Semalam buat checkup 35 weeks kat KK Gombak Setia. Macam biasa bercinta jugak la nak tunggu turn jumpa nurse tu. 1st round jumpa nurse yang amik berat, blood pressure, Hb ngan urine tu. 2nd round sambung tunggu turn jumpa nurse yang nak scan dengar jantung baby n pesanan penaja pulak.
Time 1st round tu nurse cam geleng2 kepala tengok Hb aku dari awal sampai ke sudah low je. Tak pernah tak merah....huhuhu...Sekali nombor kat mesin Hb tu keluar 11.2. Last checkup 10.3. Apa lagi aku pun terus rasa vangga kejap....rasa nak melonjak kegembiraan kat situ....hehehe....Over betul perasaan tu kan. Tapi perasaan tu dapat dikawal dengan baik kat depan orang ramai kat situ :P Alhamdulillah....lega rasa nya akhirnya Hb dah normal sebab lebih 11. Akhirnya Hb aku ditulis ngan pen biru...hohoho...Before ni memang 10 memanjang. Siap pernah sampai 9 something. Tu pun berkat kegigihan aku makan vitamin hari2. Demi baby dalam perut ni jugak. Seronok pun seronok jugak. Pape pun nak kena maintain or naik kan lagi sampai la hari nak deliver nanti.
Korang2 yang tak preggy lagi tu mesti bosan kan. Apa la si Cuna ni dok membebel pasal Hb pulak...huhuhu....Kalau aku tak pregnant pun aku tak pernah amik kesah pun Hb tu apa. Nak low ke high ke. Hb tu short form for hemoglobin. Bila time preggy ni nak kena tau kepekatan darah merah. Tu yang ada normal n tak normal. Tak normal tu kira darah cair je n memang sah2 la kurang darah. Even tak preggy kalau kurang darah pun dah bahaya. Ni kan bawak satu nyawa lagi dalam perut. Bukan setakat bahaya for baby tapi bahaya jugak untuk diri sendiri time nak deliver nanti. Ok dah dah abis cerita pasal Hb....
Lepas jumpa nurse tu jumpa doc pulak. Setelah sekian lama tak pernah2 jumpa doc kat KK ni. 1st time jumpa masa awal2 datang dulu. Sekali tu doc tu boleh buat lawak pulak. Dia baru start kerja kat KK kat situ. So tak biasa lagi pakai mesin nak scan. Kena belajar dulu. Then suruh aku datang balik Jumaat ni. Waaaa....malasnya nak datang lagi. So datang Jumat ni semata2 nak scan baby je. Next checkup Isnin depan. Lepas ni dah start checkup once a week. Sakan la pertapaan aku kat KK lepas ni. Selasa depan jugak checkup kat Naluri Wangsa Maju time cuti. Pegi buat checkup je la kerja aku lepas ni. Counting days...
11 comments:
Alhamdulillah.....hehee.moga sihat sentiasa.. baby pun dah xlama nk kuar tu!take care ye!
Kita beza 1 week je tau!=)
Princess Cindellyna: tq! same2la kita bdoa sumenye slamat nnt. amin....take care too :)
wahh... syabas cuna. maintain sampai deliver nanti k.
Cik Shu: hehe...tenkiu :) Hb shu naik x since aritu? kalo xmiss mkn vitamin tmbh drh tu Insya Allah naik. Dulu i slalu mls nk telan :P
hari ni check up, dah naik tapi still bawah paras selamat. heeee... ye.. shu menang GA kain lampin tu ;)
take care dear, 1st baby selalunya nk kluar awal skit dari due date tau :)moga semuanya selamat..
Salam geng mommy-to-be... gi KKIA Gombak Setia??? Dekat la kite yer! I went to the same KK as well. So plan nak deliver kat mana? Dha tak lama dah tu....
Izza: thx kak izza :) rmai org ckp ank 1st slalu kua on time or lmbt sket. pape pn dh kene standby dh ni :)
Rose: salam rose....kita g KK yg sama rupanya. so slalu dtg buat checkup ari ape? sy slalu dtg ari isnin or slasa. Insya Allah nnt plan nk deliver kat Naluri Med Centre :)
lorhhh, ye ke... kite selalu datang checkup Rabu. Mmg Rabuuuu je :) Ramai betul2 kawan2 kat area Gombak ni nak deliver kat Naluri. Mmg bagus nampaknya ye...
Rose: Ooo xjumpe la kite. sy pn cm nk stop dh buat checkup kat KK tu. xlarat nk pegi dua2. Actually xsurvey sgt tmpt2 lain. Tau pasal Naluri pn sbb kakak sy penah deliver kt situ 3x. Doc pn confirm akn dpt doc pompuan mlayu. So rasa slamat sket ;)
Post a Comment