13/05/2012 - Sun
Habis beli barang macam biasa baru la perut nak terasa lapar. Cari2 tempat makan yang sesuai last2 decide nak makan kat Pizza Hut je. Rasa2nya tak pernah bawak Irfan makan Pizza Hut lagi.
Kids eat for free. Spagetti carbonara ngan air soya. Tu yang best. Tak payah susah2 pikir nak bagi Irfan makan apa. Kebetulan pulak hari tu memang kitorang tak bawak bekal nasi Irfan. Mama n papa pun apa lagi. Boleh la tumpang sekaki. Irfan pun bukan makan banyak mana pun ;)
Tak pernah2 order fries kat Pizza Hut tetiba je nak order extra. Biasa standard kalau order memang either pizza or spagetti aje. Saje standby kot2 Irfan ngamuk nak makan.
Akhirnya dapat makan spagetti meatball kat Pizza Hut setelah sekian lama. Spagetti paling sedap setakat ni yang aku pernah makan. Paling sedap lepas spagetti aku masak sendiri la tapi...hehe...
Malam kitorang ke Selayang celebrate Mother's Day ramai2 ngan adik beradik yang lain. Celebrate mak tapi abang yang belanja. Dah kenyang baru teringat nak amik gambar.
Sepanjang kat kedai makan Irfan memang sedap tido even orang dok bising kletung kletang pun tak bangun. Pecah rekod jugak la. Tak pernah dia tido kalau kitorang pegi makan. Kalau tido pun confirm dia akan bangun jugak lepas tu. Memasing kagum. Elok je keluar kedai dia bangun.
Isi dalam goodie bag...Dapat lagi mende tepek kat cermin kereta. Dulu dah dapat. Maybe boleh tepek kat kereta baru pulak ke kan ;) Dapat sample diapers Baby Love Pants n Night Tape. Terus berkenan. Sample PetPet New Born. Nanti pass kan je la kat sesape yang baru dapat baby. Lagi dapat Kleenex hand sanitizing wipes n Active Guard shower gel. Dapat voucher kasut Modern Mum RM 50 jugak. Memang tak pakai la kot. Cuba dapat time tengah preggy dulu. Terus laju je pakai voucher tu ;)
Ni hasil rembatan kat Expo. Heinz Farley's Rusks. Buat stok. Mula2 tak bajet la nak beli banyak pun. Tapi dah beli 2 box dapat lagi 1 box besar free plus 2 box kecik. Maka terus tak pikir panjang :P Makanan in between je ni. Cousins Irfan pun ramai kat rumah. Makan sorang sikit habis la nanti.
Dapat 2 pasang baju tido Irfan. Baju2 lama dia ada yang dah start singkat n sendat. Dah susah nak cari baju saiz dia kat situ. Banyak yang kecik2 aje. Beli botol air yang ada straw sekali. Susah betul nak bagi Irfan minum pakai straw sebab nanti dia gigit2 je straw tu. Kena kasi praktis ni.
Round2 terlalu pulak booth Diapex ni. Beli la 1 pek try test sebab M78 RM 25 je. Lepas try rasa memang berbaloi2 beli. Rugi pulak tak beli lebih sebab kat luar harganya RM 35. Kira kualiti ok jugak la kalau nak dibandingkan ngan Whoopee. Cam serabut je nak pakai. Lepas tu asik bocor. Tak sangkat pulak Diapex ni ok sebab kitorang selalu gelakkan iklan Diapex kat TV tu...hehe...Iklan cam ntah pape bila ayah dia pegang pek diaper lain budak tu nangis...hahaha...
Tu je la hasil rembatan hari tu. Total damage tak sampai RM 100 pun. Tak macam mula2 pegi dulu. Beratus2 habis. Semua rasa nak beli. Maklum la...1st time kan. Banyak mende tak ada tak lengkap lagi. Sekarang Irfan dah besar sikit top up sket2 je la mana yang kurang =)
p/s: Ohhh ye...Start esok sampai Ahad ni ada Mother, Baby & Kids Expo kat PWTC. The biggest fair katanya. Kitorang tak pegi la since weekend ni dah pack dengan plan lain =)
1 comment:
happy mother's day, cuna :)))
Post a Comment