak beli Female Mag. Dah lama tak beli. Tu pun sebab ternampak boleh redeem L'occitane. Rupa2nya lotion untuk shaping body daa. Dah balik baru perasan. Padahal dah tulis sket punya besar. Mata nampak 1st 500 readers terus laju je nak beli T_T


Ni freebies lain yang ada dalam magazine tu. Terpusing pulak gambarnya. Korang telengkan la sket kepala ye kalau nak tengok :P Decleor skincare, perfume vial Jimmy Choo ngan Horlicks cereal. Ok la sebab dapat perfume tu. At least tak payah tayang muka pegi redeem kat kaunter.


Kelmarin baru je balik dari Morib Gold Coast Resort. Tak amik banyak gambar pun. So cam malas2 je nak update kan. Sudah2 la tu kan asik ke Morib aje. Tahun depan pulak :P

Friday, May 11, 2012

Siri Jelajah

06/05/2012 - Sun

Skip dulu entry bulan April. Kasi publish dulu cerita weekend kitorang baru ni sebab ada nak share something. Plan asal adalah nak ke Tesco. Aktiviti bulanan lagi buat restok barang2 keperluan rumah. Park je dulu kat Tesco tapi singgah Metrojaya kat The Curve dulu. Terjumpa pulak Lilian, BA RMK yang pernah buat makeover aku 2 kali dulu. Sekarang dah kerja kat kaunter perfume kat situ pulak.

Lepas Metrojaya singgah pulak kat L'occitane. Nasib baik ada outlet dia kat situ. Kebetulan ada something yang boleh di'redeem' ;) Alang2 dah dekat dengan Ikano singgah kedai gunting rambut kat situ pulak.


Memang kedai gunting fevret Papa Irfan la ni, Kwik Cut. Dari before kawen lagi memang selalu datang gunting rambut kat sini lepas kerja. Ni 1st time kot datang sini balik lepas dah ada Irfan. Nasib baik la ada kereta mainan ni. Boleh la dia dok setempat.


Cina kedai tu siap offer nak pasang kasi kereta tu gerak2. Aku boleh cakap tak nak pulak sebab kalau kereta tu stop jenuh Irfan ngamuk. Ingat nak kena masuk syiling. Sekali mende tu free daaaa....dush dush...Dah balik tu baru tau T_T


Terasa kejap je kat situ sebab Mama Irfan dok relaks je sambil amik2 gambar...hahaha...Tak payah main kejar2 kat situ =) Tu amik gambar pakai handphone baru...hikhik...Tak sempat nak story mory kat blog lagi ;)


Keluar Ikano singgah makan kat Waroeng Penyet kat The Curve. Dah lama tak makan ayam penyet kat sini. Mama Irfan 'go green' hari tu. Terasa cam pokok pun ada. Cam menyala pulak kaler tudung tu. Biasa la beli online. Tengok gambar cam cantik tapi bila dah dapat tengok macam lain pulak. Dah lama beli baru ni nak pakai.


Lepas makan kitorang ke Cineleisure pulak. Cari booth maxis nak tanya pasal bil. Round2 sket then terus ke Tesco. Time ni Irfan memang dah start ngantuk. Cari barang pun laju2 je. Kalau lambat kang siren bunyi pulak :P



Before balik letak dulu budak kecik kat kereta mainan 50 sen ni lagi. Papa Irfan yang beria nak kasi anak dia naik ok. Suka kemain la Irfan. Terus terang benderang mata dia.


Ok...Irfan nak bawak kereta dah ni. Mama ngan papa tinggal ye...


Start enjin dulu...


Hoyeaahhhh....dah boleh jalannn...


Apa tengok2? Nak tumpang la tu kan ;) Happy sesangat budak kecik ni ok. Tapi bila kereta tu stop n papa angkat dia terus menjerit sekuat hati...huhu...Tu memang tak sempat nak snap gambar dah. Terus lari laju2 pergi parking...hahaha....


Ni sample sunblock Shiseido yang aku redeem kat kaunter Shiseido. Tau pun lepas belek2 magazine Pearl yang kitorang amik free kat JJ hari tu. 2ml je pun. Kot la ada sesape berminat nak try klik sini. Ehhh...JJ dah tukar jadi AEON kan sekarang. Tapi aku tetap nak panggil JJ. Tak pedulik. Sape suruh tukar2 nama :P


Kat L'occitane nak redeem trial kit tapi orang tu cakap dah habis. Tapi dapat la jugak 4 sachets sample. 2 brightening essence n 2 fluid apa tah. Tak tau la patutnya dapat apa kan. Boleh je la dari tak dapat apa lansung. Nak beli normal size pun tenyeh2 mata jugak tengok harganya T_T Tau pun bila terbaca status Dee kat FB. 1st 2500 registrants katanya boleh redeem. Kalau nak register klik sini.


Gitu la siri jelajah kitorang hari Ahad hari tu. The Curve-Ikano-Cineleisure-Tesco. Lenguh kaki berjalan tapi puas hati. Rasa cam terisi sikit weekend =)