Kami menghabiskan saki baki 2010 kat Cameron Highlands. Dah banyak kali plan tapi asik tak jadi. Akhirnya dapat jugak pergi before masuk tahun baru. Dari bulan 10 lagi dok nyanyi2 nak pegi. Tapi asik bz, lepas tu risau coz musim hujan, Myo kena kerja wiken la, ada kenduri la.
Kebetulan pulak time blog walking asik la baca cerita orang pegi Cameron. Lagi la meronta2 mau pegi. Tak tau nape. Last sekali pegi time baru abis spm....dah dekat 10 tahun dah tu. Since aku pun dah cuti seminggu, aku tekad jugak nak pegi. Sesungguhnya cuti sebulan pun memang tak ada makna kalau aku sorang je yang cuti T_T So mintak jugak Myo apply cuti 2 hari.
So ni la muka hepi giler before aku pening2 lalat time nak panjat Cameron tu :P Kitorang bertolak dari umah around 10.30 pagi Khamis tu. Suka betul aku nak pegi jalan jauh :)
Nasib baik pening2 sikit je. Cuba sedaya upaya untuk tak muntah. Ni kalau pegi time 1st trimester ada yang muntah 50 kali nih...Sampai2 singgah kat ladang teh kejap. Bukan nak pegi ladang nya tapi cari toilet :D Tu je la kerja aku kat Cameron ni. Sikit2 cari toilet. Dah la sekarang ni memang time sikit2 nak wiwi. Sampai kat Cameron yang sejuk tu lagi la menjadi2.
Actually kami tak pegi berdua. Bukan jugak bertiga. Tapi berlima. Termasuk parent aku n baby dalam perut ni ha of coz. So aku nama kan coti2 Mesia ni as honeystar...bukan honeymoon....bukan babymoon ;)
Tak amik gambar kat ladang teh pun. Aku pun tak tau boleh turun amik gambar kat situ. Dah balik2 baru tau....
Kitorang sampai2 memang dah ujan renyai2. Boleh dikatakan sepanjang kat Cameron tu memang hujan je. Sejukkkkkk.....awal2 boleh la buat2 kebal tak pakai sweater....
Lepas tu terus amik kunci and pegi homestay yang kitorang dah book. Dekat area Tanah Rata. Book 1 apartment 3 bilik...1 malam RM250....So lagi satu bilik tu kosong.....Tak sempat nak ajak adik beradik yang lain coz kitorang plan pun dah last minute...
Nasib baik dapat kat ground floor. Kalau tak jenuh aku nak panjat. Best jugak apartment ni. Puas hati jugak la. Kalau dok hotel paling koman pun 1 malam dah RM180. Kitorang dah ada book hotel before tu. Last2 cancel....burn jugak la RM30 lebih....
Kat dapur pun lengkap semua ada. Pinggan mangkuk, periuk nasik, blender, dapur sume siap la. Masuk2 je rumah kitorang terlompat2 jugak la coz lantai tu sejuk giler. Cam jalan atas ais.
Barang2 dalam umah tu sume banyak. Selimut dalam almari sampai 12 helai. Bantal pun banyak. Memang kalau datang 1 family besar berbaloi2 dok satu umah. Sewa tetap sama.
Meja makan n fridge pun ada. Tu baru awal2. Meja clean n clear je. Sekali bila start shopping abis penuh satu meja tu :P
Lepas dah tengok2 umah n masukkan barang terus keluar jalan2 kat Brinchang. Singgah kat pasar malam tengok apa yang ada...Time kat pasar ni pun hujan renyai2...So ibu mengandung ni haruslah cari sesuatu untuk dimakan :P
Time masuk rumah tu terus dah plan nak cari bedroom slipper. Memang tak tahan sejuk even dah bawak stokin. Sampai je pasar malam bersepah2 bedroom slipper. Sempat rembat sepasang utk aku n sepasang for mak. Padahal nak tido semalaman je pun kat Cameron :P
Barang2 kat situ sume nak ada strawberi. Slipper, beg, bantal, payung, fridge magnet, key chain segala semua ada bentuk or gambar strawberi.
Lepas jalan kat pasar malam, singgah kedai makan isi perut. Aku bab2 makan laju je. Lagipun aku je yang asik lapar. Tapi kitorang order 2 pinggan je. Pastu share2 coz before tu dah lunch kat rnr tapah....
Dok dalam kedai makan pun menggigil sejuk....Terasa angin tiup2 kat muka. Even orang masak kat dapur pun pakai sweater....
Dan aku ngan rela hati nya minum air panas kat sini. Kalau tak siang malam minum air sejuk. Memang liat nak telan air panas. Tapi kalo kat Cameron ni memang nikmat dapat minum air panas. Order milo suam pun kejap je dah sejuk. Harus order milo panas
Ni hasil2 dari pasar malam. Strawberi celup coklat. 1 cucuk 2 hengget....
Kulat ngan taugeh goreng kot. Aku tau makan jek. yang pic belah kanan tu jeruk strawberi, peria, pisang kaki n roselle. Beli 3 box sekali ngan dried strawberry n coklat RM25.
Dried strawberi n coklat Coco Jelly. Sedap pulak coklat ni. Dalam tu macam ada jelly. Jelly tu ikut color wrapper coklat. Ada grape, mango, strawberi....emmm...yang ijau tak tau rasa apa....
Bedroom slipper kami. Aku n mak....tapi aku je yang dok pakai sepanjang masa. Siap ngan stokin sekali. Bertambah plak collection bedroom slipper....
Esoknya pepagi Jumaat pukul 9 lebih dah siap nak check out sebab lepas abis round2 Cameron terus nak balik. Stay 1 malam aje. Hari Jumaat tu baru berjalan habis-habisan. Khamis tu sampai pun dah petang. So yang semalam nya baru warming up gitu...
Ni je satu gambar yang ada gambar kitorang berempat. Dah macam gambar potret dah :P
Banyak sangat gambar nak letak kat blog ni. So sepanjang minggu ni korang ngadap cerita Cameron aku je la ye ;) Next entry kat Butterfly Farm....
p/s: Hari ni dah genap 30 weeks peknen (10 weeks to go!) n dah 7 months married. Syukur alhamdulillah :)
2 comments:
Akak pun jd meronta2 nak pegi ni.. Best kan..
Kak Yan: Kalau bwk budak2 mesti lg sonok :)
Post a Comment