nuffnang

Tuesday, July 10, 2012

Haul from L'oreal Sale

29/06/2012 - Fri

Hari tu berjaya jugak pegi ke L'oreal sale kat Uptown Damansara. Tapi kali ni bernasib malang sikit. Elok2 sampai pintu masuk nak queue boleh pulak bateri BB kong. Tak dapat nak contact sesape. Queue memang tersangat la panjangnya. Ada la 8 lengkok kot sementara nak sampai biliknya. Dekat sejam lebih beratur. Memang sangat menguji kesabaran.

Dah masuk tu cari barang laju2 then queue untuk bayar pulak. Kat situ pun dah dekat setengah jam lagi. Sekali dah sampai turn nak bayar boleh pulak kad debit tu jadi invalid. Haihhhh...memang bikin hati panas saje. Dah la bawak cash 100 lebih je. Sudahnya kena tapis barang2. Dapat la 2 ketul mende ni. Lancome Clarifying Cleanser Pearly Foam ngan Whitening Night Cream. Lagi 5 barang kena letak tepi. Sedihhhh...Susah payah datang awal beratur lama2 berebut ngan orang ramai last2 dapat 2 barang je. Sangat la tak berbaloi ok.


Dah keluar dari building tu merayau cari public phone. Nak mintak tolong sesape amikkan. Berapa blok dah pegi jelajah tak jumpa jugak public phone. Last2 jumpa satu tapi rosak pulak. Hampeh. Sampai lembik lutut kot berjalan. Kenapa la time tu la bateri nak kong. Tak pasal2 pegi kedai telefon terus beli charger BB n mintak tumpang charge kejap kat situ. Dapat la contact Meor suruh amikkan.

Kebetulan dah dekat time solat Jumaat. Rasa cam tak puas hati sebab dapat 2 mende je. Terus pegi ATM jap amik duit. Alang2 Meor nak pegi solat Jumaat mintak je dia drop kan kejap kat tempat sale tu. Kali ni memang melenggang kangkung je masuk. Orang dah tak ramai. Tak payah nak queue pun.

Tapi yang tak bestnya bila dah lambat2 barang2 best pun banyak yang dah kena sapu. 3 mende yang aku amik mula2 tu dah tak ada :( Set perfume Armani Code, set skincare Biotherm for men ngan Lancome Cleansing Foam dah tak adaaaaa! Last2 amik je la apa yang tinggal. Top up beli serum, face scrub ngan toner Lancome yang memang aku dah amik mula2 tu.


Sebab geram set perfume Armani Code dah habis amik je la set Ralph Lauren ni. Dah 3 kali nak beli Armani Code tapi tak dapat. 1st time dulu nak beli tapi bau2 cam GA Diamonds lagi best. 2nd time harganya macam mahal. Yang baru ni tengok 1 set RM 120. Murah dah tu. Elok2 pulak time tu memang tinggal last 2 sets je. Tapi kali ni debit kad boleh pulak mengada nak buat hal T_T


Ralph Lauren The Big Pony Collection for men. Perfume 75ml n deodorant. At first beli sebab nak bagi present kat orang. Tapi macam tak jadi pulak. So rasa nak let go la perfume set ni. Ada sesape nak tak? RM 130. Kalau harga kat luar RM 225 ni. Perfume tu bau ala2 masculine gitu. Best la. Bau macho. Kalau sesape interested do drop ur comment here ok. Boleh COD area Damansara/Shah Alam/Gombak =)


Banyak lagi mende best time kat sale tu. Skincare Biotherm macam2 range ada. Perfume Giorgio Armani ada macam Armani Code, Diamonds, Exchange. Perfume Diesel n YSL pun ado. Emm lagi Hypnose men. For women ada Lancome Magnifique ngan Cacharel Amor2. Tapi aku control aje tak beli apa2 perfume untuk diri sendiri.

Mekap Lancome pun ada. Eye shadow palette, lipstick, lip gloss. Shu Uemura lagi la tak tahan. Segala tok nenek lipstick, lip gloss, eye shadow, cleansing oil, brushes set, toner n macam2 lagi la. Naik pitam nak tengok satu2. Akhirnya berjaya tak beli apa2 either perfumes or cosmetics products =)

No comments: