nuffnang

Friday, October 19, 2012

It's Bowling Time!

13/10/2012 - Sat

Cerita USS tak habis lagi ni. Iklan la kejap ;) Weekend hari tu akhirnya berjaya jugak pegi main bowling. Dah berzaman rasanya tak main bowling ok. Serius tak tipu. Ada la dalam 8 tahun dah tak main. Last sekali main time study dulu. Tu pun main ramai2 ngan member. Memang sangat happening lah. 1st time main terus dapat score paling tinggi...hahaha...Padahal main baling je ikut suka hati. Bernasib baik je tu :P


Ini adalah aktiviti kitorang sementara tunggu 2 orang VIP sampai...hehehe...Before tu dah siap tawaf Wangsa Walk tu sampai tak tau nak pegi mana dah. Last2 lepak dalam tempat bowling tu sambil tengok2 orang main. Ohhh...Irfan kena tinggal kejap. Takut kang dia pulak yang jadi pin boling kat situ T_T


VIP dah sampai...yeahhh...Nasib baik ada geng. Macam tak best pulak main berdua je ngan Meor. Kang lepas aku baling dia baling. Lepas dia aku balik. Macam bosan pulak. So lagi ramai lagi la happening kan. Tu pun dapat ajak 2 orang je sebab dorang tinggal dekat area2 tu jugak. Nak pegi jejauh memang tak boleh la. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan Irfan lelama kat rumah.


Sudah start! Yang kelakarnya kitorang main satu game je. Tapi dia punya lama dah macam main 2 game. Sebabnya lepas dah main sambung borak. Kadang dah sampai turn pun biar je dulu. Borak lagi baru sambung balik...hahaha...Dah lama tak jumpa banyak pulak cerita kan :P



Meh nak introduce sorang2 d player of the day =) Ikut turutan nama yang ada kat skrin hari tu...1st player Adda. Kesian Adda. Dah la tengah sakit pinggang. Sanggup susah2 datang join jugak main bowling. Siap kena jadi 1st player lagi...haha...Yang paling best 1st frame terus strike. Memang tak tahan ok! :D


2nd player, Dee. Winner of da day. Don't play2 ok ;)


3rd player, Papa Irfan takkan tak kenal kot...hehe...


Last but not least Mama Irfan yang baru nak start enjin main boling setelah sekian lama :P Memasing pun dah lama tak main. Tapi memang tak boleh kalahkan aku yang sangat berkurun lamanya tak pegang bola bowling.


Dan ini adalah score pada hari itu. Memang sangat best sekali sekala dapat lepaskan gian nak main bowling...huhu...Dapat la 2 kali strike. Masuk longkang tak payah cakap la kan. Baling ikut sesedap rasa je :D


Yang penting kita enjoy! Cuba tengok gambar dekat atas dengan yang ni. Kemain ceria lagi muka memasing lepas main tu kan. Memang sakan bergelak ketawa time main tu sampai sakit perut aku. Dah keluar tu rasa macam sakit mulut pulak sebab asik senyum n gelak sakan...hohoho...Bukan selalu kan. Sekali sekala je ok!


Next cari tempat makan. Kami ke Papa John's dekat JJ Wangsa Maju sebab tak tau nak makan apa dekat Wangsa Walk. Tu pun sebab Adda ngan Dee dah biasa ke sini. Adda siap ada membership card lagi ok ;) Kitorang berdua je baru nak jejak. Selama ni elok je ada set untuk lunch yang murah tiap2 hari. Sekali elok pulak minggu tu dia tukar. Promo tu valid untuk weekdays je T_T


Frens...TQ la korang ye sebab sudi join aku yang tetiba mengidam nak main bowling ni...hehehe...Next time boleh main lagi kalau free. Ingat, jangan praktis dulu before ajak main tau. Tak aci camtu :D


Ada gambar berdua...hikhik...Dah lama tak ada orang tolong amikkan gambar gini =)


Apa yang dimakan hari tu...Breadstick Adda punya.


Dee order Pizza Pocket. Aku panggil karipap gemoks!


Tapi gemoks bukan sebarang gemoks ok. Sangat sedappp sebab ada cheese. Aku ni memang pantang sket kalau cheese ni. Semua pun sedap. So harus la order kalau datang lagi lepas ni ;)


Papa Irfan order pizza yang aku tak tau la nama apa.


Aku order Spicy Chicken Skewers. Nampak macam simple je mende nya. Buat sendiri pun boleh kan. Tapi ayam tu sangat sedap ok. Teringat Tori Yaki yang orang jual kat Bazar Ramadhan hari tu. 


Tapi sila la jangan percaya aku nak makan ayam tu je. Harus la tak kenyang. Order baked pasta sekali. Tu pun lepas dok belek menu ke depan ke belakang beberapa kali baru order. 1st time datang macam blur je nak order apa :P Pasta ni pun sedap. Biasanya semua pasta sedap je di tekak aku.


Balik rumah tu siap2 lepas tu keluar lagi. Saje nak bawak Irfan jalan2. Rasa bersalah pulak tinggalkan dia lepas tu tak bawak dia ke mana2. Time keluar pun dok teringat dia buat apa. Tengah main ke, tido ke, nanges ke, makan ke. Maklum la dah biasa bawak dia ke hulu ke hilir. Macam biasa mesti ada perasaan camtu.


Shopping barang dapur sikit kat Tesco. Tak suka sangat nak shopping hari Sabtu since no plastic bag bagai. Leceh pulak. Tu pun kebetulan teringat nak bawak shopping bag. Biasanya lupa...huhu....


Suka la tu dapat jalan ;)


Sudah hari Jumaat. Mula la berkira2 nak ke mana weekend ni. Cam tak best terperap kat rumah je. Happy weekends uols! =)

4 comments:

dEe said...

yay saya juara! hehe. tp knp gmba aku kt tmpt boling nmpk bulat tp kt papa john's nmpk bujur? haih. T_T

cuna said...

ok la tu dee. aku dua2 gmba pn nmpk bulat T_T

adalova said...

aik korang ni asik citer bulat jer..bola boling itu yang bulat ok..lagipun ok la kita "still in shape"..bulat tu kan "shape"..hihi

cuna said...

aah kan. baru aku perasan rupanya bulat tu shape...hahaha...