nuffnang

Friday, May 11, 2012

Siri Jelajah

06/05/2012 - Sun

Skip dulu entry bulan April. Kasi publish dulu cerita weekend kitorang baru ni sebab ada nak share something. Plan asal adalah nak ke Tesco. Aktiviti bulanan lagi buat restok barang2 keperluan rumah. Park je dulu kat Tesco tapi singgah Metrojaya kat The Curve dulu. Terjumpa pulak Lilian, BA RMK yang pernah buat makeover aku 2 kali dulu. Sekarang dah kerja kat kaunter perfume kat situ pulak.

Lepas Metrojaya singgah pulak kat L'occitane. Nasib baik ada outlet dia kat situ. Kebetulan ada something yang boleh di'redeem' ;) Alang2 dah dekat dengan Ikano singgah kedai gunting rambut kat situ pulak.


Memang kedai gunting fevret Papa Irfan la ni, Kwik Cut. Dari before kawen lagi memang selalu datang gunting rambut kat sini lepas kerja. Ni 1st time kot datang sini balik lepas dah ada Irfan. Nasib baik la ada kereta mainan ni. Boleh la dia dok setempat.


Cina kedai tu siap offer nak pasang kasi kereta tu gerak2. Aku boleh cakap tak nak pulak sebab kalau kereta tu stop jenuh Irfan ngamuk. Ingat nak kena masuk syiling. Sekali mende tu free daaaa....dush dush...Dah balik tu baru tau T_T


Terasa kejap je kat situ sebab Mama Irfan dok relaks je sambil amik2 gambar...hahaha...Tak payah main kejar2 kat situ =) Tu amik gambar pakai handphone baru...hikhik...Tak sempat nak story mory kat blog lagi ;)


Keluar Ikano singgah makan kat Waroeng Penyet kat The Curve. Dah lama tak makan ayam penyet kat sini. Mama Irfan 'go green' hari tu. Terasa cam pokok pun ada. Cam menyala pulak kaler tudung tu. Biasa la beli online. Tengok gambar cam cantik tapi bila dah dapat tengok macam lain pulak. Dah lama beli baru ni nak pakai.


Lepas makan kitorang ke Cineleisure pulak. Cari booth maxis nak tanya pasal bil. Round2 sket then terus ke Tesco. Time ni Irfan memang dah start ngantuk. Cari barang pun laju2 je. Kalau lambat kang siren bunyi pulak :P



Before balik letak dulu budak kecik kat kereta mainan 50 sen ni lagi. Papa Irfan yang beria nak kasi anak dia naik ok. Suka kemain la Irfan. Terus terang benderang mata dia.


Ok...Irfan nak bawak kereta dah ni. Mama ngan papa tinggal ye...


Start enjin dulu...


Hoyeaahhhh....dah boleh jalannn...


Apa tengok2? Nak tumpang la tu kan ;) Happy sesangat budak kecik ni ok. Tapi bila kereta tu stop n papa angkat dia terus menjerit sekuat hati...huhu...Tu memang tak sempat nak snap gambar dah. Terus lari laju2 pergi parking...hahaha....


Ni sample sunblock Shiseido yang aku redeem kat kaunter Shiseido. Tau pun lepas belek2 magazine Pearl yang kitorang amik free kat JJ hari tu. 2ml je pun. Kot la ada sesape berminat nak try klik sini. Ehhh...JJ dah tukar jadi AEON kan sekarang. Tapi aku tetap nak panggil JJ. Tak pedulik. Sape suruh tukar2 nama :P


Kat L'occitane nak redeem trial kit tapi orang tu cakap dah habis. Tapi dapat la jugak 4 sachets sample. 2 brightening essence n 2 fluid apa tah. Tak tau la patutnya dapat apa kan. Boleh je la dari tak dapat apa lansung. Nak beli normal size pun tenyeh2 mata jugak tengok harganya T_T Tau pun bila terbaca status Dee kat FB. 1st 2500 registrants katanya boleh redeem. Kalau nak register klik sini.


Gitu la siri jelajah kitorang hari Ahad hari tu. The Curve-Ikano-Cineleisure-Tesco. Lenguh kaki berjalan tapi puas hati. Rasa cam terisi sikit weekend =)

No comments: