nuffnang

Monday, May 7, 2012

The Avengers: I Just Can't Wait

01/05/2012 - Tues

Finally tengok jugak Avengers time cuti Hari Pekerja hari tu. Kalau cerita lain aku boleh sabar lagi kot tunggu sampai dapat beli tiket murah sikit. Biasa kitorang beli early bird punya tiket. Movie baru early bird pun still rate sama. Tapi kalau movie ni...hurmmm...Seriously I can't wait. Thanks Papa Irfan sebab sudi belanja ;)

Yang pentingnya memang movie ni super duper best! Rasa nak kena tengok lagi sekali. Tak puas kot. Ada part2 yang lawaknya tak menahan. Before ni sempat tengok Iron Man n Hulk je. Captain America ngan Thor memang lepas. Lagipun time tu rasa cam tak best je movie tu.


Bila dah tengok Avengers baru rasa nyesal tak layan Thors ngan Captain America dulu. Meor dah layan kat PC sorang2. Kat komik khatam habis dah kot...huhu...Balik tu terus layan Captain America kat PC. Siap mintak Meor downloadkan Thor sekali....Dah habis tengok dah pun....hoho...Antara empat2 superheroes tu aku rasa Thor la paling macho dan kool ;) Actually kalau tak tengok movie dorang dulu pun still boleh paham. Just lagi best kalau tau asal usul dorang n camne dorang dapat kuasa tu. Ni lepas dah layan Thor ngan Captain America rasa nak tengok Avengers lagi sekali la pulak...hehe...


Disebabkan aku tengah semangat Avengers sekarang ni maka saje la gatal2 nak review sket2 kan :P

Iron Man: Rasa cam role dia banyak je dalam Avengers. Memang movie Iron Man aku tak miss lah. Lagipun Robert Downey tu. Tapi bila dalam Avengers dah dikaburi ngan kekacakan Thor pulak. So Iron Man pandang sebelah mata je :P

Hulk: Hulk biasa2 je. Lagipun aku rasa cam tak sesuai pulak si Mark Ruffalo jadi Hulk. Maybe sebab aku dah pernah tengok dia berlakon ngan Reese Witherspoon dalam Just Like Heaven. Rasa cam dia terlalu lembut untuk jadi Hulk. Before ni Edward Norton yang jadi Hulk. Ada la muka serius n garang tu kan. Hurmm...suka hati dorang la kan. Bukan aku director pun :D

Captain America: Dulu time Captain America keluar macam teragak2 nak pegi tengok sebab Chris Evans yang berlakon. Terbayang2 watak dia dalam Fantastic 4. Human Torch. Kan macam main2 playboy gitu. So macam pelik dia nak jadi Captain America. Boleh tak? Ehhh...lagi pun time tu susah nak tinggalkan Irfan...huhu...Tapi lepas dah tengok kat PC hari tu kira kagum jugak la. Memang dia totally orang lain =)

Thor: My real superhero =) Tetiba jadi peminat Thor pulak kan. Movie Thor lagi best aku rasa dari Captain America. Lepas tengok Thor baru la paham asal usul cube dalam The Avengers tu. Tau la dari mana datang Loki, abang Thor, orang jahat dalam Avengers tu. Dulu tak nak tengok Thor sebab aku tak suka movie yang background dia cam zaman dolu2 kala. Rupanya background kat planet lain daaa...Macam movie John Carter tu.

Natasha: Bukan superhero pun dia. Assassin. Kira penting jugak la tapi. Ada dalam movie Iron Man 2 dulu tapi aku pun dah ingat2 lupa dah.

Hawkeye: Agent Borton ni superhero jugak ni tapi memang tak ada pun movie dia. Dia pun agent je kan. Aku rasa tak penting pun watak ni. Pandang sebelah mata jugak. Lagipun dah pernah tengok dia berlakon dalam MI4. Biase2 je. Kesimpulannya kalau aku tengok watak dalam movie lain selalu terpengaruh dengan movie yang dorang berlakon lepas tu...huhu...

Perghhh...semangat betul meng'review' nih...Kembali ke alam realiti...Ini la superhero ku =)



Before ni nak tengok Battleship tapi time tu tiket tak murah lagi. So tunggu dulu. Tunggu2 Avengers pulak keluar. Memang byebye la Battleship. Tak boleh la nak keluar berdua kerap sangat. Tak sampai hati nak tinggal Irfan selalu. Time keluar pun bila nampak budak kecik gelak senyum2 terbayang muka Irfan. Tengok budak nangis pun dah macam muka Irfan time nangis. Boleh gila bayang kekadang tu kan :P

p/s: Dah berzaman rasanya tak buat review movie kat blog. Datang angin mana entah tetiba nak ber'review' bagai...

p/s/s: Hari tu kitorang sabar je menunggu sampai abis credit. Cam biasa ada lagi sikit. Mesti la ada lagi Avengers lepas ni kan. Mesti lagi best sebab ada superhero lain pulak join the team ;)

4 comments:

asna cute said...

bila dah lama xtgk wayang.. rasa mls dah nk g tgk wyg. Tapi movie Harry potter and Twilght saga xleh miss! hehe =D

cuna said...

hehe...tu la. dh anak ni kena pilih btl2 movie yg btl2 best. kalo tak sume movie main redah aje. ktorang mmg peminat superhero. lain2 tgk yg donlod punya je la. twilight ngn harry potter lyn jgk. tp dah ada yg termiss...

fawwaznuha said...

bersinar2 mata cuna dlm gambar terakhir tu hehe..seronok kan dpt keluar berdua..bila dapat rasa tah sy ni huu...ada rasa janggal x keluar berdua je? kot2 la org usha pelik ke hihi...rasa nak tengok pula the avengers pas baca review ni ;)

cuna said...

fawwaznuha: hehe...azy ckp baru perasan. maybe masa tu tgh pns kot. tu yg nmpk cm bersinar. tp mmg tgh seronok pn time tu ;)

still rasa janggal jgk even dh pnh kua bdua b4 ni. tp jarang2 kn. kalo bwk irfan kua lg best kot sbb at least org tau ktorg dh kawen ;)

kalo azy ada masa tgk la movie tu. best! xpn dload je nnt or beli cd =)