nuffnang

Friday, October 12, 2012

Women's Weekly Shopping Event

06/10/2012 - Sat

Iklan kejap boleh? Penat dah cerita pasal USS tak habeh2 :P Nak cerita aktiviti weekend kitorang hari tu. Pepagi dah keluar ke 1 Utama. Elok je nak sampai Parkson tengok2 queue punya la panjang mak aihhh. Padahal time tu kaunter pun tak bukak lagi. 


Al kisahnya hari tu Women's Weekly ngan Parkson buat shopping event. So sesape yang beli Women's Weekly Oct issue dapat la invitation card tu. Kalau shopping event biasa2 tu aku boleh pejam mata lagi uols. Tapi dapat goodie bag worth RM 200. Tak tahan ok...hahaha...


Begini la rupa queue yang panjang berjela itu. Dorang start bagi goodie bag pukul 11 pagi. Aku sampai dalam 10.45 pagi. Tak tau la dorang yang depan2 tu datang pukul berapa...huhu...Yang queue jadi makin panjang tu sebab orang nak bagi goodie bag nya tak muncul2 lagi tapi orang yang nak beratur tu makin lama makin ramai.


At last sampai jugak kat depan. Ada la dalam 30 minit beratur kot. Tu ha berlonggok goodie bag kat belakang tu. Ada 1000 semua katanya. Siap kat tepi tu ada satu meja lain jual Women's Weekly. So sesape yang baru tau ramai2 la beli kat situ nak amik invitation card dalam tu. Siap ada beli lebih lagi. So that dapat la angkut goodie bag lebih jugak. Ingat nak buat camtu jugak. Tapi lain kali je lah...hehehe...


Next, jom shopping. Tak tau nak shopping apa kat Parkson ekceli. Tiap kali datang memang tak dapat hasil. Kat JJ jugak yang ada hasil last2. Pada aku Parkson 1 Utama kurang best. Kalau best pun mahal sangat pulak. Hari tu pegi Parkson Alamanda macam lagi happening. Terus dapat hasil...haha...


Last2 beli jugak something. Siap top up barang lagi semata2 nak cukupkan amount nak dapatkan voucher ;) Motif utama beli barang adalah sebab nak join 'Spin the Wheel' ni ;) Boleh join once ada purchase in a single receipt. Tak kesah la berapa pun amount resit tu. Best kan. Kitorang ada 2 resit je. Tapi kitorang silap sebab ada 1 resit bayar untuk 2 barang. Kalau bayar asing boleh pusing 3 kali wheel tu...huhu...

Ada jugak lucky draw tapi ternyata kami bukan lah orang yang bertuah itu T_T Siap ada yang dapat set perfume Burberry tu. Best2. Tak ada rezeki nak dapat. Dapat freebies lain cukup la =)


Habis round2 kat Parkson pegi makan dulu then terus ke Body Shop. Round2 kejap before balik. Time ni ternampak pulak ada 2 maskot ni tengah joget2 kat bawah. Terus Papa Irfan ajak turun nak amik gambar.


Irfan takut ngan panda ni. Dah la panda ni cute. Budak2 lain kemain suka lagi. Boleh pulak dia takut. Maybe sebab kepala panda ni besar sangat kot T_T


Ngan mende ni pun sama jugak. Irfan tetap takut...huhuhu...


Goodie bag from Women's Weekly. 


Dalam beg tu of coz la meriah dengan freebiesss! Like3x =D Mostly samples la except body wash ngan air kotak tu. Yang sample tu dapat Kids Omega Fish Oil, serum, day cream n sleeping mask Syahirah, sleeping mask NuTeen, sabun Attack, softener Top, Libresse, cream Rosken, face lifting cream, serum n scrub Bio-Essence, perfume vial Le Scenteur and Inner Shine. Beli magazine RM 6 boleh dapat semua ni. Memang syiokkk la kannn ;)


Dapat jugak voucher Shins ngan Sasa. Boleh pakai hari tu je la. Tak pakai pun sebab tak sanggup dah nak habiskan duit T_T


Siap dapat complimentary free spa treatment. Memang tak pakai. Tak reti la nak berspa2 ni...huhu... Dapat voucher Milkshake Factory yang ada kat Bukit Bintang nun. Memang takkan sampai la kan. And last but not least voucher Starbucks. Tak penah pegi Starbucks pun. Halal eh? Last sekali dengar dulu macam tak halal. So memang tak berani jejak la. Tak tau la sekarang camne.


Puas tawaf 1 Parkson tu tak tau nak beli apa last2 terbeli pulak trial kit skincare Shiseido ni...lalala...


For 1st 25 readers dapat 2 travel size serum. 1 untuk anti aging. Pujuk2 SA tu dia kasi tukar dengan serum biasa. So ada 3 botol serum travel size yang bersamaan dengan full size =) Yang lain2 tu semua in travel size including cleansing foam, toner, moisturizer, mask, loose powder dan moisturizer lagi :P


Top up beli baju Irfan nak dapatkan voucher...hehehe....Spec tu semangat je nak beli sebab Irfan elok je nak pakai. Biasa belum pakaikan dia dah tolak2. Sekali balik rumah dia tak nak pakai pulak...huwaaaaa....Tipah tertipuuu! T_T


Hasilnya dapat la voucher ini. Weekend ni dah expired...huhu...Ni yang tak suka ni voucher Parkson. Kejap sangat dah nak expired. Kalau voucher JJ tak ada nak expired pun. Bagus JJ ni. Hidup JJ!....haha...tetiba :P


Hasil dari Spin the Wheel. Ni Papa Irfan yang putarkan. Dua kali putar dua2 kali dapat Beauty. Dapat Bio-Essence sleeping mask ngan Skinz serum. I loike!


Beli Women's Weekly kat Borders hari tu. Kononnya dapat la freebies Elizabeth Arden tapi dah habis pulak T_T Dapat pegi shopping event pun jadi laa...


Cleo ni beli kat Popular. Dapat free lipstik Revlon Colorburst. Cleo pun ada buat cam shopping event jugak next week. Tapi tak sampai 100 pun goodie bag dia. So harapan nak dapat tu adalah tipis kecuali gigih datang beratur awal2 ;)


Mag Eh! ni pulak beli buat kali keduanya sebab beli 1st time tu tak dapat sample free. Giler kan beli sampai 2 magazine yang sama. Nak dapatkan sample Lancome punya pasal. Padahal tak pernah pun beli Eh! before ni :P


Last but not least beli Lisa ni. Asalnya ingat dapat free body lotion Himalaya. So laju je kirim kat Papa Irfan tolong belikan kat kedai kat ofis dia tu. Sekali tersilap issue la. Yang dapat free tu September punya. Yang baru ni Oktober...huhu...1st time jugak beli mag ni. Tak tau pun kewujudannya :P

Yang baru ni just dapat beli shower gel Body Shop. Buy 1 free 1. Tak payah rebut2 sebab yang ni kena keluarkan duit. Biasa yang free tu la yang laju je lesap.


Sakan kan kumpul freebies. Nak buat camne. Memang dah pencinta freebies ;)

2 comments:

Unknown said...

best, suke tgk n baca... menarik2 psl blog freebies nie

cuna said...

jojo: rajin2 la sggh blog ni lg pasni ;)