nuffnang

Friday, January 28, 2011

Antenatal Class @ Putra Medical Centre

Sun - 23/01/2010

Ahad lepas akhirnya kitorang berjaya join antenatal class. Ingat macam dah lambat n tak sempat dah nak join. Ye laa...perut dah boyot baru nak hegeh2 pegi class. Actually aku dah start survey antenatal class since weeks 26 lagi. Class organized by PPUM ngan Hospital Putrajaya nampak macam menarik. Tu pun aku tau thru blogwalking. Tapi tak tau pulak pasal details n camne nak contact.

Last2 pegi tanya kat Hospital Tawakal. Dorang just suruh aku tinggalkan contact number then dorang contact balik sebab sekali session tu ada 2 couple je RM60. Aku pun tunggu la. Bila kitorang on je couple lagi satu plak tak on. Each time dorang call je sure handphone tak ada ngan aku. Pastu bila aku call balik je orang tu pulak tak ada. Last2 terus diam camtu je. Aku pun give up dah.


Entah macam mana 2 minggu lepas boleh rajin google2 terjumpa contact details Putra Medical Centre Sg Buloh ni. Dekat je ngan rumah kitorang. Tak sampai 15 minit pun nak pegi situ. Call2 je orang tu cakap ada class 23hb. Free pulak tu! Aku macam confuse sampai tanya 2 kali. Ye la. Biasa fee paling koman pun RM60. Ada yang sampai 100 lebih.

Hari tu kitorang sampai lambat 10 minit tapi still tak start lagi. Memang ramai la couple2 yang datang. Mula2 dok belakang sekali. Tengok ada kosong terus pegi depan. Aku dah la rabun. Pandai2 la kan :P


Session nya tak lama pun. Start 2.30 n habis 5.30. Tak ada praktikal. Memang dari awal sampai habis dengar talk je. Tapi tak ngantuk lansung sebab semua speaker pandai buat lawak. Nak tido pun tak sempat...sibuk nak gelak2 je :D 1st speaker dari Friso Mum cakap pasal nutritions during pregnancy. Ni patut awal2 memang dah kena amik tau. Tapi still berguna untuk beberapa minggu yang tinggal ni. Lagipun aku dah ada baca kat magazine before ni sket2. Dapat goodies bag from Friso. Color biru!


Dalam tu ada pamphlet Friso, sample susu, mug, air mineral ngan muffin. Lepas habis session ngan Friso tu sempat la rasa susu vanilla Friso. Ok laaa...tapi aku malas dah nak tukar2 susu. Anmum kat rumah pun ada banyak lagi.


Lepas tu speaker from StemLife pulak bagi talk pasal Stem Cell Banking. Aku baru je tau time talk hari tu. Bagus jugak la buat mende ni. Dorang simpankan darah baby tu so that in future boleh guna in case ada penyakit kronik ke. Dorang siap tunjuk video lagi camne proses nak amik darah tu. Nampak macam senang je. Amik darah pastu simpan. Tapi nak membayo nyeee jenuhhh...Sampai 2k jugak lah. Kalau ada duit lebih confirm aku pun nak buat.


Next talk from Dr. Zarul, gynae kat situ. Part ni la yang paling menarik. Dia cerita satu2 phase time pregnancy. Macam mana nak tau rasa contraction. Macam mana nak teran time dalam labour room. Phase dari start sakit sampai la doc keluarkan uri. Time tengok gambar aku dah nak start nangis dah. Tapi tak sempat la nak leleh2. Bertakung kat mata je :P Terbayang time baby aku nak keluar nanti camne la agaknya.

Lepas tu talk from orang Alpha-Health pulak pasal Post Maternity Garments. Bengkung yang ada unsur medical. 1 helai je dah 5 ratus lebih. Tapi bengkung ni memang special untuk orang yang cesarean delivery. Sakit orang yang kena ceaser memang la tak sama ngan normal. So kena la ada support lebih. Mana la ada orang nak kena ceaser. Tapi kalau dah kena tu mende ni help a lot.

Alpha Health bagi voucher RM50. Bengkung untuk deliver normal pun ada tapi aku dah beli sekali ngan set bersalin. Dapat BabyBook sekali. Bagus giler buku ni. Lengkap semua info ada. Khatam 1 buku ni pun dah kira ok. Kalau beli Pa&Ma or Mami&Baby tu info macam sket2. Ada la kot kat kedai2 buku. Harga kat buku tu RM18.

Last talk pasal breastfeeding. Part ni pun menarik. Speaker tu siap bawak patung lagi tunjuk demo. Memang useful betul lah info dia untuk aku yang berazam nak breastfeed nanti. Memang dia tunjukkan cara2 nak breastfeed ngan betul, posisi sume. Ada jugak dia explain pasal benefits n recommend a few breast pumps.

Overall antenatal class ni ok la kot. Nak expect macam mana lagi untuk free class. Sekurang2nya menurunkan percentage kerisauan aku yang makin bertambah2 time dekat2 nak due date ni. Tipu la kan kalau 1st timer yang tak ada experience nak deliver macam aku ni tak risau lansung. Aku tak puas hati sebab dia tak ajar breathing technique ngan exercise je la. Nak join class lain pun macam dah tak sempat. So untuk sekarang ni it's better than nothing :)

8 comments:

Cik Shu said...

menariknye kelas ni. tapi macam jauh plak nak gi sampai sungai buluh. Next month shu nak wat booking kat PPUM, maybe join Antenatal class kat situ je la.

The Me said...

Akak guna stemcell utk last pregnancy. Yearly kena bayar RM250 to keep on storing.
dia amek darah dr tali pusat
tapi akak nyer count xde la byk sgt, so x cukup utk merawat penyakit kronik

cuna said...

Cik Shu: mmg 1st plan nak g PPUM tu. tp xtau nk contact cmne. jauh pn jauh. last2 terus xjd. kat PPUM pn mcm lg detail je class die sbb i ada baca kat blog org

fawwaznuha said...

cuna, macam mana nak tau kelas2 antenatal ni? yg cuna pegi tu dah takde lagi ke ahad ni?

cuna said...

fawwaznuha: sy google je. yg cam aritu cuba azy g www.putramedicalcentre.com.my. situ ade no fon. try call n tanya dia bila next class. nnt baru dia bg date. rasenye class tu xde tiap2 mggu.

Yan said...

Bagus kalau brestfeed anak ni.. Anak jd kuat. jarang demam.

cuna said...

The Me: bkn deposit pn dh kene 2k ke? sekali amik mmg xcukup eh kalo nk rawat penyakit kronik? xtau la nk buat ke tak nnt

cuna said...

Kak Yan: aah mmg byk kelebihan kan bf ni. akn cube selagi mampu nk bf anak nnt :)