12/05/2012 - Sat
Irfan memang tido nyenyak walaupun kereta dok lompat2 sebab jalan berlubang sana sini. Sampai2 kena kejut dia. Rugi kot datang jauh2 sekali sampai dia tak turun. So paksa jugak dia bangun...hehe...Dulu kitorang datang kalau tak silap nak masuk kasi je berapa2 ringgit derma kat entrance tu. Sekarang dah kena bayo. Siap dapat wrist band lagi.
Dengan mamai2 tu bawak Irfan tengok binatang2 yang ada. Masuk2 nampak la bird yang warna warni. Bird tu pulak mulut kemain riuh. Suka la Irfan. Terus segar bugar. Asik dok tunjuk bird even kitorang dah jalan ke depan.
Lepas tu sampai kat tempat rusa. Amik makanan rusa kat pondok tepi tu nak kasi rusa makan. Sekarang dorang dah tak kasi orang masuk bagi makan rusa kat dalam. Setakat kat luar pagar je. Dah habis bagi makan baru boleh masuk. So dah tak boleh tengok aksi sebegini dah ;)
Kemain lapar rusa2 kat situ. Papa Irfan siap cakap2 lagi ngan rusa2 tu. Suruh baca Bismillah la, suruh beratur makan ikut turn laaa...haha...
Habis 2 bakul kasi makan. Tu pun berebut2 lagi memasing nak makan. Irfan suka la sebab tak pernah jumpa rusa live lagi kan ;) Bising je mulut dia tengok rusa2 yang kebuluran tu :P
Kacau2 ostritch kat sebelah pulak. Garang tau ostritch ni. Usik sket kemain luas mulut dia nganga. Risau je kang dia ngap Irfan T_T
Oh yang ni memang Irfan tak boleh dekat la. Bukan setakat Irfan je. Mama Irfan pun memang lari jauh2. Amik gambar pun laju2. Last2 kepala ular tu kat bawah...huhu...
Cukup la sekali merasa ular dok berlingkar atas tengkuk aku time datang berdua dulu. Tak nakkk dah laaa...
Lepas tu bagi makan rabbit. Kacang panjang ngan carrot. Macam bahan2 nak masak sup Irfan kekadang tu ;) Memula sekor je yang datang. Yang lain jual mahal.
Lepas tu berdoyon tiba...keke....Berebut2. Orang lain lalu je tak ada nak singgah bagi makan. Kebosanan la agaknya dorang melangut kat situ.
Irfan excited sebab tak pernah jumpa rabbit jugak. Tangan tu laju je nak usik2 rabbit. Comel kan si arnab. Dulu kat kampung hari2 dapat tengok. Sereban arnab dok ada. Sekarang memang tak koser la kan nak bela.
Tu je la binatang2 yang ada. Kalau dulu ada beruang besar tapi dah kena rampas pulak. Kalau tak mesti Irfan lagi suka tengok bebear ;) Tak banyak mana binatangnya. Balik2 ayam ngan burung je la. Just color, saiz, jenis je lain2. Irfan suka la. Mama dia je yang kebosanan :P
Dah nak balik baru ada muka Mama Irfan. Sebenarnya ada maksud tersirat jugak datang sini. Nak makan laksa sedap kat gerai depan Deerland ni. Tapi boleh tutup pulak hari tu. Melepas sudah.
Sekali sekala datang Temerloh boleh la singgah. Bukan ada apa sangat pun. Nak bawak Irfan je. Tu pun tak sempat singgat kat Kuala Gandah sebab dah dekat pukul 5. Lain kali la ye Irfan kita tengok gajah pulak. Zoo Negara yang sekangkang kera dari rumah pun tak sampai2 lagi tapi tempat yang ceruk ni jugak yang nak pegi sesangat kan...huhu...
2 comments:
Nice activity with family. elok je topi tu kat atas kepala Irfan, kalau saqlain jangan harap la.
Shu: sekali sekala blh la shu. eh topi tu blakon je time nk amk gambar. lgpn dia tgh leka tgk binatang2 kat situ. kalau x mmg xsmpai 5min dia mmg campak je topi tu mana2 dia suka :P
Post a Comment