nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

12/05/2012 - Sat

Masih lagi cerita di hari yang sama. Sampai 3 kali update kan baru nak habis ;) Balik dari Lanchang tu dekat pukul 7 baru sampai rumah. Parent n abang se'family' dah santai2 siap. Memasing nak balik cepat sebab time kenduri tu memang dah panas terik. Nasib la time dah sampai Deerland tu dah mendung sikit. Malamnya kitorang keluar makan ramai2 kat Wira Seafood. Maklumla dah seharian tak lekat kat rumah. Memang tak ada apa nak makan kat rumah. Ngan badan rasa cam lunyai je. Nak masak memang kirim salam la kan :P


Cam biasa memang kitorang orang yang last la habiskan makanan. Sebab awal2 sibuk berdondang sayang ngan Irfan. Tu pun nasib la Atok Irfan sangat memahami pegi amik dia bawak jalan2...hehe...Tenkiu atok =)


Habis makan kitorang ke tempat tuisyen adik bujangku hantar barang. Bukan dia yang belajar sini tapi dia yang bukak tempat ni. Biasa la orang study bisnes. Selagi boleh macam2 bisnes pun jadi. Ni aku pun tak tau la bisnes dia yang ke berapa dah. Before ni pernah jual kasut crocs, jual jeans, jual anti virus, jual e-book, bagi motivation talk kat merata sekolah and baru2 ni dia keluarkan buku sendiri. Buku motivasi jugak. Pasal nak buat savings bagai. Aku ni je ha yang tak reti2...hikhikhik....

Lebih kurang gini la kat luar nya time siang. Malam memang tak nampak apa la. Malasla nak letak namanya kat dalam ni. Kang orang google tak pasal2 pulak keluar blog picisan ni :P Harus berjaga2 dengan si stalker durjana T_T


Ada 4 bilik kat dalam ni. Tak termasuk bilik solat ngan bilik air la kan. Kemain seronok Irfan lari keluar masuk dalam tu. Kejar mengejar la ngan dia dari hujung sini ke hujung sana.




Tengok tempat tuisyen gini teringat time dolu2 pegi tuisyen. Dah habis SPM pun mak hantar jugak pegi kelas komputer ngan menaip. Paling tak tahan time kelas menaip la. Belajar menaip pakai typewrite yang besar gabak tu. Jenuh nak mengetuk satu2 hurufnya sebab kena tekan kuat2. Kalau tak tak keluar pulak kat paper. Balik je habis merah2 jari. Yang paling tak boleh lupa bila tersalah taip cikgu tu boleh ketuk belakang jari ni ha dengan pembaris....huhhh....sabo je la.



Ni student kecik dah masuk kelas....



Lepas tu tak reti2 nak duduk...hikhik...


Dah berdiri atas kerusi meh kita panjat atas meja pulak...




Oooo...patut la tak duduk. Rupa2nya ada cikgu suruh berdiri atas kerusi....wuwuwu...

Tambah lagi 3 orang student. Yang ni dok diam. Bagus. Yang lagi sorang tadi dah tukar masuk kelas lain dah :P


Orang2 IT sibuk berdiskusi. Aku malas nak amik tau. Nama je orang IT. Tapi bab2 hardware ngan networking memang hampeh je T_T Baik aku main kejar2 ngan Irfan ;)



Habis kaunter pun dia nak panjat.


Mama Irfan dok sibuk main2 ekon. Cam best je kerja jaga kaunter. Rasa macam nak cari kerja yang relaks2 sikit. Even gaji sikit pun hati senang. Balik on time tak payah nak kerja sampai malam.


Kat tingkat almari ni pun budak kecik ni boleh buat tempat duduk. Elok2 berlari sana sini tetiba datang duduk ceruk tu. Lawak lawak...



Yuran tuisyen. Adik aku yang bukak pusat tuisyen. Tapi mak n ayah jugak yang dok ulang alik datang. Adik aku sibuk ngan permanent job dia la kat Seremban tu. Seminggu sekali baru balik rumah. Aku ada la datang sekali dua. Datang bawak Irfan memang tak jadi kerja sangat la. Datang hari tu pun setakat tolong sapu2 tangga aje.


Tak tau la bila bukaknya pusat tuisyen ni. Tak silap minggu ni la sebab time cuti sekolah. Kalau budak2 exam class time cuti sekolah mostly ke pusat tuisyen la. Kalau idak harus la coti2 Malaysia kan ;) Ni bisnes adik aku la. Kalau nak cerita sorang2 masing2 ada bisnes sendiri kot. Aku je yang tak reti2 nak berbisnes. Tolong bisnes orang ada la. Tolong beli :P

2 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Tak tahan betul la dengan ayat "tolong business orang ada la". Hihihii
teringin gak nak berbusiness ni, tapi belum ada kekuatan.

kite pun sama la cuna, nama je pekerja IT, tapi kalau bab networking & hardware.... jangan tanya boleh tak? hahahaha

cuna said...

Shu: hahaha...tu la. asik nk kua kn duit je. sama la kita. angan2 nk berbisnes tu ada. tp xnmpk jln lg. masa pn blm tentu ckp.

yayyy! ade jgk geng org IT yg xsuka nwork n hw...hehe