13/08/2012 - Thurs
Dah sampai rumah Shrek. Time ni dah start panas terik. Kalau dah naik ride apa2 especially roller coaster memang confirm boleh pening kat situ jugak.
Depan toilet Shrek pun nak amik gambar kan...hehehe...
Nak masuk Far Far Away kingdom...
Kena marah ngan Papa Irfan sebab buat peace macam nak cucuk mata Irfan...hahaha....Dah balik tengok gambar baru perasan :P
Kat dalam castle tu ada show Shrek 4-D Adventure.
Dah puas bergambar kat luar kitorang terus masuk dalam queue untuk tengok Shrek 4D tu.
Ni baru 1st show untuk hari tu. Tapi still kena beratur nak masuk. Ada la dalam 10 minit kot beratur.
Nak masuk dah. Dalam tu memang tak boleh amik gambar sebab gelap. Dorang tak kasi pakai flash. So no point jugak la amik gambar pun. Yang paling penting show tu memang bestttt!!!! Effect dia tak banyak n biasa2 je macam kena percik air, kerusi ke depan ke belakang n kaki rasa geli2. Tapi tetapppp best! Tu pun aku tersilap duduk. Kerusi aku duduk tu gerak sikit je. Maybe yang tu untuk budak n orang yang ada back pain ke apa. Mana la nak tau since dorang tak ada inform or tanda kerusi tu ngan apa2. So feel kurang di situ. Kerusi Irfan yang gerak beria :D
Irfan memang kena dok seat dia sendiri. Tak boleh riba dia. Tapi dia tak nak pakai spec 4D tu. So memang dia tak nampak la gambar2 yang awesome tu. Tu pun dia tersangat la behave. Tak lari ke mana2. Tak jerit or apa2 yang sewaktu dengannya...hehe...Dia dok diam je kat seat dia. Bila ada air dia sapu2 je muka dia. Dah biasa kena percik air ngan papa dia kat rumah :D
Dah habis show keluar2 nampak ferris wheel cenonet ni.
Memang gambar blur memanjang je kat sini. Ni la Magic Potion Spin. Tak ramai orang pun sebab mainan budak2 je. Agak bosan.
Tapi bosan2 pun kitorang tetap naik. Selagi boleh naik kita naik. Beria2 senyum last2 Papa Irfan amik gambar Irfan je...sobs...sobsss...
Kenapa la mama ngan papa saya bawak saya ke tempat yang sungguh membosankan ini T_T
Kat bawah tu Fairy Godmother's Potion Shop. Lansung tak tengok ada jual apa kat situ. Lalu terus keluar.
Abang n anak sedara aku gelakkan kitorang sebab naik mende ni. Dorang cakap tengok muka memasing dalam gambar pun dah tau memang bosan giler naik mende ni :P
Ok apa kan sekali sekala. Aku hepi je...hehe...Tapi nak soh naik buat kali kedua mungkin tidakkk :D
Dah tengah hari sket hari pun dah makin panas. Dah start penat. Apa lagi perut pun mula la lapar. Breakfast makan roti je kot. Bertolak awal sangat sampai tak sempat pun nak cari breakfast dulu.
Last2 kitorang singgah makan sini je. Friar's. Kat USS ni macam banyak fast foods je. Boleh la kalau setakat nak buat alas perut. Yang pentingnya kedai ni halal. Ada lagi beberapa kedai halal kat sini. Kalau refer kat map brochure tu pun boleh tengok ada logo halal ke tak kat tiap2 kedai makan tu.
Ni je makanan kitorang 3 beranak. Giler bajet kan. 1 set dekat $10. So lepas convert dah 20 hengget lebih. Kalau tak convert memang la nampak murah. Kalau convert memang rasa nak pitam je tau. Aku pulak kalau nak beli apa2 time2 tu jugak nak convert. Kalau tak nanti lupa diri pulak spend duit sesuka hati .
Air pun share ok. Sedih tak...wuwuwu...Tu pun rasa heaven giler dapat minum air yang sejuk. Kering tekak dah half way jalan. Ok la makan ayam sorang seketul sementara nak habiskan jalan sampai petang.
Budak yang hepi. Padahal time ni dah ngantuk nih. Time ni baru la rasa nak sewa stroller. Awal2 tu ingat gigih sangat la tak nak pakai. Tapi bila pikir2 balik dah separuh jalan baru nak sewa. Rasa cam rugi je. Nak sewa stroller pun dah 30 hengget kot. Baik la kitorang gilir2 je dukung Irfan. Cramp tangan memasing lepas tu...hahaha...Tapi kekadang tu sanggup tahan lenguh tangan dari biar dia jalan sendiri lepas tu kena kejar dia merata T_T
Habis makan get ready nak ke next destination pulak. Time amik gambar kat Versarchery ni boleh tak perasan kat situ ada show Donkey Live. Padahal kat belakang tu je tempatnya...wuwuwu...Rugi ok tak tengok. Next visit please =))
Kitorang tak naik Enchanted Airways. Macam junior roller coaster je. Yang ni memang dah tau tapi sebab Irfan tak boleh naik kitorang pun skip aje la. Time ni tak terpikir pun nak take turn jaga Irfan. Macam rugi jugak la untuk peminat roller coaster cam aku ni tak dapat naik. Ingat nak la try segala jenis roller coaster yang ada kat sini. Maybe next visit la kan ;)
Next, The Lost World =)
2 comments:
eh, aku cm tak prasn plak ada versarchery n enchanted airways.. kami tak pergi ke?
ha tak pegi la tu dee. sila mskkn dlm list n repeat blk lawatan ke uss ye ;)
Post a Comment