nuffnang

Tuesday, January 18, 2011

Goodbye My High Heels!

Lately mood nak update blog macam dah ke laut. Baca blog orang je rajin. Kelmarin baru nak start kemas2 kain baju sikit masuk dalam beg. Dapatla clearkan separuh almari kot. Lepas tu selongkar2 kasut dalam almari kasut. Sejak preggy ni semua kasut2 simpan diam2 dalam almari.

Ni aku panggil kasut nurse. Tak tau la ada nurse nak pakai kasut cenggini ke tak kan :P Kasut Cleef. Masa awal2 kerja memang aku nampak jenis Cleef je lawa n tak mahal sangat. Tak mahal pun aku tetapppp tunggu time ada sale.


Pakai pun time pegi kerja je. Tinggi tak tinggi sangat la. Boleh lagi la redah2 parking lot yang penuh ngan batu2 kecik tu.

Ni aku panggil kasut dating....hahahaha....suka hati aku la kan nak bagi nama apa....Sekarang ni pun kasut2 Cleef macam bosan. Banyak sandal2 flat je. So cintaku dah beralih arah. Aku kan suka window shopping. So time round2 tu berkenan pulak ngan kasut Primavera ni. Putih lagi.


Pun tak tinggi sangat. Tapi lenguh jugak la kalau nak pakai round2 shopping complex. Pakai time dating pun so that dapat jalan sama tinggi ngan Myo. Tak ada la terkapai2 gitu :P Dah pakai tinggi camni pun koman2 sampai telinga dia jugak T_T


Ni kasut kerja yang wajib ada dalam kereta. Ohhh dulu before preggy memang kereta aku tu dah macam stor kasut. Senang letak dalam kereta. Agak2 nak pakai cari je kat tempat letak kaki tu. Tapi sekarang dalam kereta dah clean n clear. Semua aku dah angkut letak kat umah diam2.


Alain Delon. Pun tak tinggi sangat. Janji tak flat. Tak syok kot kalau pakai kasut flat je. Beli kasut ni pun sebab time tu ada less :) Time awal2 preggy dulu dalam 3 bulan lebih aku saje try test pakai kasut ni pegi ofis. Sekali officemate nampak terus jerit kat situ jugak. "Ehhh jangan pakai high heels. Bahaya ni. Cepat pegi beli sandal".....huhuhu....padahal memang aku dah beli sandal pun time tu. Saje gedik nak pakai jugak kasut tu. Tapi memang time tu rasa dah tak selesa.


Primavera lagi. Hitam pulak. Yang ni sempat pakai berapa kali je kot. Pun pakai time jalan2 je. Kalau lambat kena tinggal....hohoho....So before aku kena tinggal baik laaa aku tinggalkan dulu kasut ni kat umah :D


Agak tinggi sket kot heelsnya. Tunggu la lagi 5 or 6 tahun lagi aku pakai balik....hahahaha...

Yang ni kasut emergency yang wajib ada dalam kereta jugak. Valentino Rudy. Colourful sket. Ni agak2 tak tau nak matching ngan baju pakai je kasut ni senang.


Lagi satu sebab ni wedges. So agak2 macam nak kena jalan laju2 pakai kasut ni baru la dijamin selamat. Selamat tak kena tinggal. Pegi kerja pakai pegi jalan2 pun pakai. Memang berbaloi2 di situ :)


Kasut Bonia idaman kalbu. 1st time tengok harga time tu RM400 lebih. Terus pucat kat situ. Lepas tu tiap kali round tempat kasut mesti nak intai2 kasut ni. Sampai la ada satu hari ni entah macam mana ada less sampai 70% kot terus aku zasssss beli tak sempat pikir dah. Lepas aku beli tak lama lepas tu dia less lagi....haihhhh....

Ingat nak jadikan hantaran je. Tapi time beli ni belah Myo dah siap gubah2 kasut hantaran. So macam segan tetiba nak tukar2 pulak. Kasut ni sempat pakai sekali je pegi kenduri kawen lepas tu terus aku tau aku dah preggy :P

Last but not least kasut hantaran aku ni. Carlo Rino. Time beli tu memang tengah less giler2. Ingat nak pakai jalan2. Tapi pikir2 time tu dah nak kawen terus jadikan hantaran. Ni high heels yang paling tinggi yang aku ada kot. Sempat try sekali je time pegi honeymoon. Nak jalan dari bilik ke hotel lobby pun dah melecet....hihihi....


Dan yang paling penting adalahhhh......sandal buruk ku ini. Hawk Eye. Even buruk pun sangat2 la berjasa. Ni latest condition lepas balik dari Cameron hari tu. Ngan pijak tanah lembik, kena hujan, lumpur segala....

Semestinya bukan high heel la kan. Flat pun tak flat sangat. Kasut ni la aku pakai pegi ofis, dating, shopping barang, driving, pegi toilet....hikhikhik.....Kalau tak sket2 nak tukar kasut. Pegi ofis pakai lain, driving pakai lain, dating pun nak lain.

Well, high heels aku tak ada la high mana pun kan. Tak sampai lagi tahap yang tirus tajam tu. Sekarang pun dah jarang nak cuci2 mata kat section kasut. Kalau tak maunya makan hati nanti. So semua kasut2 aku tu dah selamat simpan dalam kotak dah. Lepas ni tak tau la bila nak pakai balik. Kang pakai time nak kendong baby ada yang terpeleot pulak kan. Baby dah besar tak kan nak main kejar2 ngan baby pakai high heels kots :D So azam tahun ni tak nak beli high heels dah.....hehehehe....tetiba nak buat azam baru :P

p/s: Arini dah genap 8 bulan aku preggy :)

4 comments:

fawwaznuha said...

dah 8 bulan eh..take care n moga selamat semua...wah..banyaknye kolks kasut..jelos saya huhu...pasal pemeblian tu saya still nak tp lambat2 skit boleh x? bajet dah terlari pula beli macam2 hehe

cuna said...

fawwaznuha: aah. sama dgn 32minggu :) tenkiuuu....debaran makin terasa nih.
alaaa kasut biase2 aje.lps ni kalo blh nk stop beli dh :P

psl clinique tu don't worry. sy blh simpankn dulu. nnt kalo dh ready inform je ok :)

diana said...

saya suka la kasut deting awak tu..
hhehe..

cuna said...

Diana: Hehehe....ade jgk org sama taste rupanya ;) Mmg kasut fevret sy jgk tu. Rindunye nak pakai :)