nuffnang

Thursday, October 4, 2012

USS! Here We Come!

13/09/2012 - Thurs

Esoknya pepagi pukul 7.30 dah turun ke lobby. Time ni bas tak sampai lagi. So boleh la kasi Irfan posing2 dulu. Ohhh ye...hari tu rasmi baju Pak Ngah n Mak Ngah Irfan belikan kat New Zealand. Dah lama peram nih :P


Posing wajib...Duduk mencangkung :))


Time ni sibuk nak isi form untuk bagi kat Imigresen tu. Kena gilir2. Kang dua2 nak isi form Irfan entah tak tau pegi celah mana. Last2 bas dah sampai pun tak sempat nak habis isi jugak. 


Cobaan buat julung2 kali nya bawak Irfan naik bas. Kat KL tu naik LRT pun tak berani nak bawak Irfan kot. Takut berlaku kejadian yang tak diingini...huhu...Beberapa minit yang pertama Irfan tersangat la behave ye. Maybe sebab terkesima 1st time dapat naik bas :P


Gambar dalam bas semua blur je tapi tetap nak tepek kat blog :))


Bas adalah penuh ngan penumpang walaupun di hari Khamis. Semua stay kat Tune Hotels. Memang kat situ ada sediakan shuttle bas terus pegi ke USS. Boleh book online siap2 sekali ngan hotel. Pegi n balik sorang RM 25. Mostly yang pegi by group or couple. Yang group tu ada datang ngan sedara mara n kawan2. Memang meriah la. Tak ada yang datang berdua ngan anak je cam kitorang. Kot ada yang senasib boleh la jadi geng...hehe...So tak boleh la nak menumpang simpati kat sesape. Berdikari je la kitorang tiga beranak hari tu :P


Dah sampai Imigresen Tambak Johor. Kat sini bas drop kan kitorang. Tiba la masanya untuk berlari berkejaran. Kat sini tak nampak dah orang nak berlenggang mak limah. Memasing jalan lelaju macam lipas kudung je termasuk la kitorang :P


Nyempat amik gambar sementara tunggu Papa Irfan isi form. Ingat kena bagi kat Imigresen sini. Rupanya dah sampai Imigresen kat Singapore baru kena kasi daaa. Maklum la dah lama terperap kat bumi Mesia ni. Tak ingat dah segala prosedur2 bagai.


Sampai kat Imigresen Singapore turun bas lagi. Berlari berkejaran lagi lah kitorang...huhu...Memang semua nak kena cepat je sebab datang by group kan. Kang tertinggal bas memang naya je.


Patutnya memang tak sempat lansung nak bergambar2 ni. Time ni ingat bas tak sampai lagi. Rupa2nya time kitorang tengah dok situ bas dah parking kat depan. So jadi antara orang yang last jugak la nak bas...wuwuwu....


1st day naik bas Irfan memang tersangat la behave. Ada la menjerit2 manja sikit tapi still boleh diterima...hehe...Dok tak diam sket tu biasala. Yang penting dia still lagi boleh nak duduk kat kerusi. Risau kot2 dia nak berjalan2 dalam bas tu pulak :P Mama Irfan semestinya excited jugak nak naik bas. 1st time ni naik bas sejak lepas kawen ni ;)


On the way dari Imigresen nak ke USS tu Irfan dah start ngantuk2 dah. Biasa la dia. Time dekat2 nak sampai la dia selalu nak tido ;)



Sudah sampai Sentosa Resort World. Agaknya lepas ada USS ni attraction kat Sentosa Island yang kat luar2 tu pun orang dah tak heran sangat kot. Kalau tak dulu kat Sentosa Island la cam meriah sikit. Tu pun aku tak pernah sampai2 jugak :P



We are almost there! Dah nampak castle Far Far Away! Time tu hati dah bermunge2 dah :P


Time ni Irfan dah selamattt tido. Sedap pulak tu tido nyer. Mana tak ngantuk kalau pukul 2 tido lepas tu pukul 7 dah kena paksa bangun :D


Kesian dia ngantuk sesangat...Tapi tak boleh kalahkan mama ngan papa dia yang tido tak sampai 3 jam pagi tu...huhuhu...Tapi sebab excited nak pegi USS punya pasal mata pun jadi terang benderang je...hahaha...


Turun je bas terus naik escalator. Ingat kena jalan kaki sket dulu ke apa kan. Sekali sampai je atas terus je huwaaaaahhhh...rasa macam dah sampai ke dunia lain. Rasa macam mimpi pun ada =)


Nantikan cerita kami di dunia baru tu ok. Kena la update sikit2. Tak lalu rasanya nak upload gambar banyak2 n update sekali harung T_T

2 comments:

Fiszah_pjo said...

comel sgt la boboy ni..atirah kem salam!(tersipu2 gitu)

cuna said...

Fiszah: w'salam. irfan pn kem salam blk kt atirah (smbl kenyit2 mata)