nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

Demam + Mengidam Cendol @ 32 Weeks

Dah 2 hari rasa macam nak demam. Mula2 start rasa sakit tekak je. Lepas tu bersin tak benti2. Ditambah lagi ngan rasa macam seram sejuk. Ni 1st time aku demam time preggy. Nak makan ubat2 yang ada kat umah pun risau jugak. Nak jumpa doc pun malas :P

Semalam balik kerja rasa mata dah panas n pedih2. Agak2 dah nak sampai rumah tu boleh pulak tetiba tekak terasa macam nak telan air cendol. So far memang tak pernah nampak ada orang jual kat area rumah. Tapi pusing2 jugak cari. Yang jumpa ABC je. Agak pasrah jugak la di situ. Then kitorang decide nak balik umah je terus since macam tak ada harapan je. Sekali on the way nak balik tu nampak lori kecik jual cendol ngan rojak! Sukanya haku.....Memang tak expect n tak penah nampak pun lori tu kat situ before ni.


Alang2 beli cendol, tapau rojak sekali. Yang menariknya, lori jual cendol tu biasanya tutup pukul 6.30. Kitorang pulak kalau balik kerja biasanya lalu situ dah pukul 7. So memang tak kan nampak dah la lori tu. Tetiba semalam pukul 7 dia tak tutup lagi. Orang tu cakap cuaca cam ok so nak bukak lama sket....huhuhu...memang rezeki baby dalam perut ni....kalau tak agak tak senang hati jugak la tak dapat cendol tu.

Balik tu terus minum cendol sampai habis. Pergghhhh....sedap gilerrrr....Memang nikmat lepas dah dapat minum. Tak sedar diri tu demam pegi bantai minum air ais :P Lepas tu pukul 8 lebih dah tido sebab memang tak tahan rasa nak demam. Nak pegi klinik pun macam dah tak larat.


Pukul 1 lebih baru terjaga balik sebab lapar. Malam pulak mengidam nak minum air kosong. Air kosong pun nak mengidam ok. Actually aku baru terbaca kat magazine hari tu. Mengidam tak semestinya teringin nak makan mende2 pelik yang tak biasa makan. Tapi kadang2 tu bila kita teringin nak makan maksudnya badan kita perlukan zat dalam makanan tu. Sejak preggy ni aku memang anti betul ngan air kosong. Kalau boleh mesti nak air yang manis n sejuk. Semalam tetiba before tido boleh request kat Myo amikkan air kosong dulu :P


Ok...yang ni tak ngidam pun....Hari tu semangat beli buah kiwi lepas baca dalam magazine pasal buah kiwi ni. Memang banyak sangat khasiat buah ni utk org preggy. Khasiatnya boleh kekalkan sistem imuniti, tinggi asid folik, kurangkan sembelit, tidur nyenyak n rendahkan tekanan darah. Tu aku copy dalam mag. Yang menariknya boleh tidur nyenyak. Aku memang susah bebenor nak tido sekarang ni.

Tu atas tu buah je penuh. Bawah ada aiskrim :D


Minggu ni Myo Jr dah 32 weeks. Dah 8 bulan dah. Jangan la pelik pulak nape aku kawen baru 7 bulan lebih tapi baby dah 8 bulan. Pregnancy calendar kiranya lain sket. 4 minggu ngam2 dah kira sebulan. Start kira date pun dari 1st day last period. Bagi yang tak pregnant lagi tak payah pening2 pikir. Nanti korang dah pregnant tau2 sendiri je :P


Minggu yang ke 32 ni tak ada la banyak masalah sangat. Yang paling teruk adalah susah nak tido. Pusing la ke mana pun semua tak selesa. Sakit pinggang tu tak payah cakap lah. Hari tu cramp sebelah kaki je time tido. Ni kadang2 jari2 tangan ni pun boleh cramp. Hari ni pulak idung tersumbat plus tekak gatal2. Telan panadol je semalam. Nasib esok cuti. Tapi macam nak pegi BabyLove warehouse sale kat Subang Jaya je esok. Nak cari tilam baby. Tu pun kalau larat la kan ;)

p/s: Aku dah start packing hospital bag. Ada sikit lagi tambah2 :)

8 comments:

citrus said...

wah cuna dah dekat tu.. camna rasa? excited? berdebar? ermmm papepun semoga ko n baby sihat n sejahtera.. pasni leh share pengalaman bersalin plak.. hehe..

fawwaznuha said...

betul tu..kalendar lilypi ni pelik sikit ..syoknye dia dapat cendol..saya pon makn kiwi sekrang ni..cek kelmarin hb dah naik ..syukur sangat..

is-nanie said...

"Dah 8 bulan dah. Jangan la pelik pulak nape aku kawen baru 7 bulan lebih tapi baby dah 8 bulan"
hahaha... aku pon tertanya2 jugak sbb tak paham.. nasib baik ko explain sket.. hihi

Yan said...

Rojak dengan cendol tu memang padanan yang baik punya

cuna said...

citrus: hurmmm....rasa tu campur2 dah kot :P tenkiu2....hopefully sume ok nnt :)

cuna said...

fawwaznuha: calendar lilypie tu dh betul dh tu. mmg doc n nurse pun kira cmtu. pregnancy calendar ni mmg lain dr calendar yg kite dok pakai ari2 :)

hb sy aritu tak sampai 10 pun...huhuhu...ni baru nk rajin telan vitamin blk :P

cuna said...

is: hikhikhik...aku awl2 pun cm confuse. rupenye mmg kira dr 1st day period. pdhal time tu baby pn xde lg dlm perut ;) sbb tu la blh ade bunting pelamin. maknanya org tu baru je abs period b4 kawen or mmg xsmpt nk period lnsg lps kawen. gitu la lbh kurang :)

cuna said...

kak yan: aah. mmg dh geng dh dua mende tu ;)