nuffnang

Thursday, January 27, 2011

Kick Off & Appreciation Day

Isnin hari tu company aku ada buat event kat Tropicana Golf & Country Resort. Baru 1st time nak masuk sini. Padahal hari2 nak pegi keje memang lalu depan ni. Entah bape puluh kali dah lalu. Tapi kalau tak ada pape pehal pulak kan nak masuk tetiba....

So pepagi Isnin tu siap bangun awal lagi. Padahal awal 10minit je pun :P Tapi 10minit awal pun still tak ada effect since keluar je depan umah dah start jem. Jem kat tol LDP effect sampai kat area umah la pulak. Abis je jem kat situ jem lagi kat Jalan Duta. Boleh kata lepas tu jem je sepanjang jalan nak pegi Damansara Heights. Dasat bukan main jem hari tu. Dah la kalau hari Isnin memang aku akan work from je. Tetiba nak datang ofis nak malang pulak jem sakan. Jenuhhh bertapa dalam kereta. Nasib bukan aku yang drive. Kalau tak lagi la meroyan.

Lepas drop Myo terus aku memecut pegi ofis. Otw pegi ofis aku memang selalunya clear je. Sampai2 ofis dah 9.30 kot. Tu pun ramai yang dah pegi. Nasib baik ada sorang lagi colleague, Kak Jo time tu. Tu pun tengah tunggu lagi sorang, Kak Ezah. So lepak2 dulu. Last2 Kak Ezah pun sama stuck kat jem. Sejam jugak kot tunggu. Sampai2 kat clubhouse tu orang dah start berucap dah pun.

Ada 7 orang bos2 besar datang dari US sempena event ni. Since aku kerja kat sini dalam setahun lebih ni la 1st time kot tengok dorang live depan mata. Tu pun dari jauh. Ehhh tapi time nak balik kerja aku selisih ngan dorang. Sorang2 say hello kat aku....hehehe....tu pun nak bagitau :D

Mostly event ni just nak celebrate director kitorang yang dah nak retire. Grand jugak la buat event tu semata2 utk dia. Aku dok tunggu2 la kot dorang nak announce salary increment ke this year. Nan ado nyer. Lagi diharap lagi la tak ada. Ada lucky draw je dapat ipod. Tapi as usual aku tak ada luck T_T Pukul 12 je dah abis event nya. Terus lunch. Buffet. Bosan. Kena beratur panjang. Time nak makan je semua berdesup laju je. Aku jugak yang lambat.


Lauknya tak ada la hebat mana pun. More to Chinese style. Tapi dah free tu telan je la kan. Ada boneless fried fish, mix vege, fried chicken....sume yang kering2 je. Sekali aku nampak ada kari daging...waaaaa sedap je aku tabur atas nasik. Excited kot tetiba nampak mende berkuah. Padahal aku tak ada la minat daging sangat. Sekali bila dah nak makan baru ku tahu rupanya tu daging kambing. Huwaaaaa...terus out. Nak ngap je dah bau kambing. Last2 suku je nasi yang aku makan coz lain2 tu dah tercemar ngan kuah kari T_T


Minum len chi kang. Dah lama tak minum air ni. Layan je la. Lepas makan terus balik ofis.


Dah petang mata mula la berat semacam. Perut dah start lapar balik. Dah la makin lama makin susah nak tido malam. Kalau tido pun asik terjaga je. Even hari pegi event tu aku tido 2 jam je. Memang time petang tu rasa nak tersembam kat atas meja. Ngan sakit2 satu badan lagi. Dok tengok jam nak balik je. Ni muka aku memang tengah ngantuk giler2 punya. Lagipun tak kan la nak senyum sorang2 kat ofis kan. Dah la bos kat belakang. Kang tak pasal2 tengah2 amik gambar bos masuk sekali....haaaa...sape nak jawab? :P

Tapi sampai je masa yang ditunggu2 sharp 5.30 aku still tak balik lagi. Myo boleh pulak ada meeting start pukul 6 T_T So aku kena la lepak2 jap kat ofis. Tapi dek tak tahan dok ngan bos berdua je kul 6 lebih dah siap2 nak keluar. Tu pun Myo tak start2 meeting lagi. Dekat pukul 7 baru sampai ofis dia. Lepas tu sesi bertapa pun bermula. Aku siap tido bangun balik tido balik pun Myo tak datang2. Last2 sampai pukul 8 lebih jugak aku dok dalam kereta ngan sakit2 badan ngan lapar nya.....So tu la cerita hari Isnin aku yang tak berapa best (-_-)

2 comments:

The Me said...

sempat amek gambar?
tak tahan sihhhh :P

cuna said...

The Me: Hehehe...biase laaa...eh sempat amek gmb yg mane ni? kat golf resort tu ke kat ofis? :P