nuffnang

Friday, July 27, 2012

Pecah Rekod!

22/07/2012 - Sun

Dah lama tak letak Irfan dalam carrier since dia dah boleh jalan ni. Biasanya either letak dalam stroller or dukung or lepaskan je dia jalan sendiri. Tapi hari tu keluar carrier je pilihan yang paling sesuai. Buat julung2 kalinya kitorang pegi shopping kat KL. KL yang memang tengah2 bandar KL. Akhirnya kitorang berjaya sampai ke Jalan TAR bertiga 2nd Ramadhan hari tu...huhu...


Aku memang dah sangat lama tak sampai sini. Ada la 2 tahun dah kot. Ehh ke 3 tahun. Last sekali datang ngan mak. Lepas tu nak shopping apa pun memang akan either dekat Damansara or Shah Alam. Pusing2 situ je. Itu pun hari tu nak sampai sesat barat jugak. Nak harapkan aku walaupun dah pernah datang situ pun memang tak boleh. Memang fail bab2 nak hafal jalan ni especially jalan kat KL. Meor pulak memang tak pernah sampai. Anak jati Shah Alam la katakan. Jalan kat Shah Alam memang segala ceruk la terer. Buat apa nak tau jalan KL kan. Pusing2 dekat sejam area KL tu last2 dapat parking. Menapak la kitorang nak cari kedai.

Mission adalah nak cari baju Melayu for Irfan, Papa Irfan n tudung untuk diri sendiri. Mission accomplished! Just nak cari tudung aku tu je yang mencabar sket. Bila aku suka design tu color tak matching. Bila color matching design pulak tak best...huhu...Last2 sebab dah penat sangat plus kesian kat Irfan amik je la apa yang ada. Tudung yang sangat simple. Tak ada nak gojes2 pun. Yang penting matching ngan baju ;)

Gitu la cerita pecah rekod hari tu. Macam tak percaya boleh sampai Jalan TAR...hahaha...1st time datang ngan Meor. Ngan Irfan pun lagi la 1st time. Kesian dia sebab panas kan. Tu pun ada time2 yang dia tak selesa dok dalam carrier kena jugak dukung kejap2. Nak tinggal Irfan kat mak kesian pulak nak susahkan mak. Nak tinggal Irfan pun kesian kat dia. Sekali esoknya dia demam. 2 or 3 hari jugak la. Tapi kitorang assume tu demam nak tumbuh gigi geraham kot sebab dah nampak putih2 kat gusi bawah dia.

Huhhh...Panjangnya entry ni. Rasa pelik sebab tak ada gambar. Lagi la nampak entry ni berjela. Memang tak sempat kot nak amik2 gambar tempat ramai orang gitu. Tapi best la dapat ke sana. Rambang jugak mata tengok tudung cantik2. Rasa nak je rembat banyak2. Maklum la. Selama ni asik dok beli thru online aje. Sekali tengok kat kedai lagi banyak pilihan plus murah. Tapi last2 amik sehelai je. Tak sempat nak melencong sangat sebab kejar masa. So kira dah agak complete la kot persiapan raya kitorang. Tak nak kelam kabut sangat cam last year. Lagi seminggu nak raya baru nak beli itu ini T_T

4 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Seronoknye dapat shopping kat Jalan TAR. Last year ada pergi, bawak saqlain, malamnye dia start flu. Sejak tu dah tobat tak nak bak saqlain kalau shopping kat Jalan tar.
Part cari tudung, shu pun selalu macam tu... at the end, bila tiba kedai yg terakhir, rembat je mana2 yg agak padan :(

cuna said...

Setahun skali blh la kot shu. lgpn meor mmg xsuka kalo soh drive area kl.
tu la kn. ssh kemain kdg2 tu nk cari tdg yg kita btl2 nk. bila dh ank kecik lg la. kna pk psl dia jgk.kalo x mau tawaf lg cari tdg smpai puas hati :P

fiszah_pjo said...

hai cuna..salam kenal dear..ehehhe

seronok jln2 kt jalan tar kan..heh..tp sesak..huhu

cuna said...

fiszah_pjo: hai fiszah. salam kenal =) mmg seronok tmbh2 bla dh lama x ke situ. tp tu la. tmpt tu cm sntiasa pnh ngn org.ngn jem lg.mmg xsesuai bwk ank kck kan.lps ni xtau la bla lg blh smpai T_T