nuffnang

Wednesday, February 16, 2011

Already 36 Weeks!

Sedar tak sedar hari semalam dah genap 36 weeks aku preggy. Akhirnya dah masuk bulan yang ke 9. Orang kata time2 camni anytime je boleh terberanak dah. Baby pun dah matang. Saspen tok sah cakap la. Macam tak percaya pun ada. Kalau due date memang ikut betul2 40 weeks. Tinggal 27 hari lagi je pun.

Sekarang ni memang dah tak larat sangat. Badan hari2 memang sakit. Plus kaki dah makin bengkak teruk. Ni bukan bengkak sesaje. Bengkak yang sangat sakit. Rasa kaki macam lebam n berdenyut2. Bukan la nak merungut ke apa kan. Just nak share apa yang aku rasa. Peringatan untuk diri sendiri jugak in future.

Since last week jugak aku dah start rasa contraction. Braxton Hicks contraction....perghhh....siap bagi nama dia lagi....Credit to Kak Ezah ;) Contraction ni ala2 preparation or praktis before contraction yang betul2 nanti. Kira macam intro la kot. Tu pun jarang2. Tapi ada sekali tu aku dapat rasa dari pinggang sampai ke kaki sakitnya. Macam tulang nak patah je. Tapi tak lama sangat sebab lepas tu terus aku tertido. Malu nak cakap tapi nak cakap jugak. Nanges jugak la time sakit tu. Tu belum yang betul2 lagi. Moga aku diberi kekuatan time tu nanti. Amin....

Selain sakit perut, kaki bengkak, sakit pinggang....kalau aku dah duduk or baring lama2 memang sangat susah nak bangun. Kadang kena mintak tolong Myo jugak la. Kalau pagi tu rasa kaki macam tebal semacam. Even jari tangan ni nak genggam pun tak boleh sebab kebas.



Semalam pegi 2nd check up kat Naluri. This time aku jumpa doc lain pulak. Ada 2 orang doc kat sini. Nak tengok doc mana yang lagi ok. Yang bestnya doc kat situ dua2 perempuan. So tak ada la aku nak risau kot2 tetiba doc laki yang sambut baby kang. Ngeri kot :P

This time pun scan lagi. Baby dah besar. So tak berapa clear sangat. Dah 2.9 kg dah....huhuhu...bam bam jugak la Myo Jr ;) Time scan pun baby masam jek. Maybe tengah tido. Lain2 semua ok.

Susah jugak aku nak control makan sekarang. Myo pun naik risau dah. Kalau lapar nak jugak cari nasi. Memang dari dulu aku camtu. Lapar nak nasik je. Tapi dulu makan la banyak mana pun memang susah nak naik. Sekarang effectnya lain. Laju je beratku naik. Sekarang dah naik 15kg dari berat asal....banyak kan?


Abis check up pegi makan n terus singgah umah parent aku hantar barang2. Dah start angkut barang sikit2. Tu pun kat umah banyak lagi nak kena packing. Aku harapkan Myo je la. Kalau barang2 atas lantai tu bercinta aku nak angkat. Kalau apa2 terjatuh atas lantai pikir seploh kali jugak la nak amik sebab tak larat nak bongkok.

Malamnya kitorang pegi kedai gunting rambut kat Ikea. Boleh dikatakan aktiviti bulanan jugak la. Pegi kedai gunting rambut yang bulanan. Pegi Ikea entah bape kali sebulan. Umah dah dekat boleh la. Time Ikea dekat2 nak tutup pun kitorang sempat lagi keluar rumah nak pegi makan kat situ. Sampai naik bosan pun ada. Balik2 makan meatball ngan spagetti.....huhuhu....Sekarang bosan la. Jap lagi dah tak dok Damansara tak ada la sampai tahap bosan. Still boleh pegi sekali sekala since kitorang still kerja kat area Damansara lagi.

Tak tau nape mesti nak pegi kedai gunting kat sini. Dah setahun lebih jugak la kot jadi customer tetap. Tapi dorang tak kan perasan sebab ramai sangat tukang gunting nya. Asik tukar2. Tu bosan2 aku main game dalam hp baru...hehehe...Sambil tu test2 camera sekali :P


Banyaknya aku bebel kat entry kali ni. Korang pilih je la nak baca part mana :P Aku kalau dah start cerita susah sikit nak stop. Tu yang kadang2 entry dah tahap buat essay...huhuhu...

4 comments:

familisihat said...

waa..mood berblogging ada balik..pindah ke mana? brg yg cuna pos tu dh dpt..terima kasih tau..
tgh kompius juga ni nak bersalin di perak or sini je..semoga selamat ye mommy 2 be =)

cuna said...

fawwaznuha: hehehe...lmbt sket mood tu nk dtg. pindah umah parents kat gombak.

sama2. bgs la dh dpt brg tu. ok x? risau jgk kot ada smpai2 tercacat mana2 ke...huhu...

kalo bsalin kat sini ade org nk jaga xnnt? at least husband blh jaga awal2 tu. pastu aslkn awk confident nk uruskn sume sendiri ok je. maybe utk anak sulong nk mintak bantuan org lain sbb xde experience kn. yg pntg mommy n baby sihat n slamat :)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

finaly beli hp baru~~~!!!!
tahiaahh!!! hihihihiih..... dlm kata hp lama masih ok.. ;p

kejp jer kan..elin next week masuk 36minggu ;)
elin doakan supaya delivr dgn selamat yer..pasti rasa xcitd jer nih kan..

jaga diri baik2 yer.

cuna said...

Siti NurJenab: geram sbb dh lame plan nk beli tp asik xjd. tu yg bli jgk tu. tp pakai duit sndri la T_T hp lame ok just skt ati jgk la pkai sbb skrin dh crack.

saspen bila dh msk 36mggu ni. asl skt perut je bajet dh nk terberanak. huhuhu...jap excited jap neves. thx 4 da wish elin :)