nuffnang

Tuesday, July 17, 2012

Chop N Steak Kg. Baru

06/07/2012 - Fri

Cerita makan2 last2 week. Tetiba tekak mengada nak makan western food. Bila nak makan western mesti terus teringat Chop N Steak kat Kg. Baru. Kat situ je la yang paling sedap pada aku. Memang puas hati. Tapi sebab jauh tak dapat la selalu sangat ke sana. Nasib baik Papa Irfan kasi green light nak pegi ;)

Irfan maintain je duduk dalam baby chair sampai balik. Bravo! Kalau tak memang dah meronta2 nak keluar dari situ sambil jerit2...haha...Nasib baik ada budak2 waiter kat tepi tu dok main2 ngan dia. Suka la budak kecik tu. Leka je dia.


My chicken chop. Datang sini memang harus la order yang ini. Bagi 2 pinggan pun boleh habis kot...hehe...


Chicken Gordon Bleu...Papa Irfan punya. Tapi memang biasanya aku akan kidnap jugak. Yang ni pun best. Tapi tak kan la tamak sangat sampai nak order 2 kan. So makan separuh2 gitu. So dapat la rasa dua2 ;)


Maccaroni with meatball untuk Irfan which is lepas tu mama ngan papa jugak yang tolong habiskan :))


Mango juice ni pun best. Air yang wajib order tiap kali datang sini.


Barli suam Irfan share ngan papa dia. Irfan kalau dah jumpa air barli memang tak pandang mende lain dah. Fevret dia la nih...


Tetiba nak up entry pasal makan. Padahal before ni pegi Chop N Steak tak pernah nak update kat blog pun. Biasanya tak koser sangat nak amik gambar satu2. Lagipun ulang2 makan yang tu jugak. But sementara tengah rajin ni update je la apa yang patut kan ;)

p/s: Semalam 1st time Papa Irfan tak tido umah. Balik kerja dah pukul 10 malam. Tup2 pukul 11 lebih dah kena pegi ofis balik. Sampai sekarang dah dekat pukul 12 tengah hari tak balik2. Dengan tak tido nya tak mandi nya. Gigih betul kerja. Padahal bukan dapat OT pun. Aku pun sama...huhu...Kalau tak dah lama kitorang kaya raya :P

4 comments:

Laiciberry said...

syoknyer mkn steak..nk sikit kak..hehehe

cuna said...

Laiciberry: hehe...kitorg xmkn steak pn. xminat daging. hubby je minat =)

Noli@Ibu Wafa said...

seriusnye irfan..ke tak sabar nk mkn tu..hehe

cuna said...

Noli: hehe...tu la noli. irfan mmg gitu. mmg dia xkn peduli kalau org nk amik gamba dia. so amk je la candid gitu. time ni tgh mkn kot. dok kunyah biskut dlm mulut tu :P