Yeahhh...Kitorang repeat lagi holiday trip ke Gold Coast Morib ni. Hari tu kan tak puas hati sebab tak ke pantai belakang resort tu. So apply siap2 cuti hari Isnin tu. Al kisahnya hari tu kitorang bertolak dari rumah pun dah pukul 3 petang. Orang pukul 3 dah check in kitorang baru nak keluar kan. Bagus betul T_T
Lepas tu ikut pulak jalan jauh dari yang lalu dulu. Sampai2 orang tersangat la ramai ok. Memang unexpected sebab ingat datang Ahad orang pun dah tak ramai. Bajet weekend je ramai. Sebab hari tu kitorang datang Khamis memang lengang je. Ramainya sampai tahap nak check in pun kena queue panjang giler. Adala dekat setengah jam kot. Tapi aku ngan Irfan tunggu dalam kereta la sebab parking area depan hotel memang dah full.
Tengok2 yang tengah queue tu pun memasing dok pegang voucher. Salah timing la pulak kan datang. Voucher yang 1st tu valid from 1st July sampai August. Weekends memang tak valid. Lepas2 tu ada lagi voucher camtu. Tu yang jadi ramai orang bila memasing nak pakai voucher awal2 T_T
So dekat pukul 6 baru dapat naik bilik. Yang lagi bestnya bilik tak kemas lagi. 1st time aku check in hotel tengok bilik tak kemas lagi. Memang semua yang check in petang tu semua dapat bilik yang tak kemas lagi. Agaknya hari sebelum tu pun memang dah ramai orang. Tak sempat la nak kemas semua bilik.
Naik letak barang je then tukar2 baju terus turun bawah sebab cleaner datang nak kemas bilik. Kat theme park penuh manusia sebab memasing dok tunggu bilik kena kemas. So baik la pegi mandi manda dulu dari melangut tunggu kat bilik je.
Kitorang straight ke pantai. Hari tu boleh tak tau pantai kat belakang tu je. Sampai2 pegi tempat sewa motor ATV ni. 1st time tau nama dia gitu. Tu ha beratur motornya. Pilih je nak kecik or besar. Kecik RM 30 besar RM 50. Kitorang amik yang besar. Memula tu aku ingat RM 5 je...hahaha...Mahal la pulak. Sekali sekala tak apa la kan. Nasib Meor pun bawak ngam2 RM 50.
Budak kecik ni memang dah sampai situ tetiba jadi bz kemain. Nak pandang kamera? Memang jangan harap la. Ni 1st time lepaskan dia kat pantai. Siap tanggalkan kasut. Dibalingnya pasir merata2. Kesian pulak. Dah setahun lebih baru nak jumpa pasir kan...huhu...Dulu time bercuti area pantai panas sangat. Ni memang elok2 je cuaca.
Itu dia 3 beranak naik ATV. Susah bebenor nak ngamik gambar. Last2 nampak muka je la. Kat mana2 pun boleh amik kan gambar gini kan.
Sudahnya suruh Meor stop kejap semata2 nak amik gambar. Irfan muka serius je. Statik tak gerak2. Excited dalam hati lagi la tu kan...hehe...Lepas tu sambung round balik. Limit masa boleh naik 20 minit. Memula aku pikir alahaiiii kejapnya. Cam tak berbaloi lansung bayar RM 50. Sekali tak sampai 10 minit kot aku dah start pening kepala. Tak tahan bau minyak tanah. Iyela aku dok betul2 atas ekzos. Memang bau tu terus naik kat kepala.
Last2 surrender sebab makin pening. So Meor dropkan aku ngan Irfan kat tepi. Bawak seround dua then Irfan dah berlari2 dok kejar papa dia nak ikut sekali. Ha pegi la korang sesama boyz. Aku rela terpacak kat tepi tu je ngamik gambar sambil menikmati keindahan alam =)
Memang sangat tenang rasanya dapat ke pantai walaupun pantai kat situ tak la secantik mana sebab agak kotor kat tepi2 tu. Tapi tak kesah la. Janji dapat jumpa pantai. Jiwa yang kacau bilau pun boleh rasa aman damai bila dapat pegi pantai. Ni kalau dok lelama sikit lepas tu sorang2 pulak tu memang boleh meleleh air mata layan perasaan T_T
Before balik amik2 la gambar dulu. On the way nak naik tengok orang dah beratur nak makan dinner pulak. Siap ada khemah extra kat luar building sebab dalam dah sesak sangat. Padahal dinner start pukul 7. Time tu baru 7.10. Sume orang turun dinner sharp la pulak kan.
Kitorang kena la naik sebab baju penuh pasir pantai lagi. Naik2 tengok bilik dah siap kemas. Nice. Lepas siap2 terus turun. Memang sangat sesak tempat makan. Tempat duduk pun penuh. Nasib baik la jumpa meja kosong.
1st time pegi hotel tengok orang meriah camtu. Lama jugak la tunggu Meor amikkan makanan. Tu pun ada makanan yang dah habis. Aku memang tak boleh nak pegi mana. Anak bujang sape nak jaga? Amik gambar pun tak sempat. Dah nak siap makan nak pegi beratur amik aiskrim pun sket punya lama. Panjang bebenor queue nya. Naik lenguh jugak la kaki beratur kalau sorang amik sampai 4 or 5 mangkuk aiskrim T_T
Irfan berendam dalam jacuzzi ngan papa dia. Mama nengok aje la. Mula2 suruh Papa Irfan tolong cover kan mana yang terseksi tu. Malas heh nak edit2 gambar ni. Semua gambar aku letak gitu je. Sikit pun tak pernah edit. So cover je la ngan tangan.
Lepas tu cover ngan buih sabun...hahaha...Senang. Irfan peduli hape. Dia tengah bz tu. Seronok kemain. Malam tu pun senang je dia tido sebab dah penat sangat.
Esoknya pepagi turun breakfast pun ramai jugak orang. Nak tunggu telur goreng masak pun kena beratur sket punya lama. Makan tak lama mana pun. Lebih setengah jam dok kat meja makan aje T_T Time breakfast boleh lupa pulak bawak turun handphone. So tak ada gambar lagi T_T
Around pukul 10 baru la nak turun theme park. Memang dah meriah dah ngan orang. Seronok pulak tengok. Sebab last time datang cam sunyi sepi je. Kali ni memang Irfan berendam lagi lama dari hari tu. Maybe dia seronok tengok ramai budak2 baya dia. Leka tengok orang. Siap sempat main slide lagi ngan papa dia. Tengok dia seronok gitu rasa nak bawak lagi je pasni pegi swimming pool mana2. Kitorang nak stay lama pun tak boleh sebab takut terlepas time check out pulak. Ohh...kat theme park harusla tak ada gambar lansung sebab tiga2 berendam. Memang lenggang kangkung je la turun :P
Kemas2 barang then ready for check out. Tak amik gambar pun time bilik tengah lawa. Lagipun hari tu pegi dah bergambar sakan. Dulu masa datang nak check in orang tu siap tanya nak bilik ngadap theme park or pantai. Sekarang tak payah tanya2 dah. Terus dapat bilik ngadap hutan rimba...huhu...Terus tak ada mood nak lepak2 kat balkoni...
Ehhh panjangnya la entry hari ni. Tetiba mood tu datang. Kalau tidak malas memanjang. Tambah2 bila tak orang pun nak drop komen. Rasa cam mengarut sorang2...huhu...Esok dah weekend. Kalau dapat tengok movie The Amazing Spiderman best jugak ni. Version kali ni Spiderman nya lain dari dulu. Berangan je la dulu kan ;)
12 comments:
Cuna,yun pn bli voucher tu jugak,tp sept bru g,huhuhu!dgr review mcm xbes je..ramai orng ek?hehehe
Yun: best je tmpt tu yun. jd xbest sbb ramai sgt org. mana tau sept nnt org xramai sgt ke kan ;)
Best ni...akak pun plan nak g sana...member baru g pakai voucher..
ni jwpn utk solan awk kt blog akak ye..
Akak sbb 3 org tukar dlm RM600-700 dpt la 200++ dolar...tu yg abis...klu sorang utk semata2 masuk USS dlm RM300/400 ok kot...klu niat nak soping la..klu utk duit mkn je RM100++ pun cukup..
cuna, iza kat gold coast morib jugak on 1-2 july. cuna pegi sama tarikh jugak kn? mmg beratur pnjg habes. kol 5.15 baru masuk bilik & yup bilik tak dikemas.kl la tahu cuna ada kat sana, leh jumpa :)
Alida: best2 akak. sila la pegi ye. mmg enjoy sesgt ;) thks akak 4 da info. it's really help =)
Dnazz: lohhh...kita pegi hari yg sama rupanya. cmne la blh tak terjumpa korg ek. pdhal tmpt tu bkn besar mana pn.kalau x blh la irfan main2 ngn rifqi pastu kita pulak blh gosips2 ;) ingat iza amik date lain
itula pasal, kita masing2 tak tahu kan.kami bawak diri masing2 jer.haha belum rezeki kita nak jumpa agaknya huhu.haha suka bila tang part gossip tu haha
Dnazz: ntah2 ada je terselisih kt mana2 tp kita yg xperasan kan. lgpn bkn lma sgt kt sana. part gossip la best. kt blog ssh nk gosip2 :P
bestnya..sana sini org dok citer pasal GCMR..da promosi ke? sampai bila ye?
pening bau minyak tu...irfan nk dpt adik kot hehe
Azy: yg promo voucher aritu dh abs. lps2 tu groupon ada buat lg. xsure ada lg ke x.yg baru siap pakej ATV skali RM 188.
haha...xkot azy. bau asap motor tu mmg kuat. lgpn duduk btl2 ats ekzos. tu yg xthn tu.lain mcm sket bau asap dia sbb pkai myk tanah T_T
mcm mana nk dpt voucher tu..
cuba try klik link ni =)
http://www.groupon.my/deals/travelcity/Gold-Coast-Morib/716110190?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_154&a=715828027
Post a Comment