nuffnang

Thursday, February 10, 2011

Early Birthday Gift From RMK

06/02/2011 - Sun

Selasa last week time cuti wilayah...bangun pagi2 tengok2 ada message dari nombor pelik wish birthday. Rupanya dari RMK suruh amik birthday gift kat Isetan The Gardens. Terkebil2 aku baca kot2 tengah mamai. Tak cukup ngan sms dapat email pulak. Biar betul RMK ni. Teringat lagi tragedi aku ngan RMK last year sampai aku bertekad tak nak jejak dah kaki kat Isetan The Gardens lagi dah. And yesss memang lepas tu aku tak datang situ lansung dah.


Tapi sekarang ni dorang nak bagi birthday gift pulak kan. Worth RM215 pulak tu. Tak kan la aku nak tolak rezeki. Lagipun macam dah lama tak menambah collection makeup. Saspen jugak nak tau apa yang dorang nak kasi. At least kalau amik gift tu terasa berbaloi la jugak ngabiskan duit beli foundation yang mahal yang harganya RM170 sebotol. Giler kan. Maybe time tu aku terlebih stress. Tu yang buat kerja giler kot. Lagipun time tu kan single mingle. Banyak pikir pasal diri sendiri je :P Tensen sket nak shopping.

So hari Ahad tu kitorang pegi The Gardens. Lama sungguh tak jalan2 kat situ. Sampai2 kaunter tak ada orang. Nasib baik la dorang ni cuti CNY. So orang yang jaga kaunter lain yang entertain aku. Kalau orang RMK jugak confirm kenal muka aku. Muka yang pernah meroyan kat sini dulu :P Time aku tulis nama nak amik gift tu dah ada 4 orang yang lain yang lagi awal datang collect gift dorang.


Sementara tunggu orang tu cari2 gift aku nyempat lagi amik gambar. Line clear boleh la. Actually brand RMK ni tak ada la glemer sangat kat Mesia. Kat Jepun glemer la. Ada 3 kaunter je kot kat Mesia ni. Mahal pun mahal. Kaunter mekap kat dalam shopping complex ni mostly memang mahal pun. Tu yang biasanya aku akan tunggu dorang buat warehouse sale baru aku beli. Tapi RMK macam memang tak akan buat je. Aku tau pasal RMK ni pun thru beauty blogger. Dah try makeover dorang terus terjatuhhh chenta ngan foundation tu. Tu pun dah lama aim baru berani nak beli.


Lepas je amik gift tu pegi food court cari makan. Tak reti sangat la nak cari makan kat sini. Dah la orang yang jaga kaunter pun aku macam confuse2 dorang tu orang apa. Letak logo halal besar2 pun kalau orang yang jaga kaunter tu dah macam meragukan memang out lah. Last2 makan stall yang jual mknn goreng2.


Makan nasi paprik ayam. Rasanya sungguh la masam. Nampak je macam menarik. Tapi aku pegi mana2 nak jugak cari nasik. Kalau tak makan nasik lepas tu akan rasa nyesal :P



Ni chicken chop. Ni menu tekak omputih. Aku tumpang2 aje.


Before balik cari takoyaki dulu. Orang asik cerita takoyaki kat mid valley ni sedap je. Nak jugak la try. Biasa kalau beli takoyaki aku beli kat JJ OU punya je. Siap sms Dee tanya katne nak cari mende alah ni. Last2 beli je kat entrance JJ tu. Tak tau la betul ke tak yang tu. Tapi rasanya sama je ngan yang kat OU punya. Beza nya nak tunggu turn nak dapat tu agak berzaman jugak la T_T


Dalam kereta jugak kitorang makan. Myo makan 1 aku makan 2. Lagi 1 untuk baby :D


Birthday gift dalam paper bag. Lenggang kangkung je dapat barang tak payah keluar duit.


Dapat eye shadow palette, voucher makeover ngan cosmetics booklet. Best jugak la jamu mata tengok2 mekap2 yang ada dalam booklet tu. Tapi memang tak boleh shopping dah time2 cam sekarang ni.
Makeover voucher....fevret aku nih....Buat makeover free....Time orang tu bawak keluar voucher ni aku dok kira2 dah nak pegi lepas pantang nanti. Sekarang ni mekap cantik2 pun nak pegi mana. Jalan sikit dah rasa nak balik.

Voucher pulak mestila ada due date. Sekali orang tu tulis besar2 valid until 15 MARCH 2011. Aku dah jeling2 Myo. Waaaaaa....date tu memang betul2 due date aku nanti kalau on time la kan. Cam tau2 je tau. Maknanya kena la pegi dalam masa terdekat ni jugak sebelum aku terberanak kan....huhuhu....

Ni la eyeshadow palette nya. RMK Spring Modern Eyes in Goldish Blue. Suka betul la aku dapat color fevret. Cam tau2 pulak dorang nih....hikhikhik....Kalau tak silap aku pernah nampak palette ni last year time baru2 keluar. Telan air liur jugak la nak beli lepas tengok harga dia. Tak ingat dah berapa harganya. Tak sangka pulak akhirnya dapat jugak :)

Sekali ni je la kot RMK nak bagi birthday gift since lepas tu aku dah tak beli pape dah kat situ. Tak kan beli sekali je lepas tu RMK nak kasi birthday gift sampai tua kot....huhuhu....Kira ni 1st birthday gift aku la tahun ni. Padahal birthday next week. Ohhh ye...kebetulan time birthday aku nanti dah cukup 9 bulan aku preggy :)

8 comments:

AnnaYJia said...

OMG you're so lucky ! I am their member too but they nvr send me any b.day gift T_T
and I love their spring modern eye palette too ! the pigmentation is great !

Ayuraza said...

wow...bessss nyer dapat free gift .. kaler cntik..
pasni makin cantik la cik kak kiter...hehe

cuna said...

Anna: i also not sure y suddenly they wanna give bday gift. besides i nvr sign up as their member. when is ur bday then? maybe u'll get urs this year ;)
u hav tried that palette b4? yeah i luv da pigmentation too. at last can try them for free ;)

:: Zanna :: said...

wah sedapnya tako.. ^.^

cuna said...

Ayuraza: sgt best coz mmg unexpected gift ;) tmbh3 dpt kaler fevret. makin cantik ke x tu xtau la sbb bknnye pro sgt pn mekap2 ni. ikut sdp ati je pakai :P

cuna said...

Zana: sedapppp! mkn 2 ketul mmg xpuas :P

Tammy Miu said...

woah babe.. lucky lah u.. this is good gift! actual size product O_O i dun see luxury brands give bday gift so nice like this..

cuna said...

hehe...ya loh...i also couldn't believe my eyes when i saw it. the SA said that the prod ady discontinued. so we cannot see at their counter anymore after this. so lucky i can hav it ;)