nuffnang

Friday, January 21, 2011

BabyLove Warehouse Sales

20/01/2011 - Thurs

Semalam gigih jugak bangun nak pegi BabyLove warehouse sales even idung tersumbat plus batuk kong2 lagi. Ingat nak sampai sharp2 pukul 11 pg sebab bukak time tu. Sekali singgah sana sini pukul 12 lebih baru sampai. Tak susah pun nak cari Kompleks 3K ni since dah pernah pegi last year time Anna Sui warehouse sale.


Boleh tahan ramai jugak la orang kat dalam tu. But still boleh survive lagi. Sale barang2 baby tak macam cosmetic or perfume crowded nya. Kalau sale camtu boleh lemas jugak la orang ramai giler. Nak beratur masuk pun berzaman nak tunggu.

Warehouse sale ni pun not bad la. Macam2 ada. Stroller, walker, baju2, baby cot, playpen, tilam, bedding set, car seat, toys n macam2 lagi la kot yang aku tak sempat nak belek semua. Ohh ye...kat sini sempat lagi jumpa member blogger a.k.a ex-ofismate Myo, Cik Shu. Tau pasal sale ni pun thru her blog ;)


Kitorang cari barang pun laju2 sebab dah tau nak beli apa. Lagipun barang2 baby dah almost complete. Memang aim nak cari tilam baby. Before ni memang ingat dah tak nak beli coz mak aku suruh pakai je tilam yang ada kat umah. Alang2 dah ada sale ni nak jugak la jenguk2 kot2 ada tilam yang best :P

Queue nak bayar boleh tahan jugak la panjangnya. Lenguh kaki ku kejap. Tapi ok lagi even panjang pun 1 line je. Kalau cam sale Anna Sui aku pegi last year siap berlingkar2 line nya. Tetap diredah. Lagipun time tu aku tak boyot cam sekarang ;)

Time masuk2 je dah nampak masing2 dok kendong bath tub sorang satu. Aku makan hati je la kan since dah beli kat Tesco hari tu. Brand BabyLove jugak. Tapi lagi sentap bila nampak ada tub yang color biru T_T

Dah la biruuuu...murah pulak tu. Aku beli dalam RM25. Tapi kat sale ni kalau tak silap RM18 gitu. Nak buat camne kan. Dah terbeli. Lagipun memang aku dah plan nak stop shopping barang baby. Tetiba ada lagi warehouse sale n aku larat lagi nak jenguk2.

Balik tu singgah Sunway Pyramid. Saje dah lama tak jalan2 situ. Tak sampai berapa minit dah cari kerusi nak duduk. Nampak je kerusi kosong terus nak duduk. Susah dating ngan mama buyung ni :P Myo siap kasi idea pegi sewa kerusi roda kat situ.
Jalan2 lagi kejap lepas tu singgah kat A&W. Padahal A&W ada je kat sebelah Kompleks 3K tu. Sampai sini baru teringin nak makan sini. Makan ciken burger ngan coney dog n then terus balik.


Ni hasil rembatan kat warehouse sale tu. Tapi tak termasuk kaki kat tepi tu :P Tak banyak pun kan? Memang berusaha keras mengawal diri. Lalu tempat baju pun tak belek2 sangat sebab takut terbeli. Kang beli banyak2 pun baby kejap je dah besar. So cukup2 la ngan apa yang aku dah beli hari tu kot. Jom tengok satu2 apa yang aku dapat beli ;)


Playmat RM59. Dah beberapa kali jugak nampak mende alah ni time shopping barang2 baby. Tapi macam teragak2 nak beli sebab rasa tak penting sangat. Tapi bila nampak semalam cam nak beli jugak sebab comel sangat :P Nampaknya mama n papa baby yang over excited ni. Balik tu siap bukak pasang n aku dah try picit2 n goncang2 testing apa yang patut :D Mula la tu nak berangan lebih2 kan.....hahahaha....


Comforter set. RM49.90. Actually mula2 amik bedding set yang ada tilam, bantal n bantal peluk. Tapi time tengah beratur boleh pulak tukar pikiran nak amik comforter ni. Sebab tilam yang mula2 cam tak rata. So takut nanti baby tak selesa plak. Padahal bedding set memula tu RM28 je...


Kepala singa ni pun amik time tengah beratur. Tak pernah masuk pun dalam list nak beli mainan baby. Tapi geram plak tengok. RM7. Bila picit ada la kua bunyi. Comel2. Mesti baby suker :) Tak pun mama nya je yang syok sendiri....hohoho...


Mitten n booties. Beli 2 pasang. Before ni pun memang aku beli sepasang je. Besar pulak tu. Tapi mak aku suruh je pakai mitten n booties yang dah berlambak kat rumah. Tapiiii aku gatal jugak nak beli lagi 2 pasang :D Nak biru jugakkk tak kira!


Adjustable Infant Wraps. RM28. Ni kain bedung. Yang ni aku memang nak cari sebab dia pakai zap on tu. So kalau baby nak ek ek boleh bukak part bawah je. Tak payah nak bukak terus kain bedung tu.


Tadaaa....dan akhirnya aku beli jugak tilam. Tu pun datang 2nd round lepas balik dari Sunway Pyramid. Memang awal2 dah nampak tilam ni. Tapi macam besar sangat. Yang dalam gambar tu lipat dua. Aku nak cari yang kecik n tak payah lipat2.

Tilam ni RM79. Tak tau la murah ke mahal. Sebab before ni dah nampak tilam macam yang aku nak kat Toys R Us RM85. Tapi since ada orang dah book nak tido sekali ngan baby kat tilam ni kitorang singgah je lagi sekali beli tilam ni. Nasib baik time singgah tu dah tak ramai orang. Nak bayar pun tak payah beratur. Terus bayar je ;)


Ok dah dah shopping barang baby. Seronok ok shopping brg2 baby ni. Agak2 nya ibu2 memang akan ada perasaan macam ni. Tambah2 yang nak dapat 1st baby macam aku ni. Nak beli barang sendiri pun macam malas2 je :P

5 comments:

Cik Shu said...

wah... cepatnyer dah masuk entry. hahaha... akhirnya beli gak tilam tu.

iszieylyanziy said...

pergh,,best ah shopping kan,,,time2 ade sale pulak

cuna said...

Cik Shu: hehehe...tgh rajin nk update blog. terjebak jgk beli tilam tu. siap patah blk g beli :P

.:Mrs. Engineer:. said...

nasib sy x g...klo x, abs sume sy sapu...he3

cuna said...

Yanie: hahaha....sonok kan kalo shopping brg2 baby. cm ssh sket nk control kdg2 tu :P