12/09/2012 - Wed
Kami pegi Singapore naik bas aje. Tapi dari KL ke JB drive la since tak berapa nak konfiden nak bawak Irfan naik bas...huhu...Al kisahnya dah beli tiket flight Air Asia dari hujung tahun lepas lagi. Time tu ada promo 1 sen tu. Asalnya berangan nak ke Bandung tapi tiket ke Bandung cam tak berapa nak murah pulak. Lepas book tu entah camne boleh tersalah book dapat tiket pegi n balik pepagi buta. Last2 decide tido kat JB je lah. Burn je la tiket tu. Terbang melayang duitku dekat RM 400 jugak la. Sedekah je la kat Air Asia yang dah sedia kaya raya tu T_T
Muka pucat je time ni. Nak mekap pun malas. Baru je recover dari sakit. Even time bertolak tu pun rasa cam tak sedap badan lagi. Tapi memikirkan dah book hotel and dah beli tiket ke USS maka bertolak la jugak walaupun dah agak lambat. Pukul 2 lebih baru keluar rumah.
Stop kejap kat RNR. Beli mihun sup semangkuk share 2 orang. Makan laju2 sebab Irfan menjerit ngan sesedap rasa, lompat2 lagi tak nak duduk. Terus cam gerak je lah.
Pukul 8.15 malam baru sampai depan Tune Hotels, Danga Bay ni ha...haha...Lama giler. Dekat 6 jam kot. Kejap2 kang stop. Sampai2 check in je dulu then terus keluar cari makan. Barang2 pun tak sempat nak keluarkan. Lapar sesangat dah.
Ini la bilik kami. Cam biasa sampai2 Irfan buat spot check dulu. Habis semua nak ditekannya...huhu...
Masa ni panggil pun memang dah tak dengar :D Baju Irfan ni baru je rasmi. Padahal dari last year lagi beli lepas tu peram dalam drawer. Sedar2 dah ngam2 je dia pakai...hadoiii laaa....
Bilik ni ok2 saje. Almari baju pun tak ada. Yang ada tiang sebatang tu je la nak buat gantung2 baju. Agak sempit tapi setakat kitorang 3 orang je ok lagi kot. Ok la asalkan ada tempat nak mandi n tido n simpan barang2 kan. Murah pun murah. Harga asal tak sure la berapa tapi bilik kat sini memang murah je. Tapi sebab hari tu kitorang ada spend RM 70 kat Giant so dapat la RM 40 1 malam. Terus book untuk 3 malam...hahaha...Tapi malam last tu jadi RM 50 sebab dah hari Jumaat.
Pintu toilet pun ada tulis Tune Hotels...hahaha....Belum tengok kat dalam lagi. Kat dinding siap ada map tunjuk branch Tune Hotels kat negara2 lain. Kat depan toilet bowl pulak tu...Strategik betul tempat kekadang tu :D
Tepi2 tu memang muat2 jalan je la kot. Kitorang pun memang amik pakej yang very the basic. WiFi + TV je. Padahal WiFi tu last2 memang tak pakai lansung. Tak ada masa kot nak belek2 phone. Balik2 tau nak landing je :P
Since kitorang amik pakej yang basic air cond ngan toiletries ngan towels memang tak dapat la. Remote air cond memang ada tapi tak boleh nak on. Tido pasang kipas pun still ok lagi. Toiletries+towels memang tiap kali pegi hotel mana2 pun memang aku akan bawak tak kesah la dorang sediakan or tak. So kat sini boleh la jimat sket sebab dia bayar ikut pakej kita pilih. Tapi still boleh tukar pakej lain or add on je apa yang kita nak. Boiler pun tak ada dalam bilik ni. Kalau nak amik air panas kena la turun bawah amik kat 7-Eleven T_T
Punya la sempit bilik ni sampai dressing table pun tak ada. Cermin besar kat atas katil je. Very the save spacing. Kalau orang tak biasa maybe tak selesa la kot. Tapi kami ok je =)
Malam tu Irfan punya la susah nak tido.Dah pukul 2 pagi baru nak tido kot. Lepas tu kitorang berdua boleh pegi layan Pirates of Carribean sampai dekat pukul 4 kot...hahaha...Macam la tak pernah tengok je kan :P
Kitorang amik pakej yang ada TV untuk 2 malam je. Malam yang last tu memang betul2 basic. WiFi tak ada TV pun tak ada. 2nd night tu memang nak tengok TV pun dah tak sempat sebab penat sesangat 1 hari suntuk kat USS tu. Tiga2 pengsannnn....
So 1st day tu memang datang untuk bermalam kat hotel semata2. Bas pukul 7.30 pagi dah gerak ke USS. So kalau nak datang dari KL memang tak sempat la sampai. Tak sanggup nak gerak pepagi buta T_T Next entry perjalanan kami ke USS. Mau sampai minggu depan pun tak habis cerita pasal vacation ni :P
No comments:
Post a Comment