nuffnang

Thursday, July 19, 2012

Melawat Pusat Sains Negara

08/07/2012 - Sun

Last2 week kitorang ke Pusat Sains Negara. Asik ke shopping mall je kan. Since keluar pun dah agak lewat plan asal nak ke Zoo Negara kena la cancel coz dah panas terik. Ke PSN aje la senang. Dah sah2 hujan panas pun no hal since tempat bertutup kan.


Dah lama berangan nak bawak Irfan ke tempat2 camni. Just mula2 ingat nak la tunggu dia besar sikit. Ni tak tau apa lagi. Tapi disebabkan mama ngan papa dia dah tak sabar2 sangat, bawak je dulu 1st round. Kasi intro dulu. Jap2 lagi dah besar sikit bawak datang sini lagi...hehe...

Boleh pulak dekat2 nak sampai tu Irfan sedap tido. Sampai dah letak dalam stroller n bawak masuk dalam PSN tu ngan orang ramai yang bising2 kat situ pun dia tak bangun2 jugak. Kejut2 dia boleh sambung tido balik. Haihhh laaa...Kita nak kasi dia tengok apa ada kat situ T_T


Last2 angkat terus dukung dia. Kesian dia terkejut mula2 tu. Bangun2 tengok ada ikan besar atas kepala...hahaha...Lepas nampak ikan lepas tu terus fresh. Sibuk tunjuk sana sini =)


Dekat entrace pun dah penuh orang. Ikan pun banyak kat situ. Besar2 pulak tu. Kalau tak silap dulu pernah datang PSN ni buat lawatan sambil belajar. Ehhh...Ke tak pernah sampai lansung? Tak ingat daaa...Kesimpulannya memang lama sangat dah tak datang sini sampai dah tak ingat ada apa kat sini.





Papa Irfan la paling semangat. Habis semua mende di'test'nya. Aku ikut aje la. Tu pun kejap2 cari tempat nak duduk. Irfan pun behave je. Pelik agaknya tengok mende2 yang dia tak pernah jumpa. Something new for him =)


Ada kids place jugak kat sini. For kids below 4 kot. Mainan for babies pun ada dalam ni. Macam dalam nursery pun ada. Meriah je. Irfan pun seronok. Tapi bila disuruh pandang kamera terus buat muka seposen T_T







Dah puas round2 belah dalam kat tengah2 tu ada playground. Meriah la ngan budak2. Yang macam cage tu untuk budak2 besar la kan.


Untuk budak baya Irfan ada tempat main jugak. Untuk 4 years below. Bila dah lepaskan dia kat situ apa lagi. Sakan la dia berlari ke sana ke sini ;)



Giant piano. Irfan suka kemain main piano ni. Mana tak nya. Bila pijak ada bunyi n keluar lampu. Memang macam mainan dia la. Ada pulak geng kat sebelah.



Lama melepak kat sini. Seronok tengok Irfan excited je =) Asik la tersengih. Kalau tak bila nampak kitorang nak amik gambar je terus buat muka...huhu...


Bila tengok2 gambar baru perasan baju Irfan ni dah senteng. Kesian Irfan mama kasi pakai baju kecik lagi...huhu...So lepas ni kena asingkan simpan dalam kotak dah. Memang kejap sangat pakai baju budak2 kecik ni. Tu pun ada baju Irfan time baby aku dah pass kan kat orang.


Layan gambar je la ye. Kerja aku ngamik gambar je kat sini. Mana la nak minat bab2 sains ni. Nama je study amik Sains Komputer...huhu...Setakat tengok gitu je.


Dah habis tawaf floor bawah tu kitorang naik atas. Ada lago 1 section. Kat atas ni jugak ada Dinosaur Live. Tapi nak masuk sini kena beli tiket lain. Kitorang beli tiket paling murah je. 1 adult RM 6. Tu pun sebab beli dekat gate masuk n kat situ tak ada jual tiket untuk Dinosaur Live tu.

Dah nak balik tu baru tau ada jual tiket kat entrance tu sekali ngan entrance Dinosaur Live ni RM 15. So cam tak berbaloi la kalau kitorang nak beli lagi sebab tiket entrance tu sekali untuk semua. Mende ni ada sampai 31 July je. Kalau nak datang balik pun lambat lagi la kot.






Dah nak balik. Baru ada gambar bertiga. As usual Irfan sibuk dok pandang tempat lain T_T



Before balik sambung tengok ikan lagi. Hari pun dah petang. Muka pun dah berminyak2...haha...Habis nampak semua bila dah terkena flash. Tempat ni tutup pukul 7. Tapi pukul 5 kitorang dah nak balik. Tetiba perut terasa lapar. Moh kita pegi cari makan.


Dekat2 nak sampai OU Irfan tido balik lepas kena paksa bangun kat PSN tu...hehehe...Aman damai je tido sampai la kitorang dah nak habis makan.


Kitorang ke Kenny Rogers. Senang Irfan boleh tumpang makan sekali. Sekali dia tido pulak. Standard makan ayam je lat kat KRR ni baru puas hati. Ni pinggan Meor. Sidelines yang dia amik semua aku tak minat. Tumpang2 rasa je.


This is mine. My all time fav sidelines. Coleslaw ngan macaroni n cheese. Nasi tu amik jugak sebab tak tau nak amik apa lagi satu. Standby kot2 Irfan bangun nak makan. Sekali tunggu2 tak bangun2 jugak. Elok je tinggal beberapa ketul macaroni dia tersedar. Kesian dia dapat makan sikit je T_T


Hohhh...Panjang bebenor entry hari ni. 3 hari update baru ni nak publish. Nampaknya cerita makan angin kitorang weekend hari tu bawak ke minggu depan je la. Lusa dah nak puasa. Kot tak sempat nak update aku nak wish awal2 lah ye. Selamat berpuasa semua. Minta maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur kata yang mengguris jiwa sanubari sesiapa. Semoga kita mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di bulan mulia nanti =)

No comments: