nuffnang

Thursday, May 17, 2012

Viva Home Shopping Mall

29/04/2012 - Sun

Sambung balik previous entry. Disebabkan tak jumpa tempat makan kat Kenanga Wholesale City tu last2 kitorang ke Viva Home Shopping mall semata2 nak cari makan. Lagipun memang tak pernah sampai ke situ lagi. Unexpected plan jugak datang sini. Ingat kalau datang pun bukan on the same day lah. Before ni tak pernah tau pun pasal kewujudan tempat ni. Bila dah baca blog Azy and lepas tu ternampak pulak pasal tempat ni kat billboard rasa cam teringin pulak nak pegi.


Sampai2 terus cari changing room. Dah seharian jalan kena la tukar pampers kan. Memang luas bilik kat situ.


Sekali ngan tempat nursing. Kalau tak ada orang memang heaven la. Kalau ramai tak ada privacy jugak sebab pakai langsir gitu aje. Lagi best baby room kat JJ kot walaupun agak sempit.


Nampak Kenny Rogers je yang best kat situ. Lagipun Irfan boleh tumpang sekali. Nasi dia memang tiap kali jalan je mesti bawak. Air masak pun bawak dari rumah. So beg Irfan je dah default 2 bijik kalau keluar jalan2...huhu...Tapi bila Irfan dah nampak kitorang makan mende lain dia nak mende yang sama jugak. So kena la standby foods yang boleh suap kat dia sambil2 makan nasi bekal.


Nak cari tempat makan pun nak kena cari tempat yang luas n selesa. Aku prefer kedai yang ada kerusi panjang sebab baby chair memang dah tak boleh pakai sekarang ni.


Macam biasa laaa. Kalau nama pun dah Irfan Naufal memang tak sah kalau duduk diam aje. Ada je aksi2 dia. Kadang2 tu dah naik atas meja nak joget2 lagi :P





Suka tengok muka sendiri kat cermin...


Sekarang ni kalau tanya dia mana gigi menyengih je la tunjuk gigi dia. Gigi tajam2 pulak tu. Kadang2 cakap tunjuk gigi tak paham jugak. Tapi bila cakap 'gigit kang' terus sengih tunjuk gigi...huhu....Dah 8 batang dah gigi Irfan sekarang ni. 4 atas 4 bawah. Gigi geraham pun nampak macam dah tumbuh.


Awal2 dulu dah ajar tunjuk nose. Dah pandai dah. Lepas tu ajar tunjuk ear pulak. Pandai jugak. Tapi bila tanya nose balik dia still nak tunjuk ear dia jugak. Habis nose dilupakan...hahaha...


Lepas makan terlalu pulak tempat mainan. Kasi la Irfan testing kereta kat situ ;)



Lepas tu round2 kejap. Tak singgah mana2 kedai pun. Memang mall ni banyak kedai jual barang2 untuk home deco je. Kitorang udah ler tak ada rumah sendiri. Nak deco apanya kan...huhu...

Singgah kat kerusi kat LG floor. Yang menariknya kerusi kat sini ikut floor apa. Kalau lower ground floor paling meriah kerusinya sebab LG. Ramai sikit boleh bertenggek. Kalau 1st floor ada nombor 1 aje....hehe...Menarik sebab tak pernah jumpa ;)


Dapat belon seketul untuk Irfan. Suka betul dia. Tapi time orang tu kasi dia boleh buat muka blur. Bila dah dapat orang nak amik pun tak boleh. Time nak masukkan dalam kereta dia boleh menjerit sekuat hati sebab belon dia kena amik...huhu...



Ni hasil rembatan kat Kenanga Wholesale City. Patut beli 2 helai baju je. Tapi ada kat satu kedai tu bajunya mahal bebenor kalau beli sehelai aje. Terus pusing2 tambah lagi 2 helai baru dapat harga murah. Siap beli belt yang dorang letak kat patung depan kedai tu. Padahal kedai tu memang tak jual aksesori. 1st time beli belt. Belt yang ada before ni memang dapat sekali ngan baju. Lepas tu tak sanggup dah nak singgah mana2 kedai. Takut tergoda lagi T_T


Ni baru betul2 habis update cerita bulan April. Semalam tak jadi :P

2 comments:

fawwaznuha said...

hehe..lama tak BW..geram betul dgn P1 ni..asyik sekat2..mmg ke laut la mood nk update..hihi

irfan main x dkat playground dlm tu? act ramai orang cha ya nun alif je kn..

cuna said...

xmain pn. lalu je sbb xbwk stokin T_T