nuffnang

Monday, January 10, 2011

Bee Farm + Boh Tea Garden @ Cameron

31/12/2010 - Fri

Ni last entry pasal jalan2 makan angin kat Cameron. Jenuh korang yang membaca jenuh lagi aku nak habiskan cerita :P Tapi nak jugak cerita. Nanti kang time aku pantang confirm sunyi sepi blog aku ni tak ada story menarik nak di pot pet kan.


So lepas berjaya mendapatkan ice cream yang diidamkan tu kami singgah kat Bee Farm. Aku tak berminat sangat nak singgah. Myo je yang nak cari madu fevret dia.


Aku stay dalam kereta sorang2. Myo and parent aku turun round2. Dalam bekas tu ada madu ngan sarang2 dia sekali. Myo beli yang ni tapi kecik sikit. Tak tau la apa rasa dia. Aku tengok je.


Since aku tak turun, maka aku pun layan je la gambar yang Myo snap. Ni sarang lebah yang kosong...


Ni lebah tengah buat madu la kot...


Sarang lebah lagi...

Lepas tu terus gerak pegi BOH Tea Garden. Nak sampai sini punya la seksa. Kena masuk 7km ke dalam. Jalan memang teramat sempit plus berliku2. Gigih jugak pegi. Kat sini pun hujan jugak. Sampai2 of coz la toilet yang ku cari dulu :P

Kat sini berdouble triple sejuknya. Ngan kabus lagi. Gigil2 jugak kesejukan.

Alang2 dah sampai situ ngan susah payahnya, kitorang masuk jugak dalam kilang tu. Ikutkan hati memang malas. Tak minat sangat nak amik tau. Lagi pun dulu datang dah pernah masuk sini.

Masuk dalam 5 minit je kot. Dorang tak tunjuk detail sangat proses buat teh tu. Kalau time aku pegi emmm....9 tahun dulu memang dia tunjuk satu2. Ni dia tunjuk dorang keringkan teh tu and then tau2 dah jadi serbuk teh...Mak aku je yang rajin tanya jenis2 teh yang dah diproses tu. Aku tumpang sekaki je....


Ayah aku tak join. Just bersantai kat cafe kat luar tu sambil minum2 teh time hujan. Masyuk. Aku memang bukan peminat teh. So tengok je. Lagipun tengah preggy ni memang kalau boleh memang nak tolak teh jauh2 :P


So tu la tempat last kitorang singgah kat Cameron ni. Berjaya jugak singgah ke tempat2 yang dah di plan nak singgah.

On the way nak turun tu singgah Lata Iskandar. Tengah2 sedap tidur pun turun la kejap amik gambar kenangan. Dulu pun dah amik gambar kat sini. Tapi tak main la peace2 kat bawah je kan. Memang aku panjat kat atas tu amik gambar betul2 kat depan tunggul kayu tu. Tu zaman anak dara la kan ;)


Sampai kat sini dah tak sejuk. So boleh la nak eksyen tak nak pakai sweater dah ;)


Nak jalan ke dalam2 lagi memang dah tak larat. Cuba korang tengok sandal aku belah kiri tu. Tu la last sekali bunga merah tu lekat kat situ...

Lepas tu sedar2 dah cabut T_T Abis dah tak comel. Dah cabut satu kena la cabutkan lagi sebelah. Banyak berjasa wooo sandal ni. Aku start pakai time tu preggy dalam 2 bulan lebih. Beli time raya ke 3 kot. Memang pegang terus beli. Tak sempat dah nak survey2. Kalau survey2 dulu memang ada jugak yang termuntah kat situ. Maklum la kan...dulu morning sickness aku adalah sangat teruk. Alhamdulillah....berjaya jugak melepasi saat getir tu :)

Balik tu kitorang terus singgah umah parent kat Gombak. Sampai pun dah malam. Dekat nak masuk tahun baru. Orang sibuk dok countdown n tengok bunga api kitorang sibuk belek2 hasil rembatan kat Cameron :P


Amik tomato ceri ni kat mak aku. Ngap2 sambil tengok tv memang la sangat sedap. Fevret aku ni. Kalau dah masak memang aku tak makan. Kalau nak masak boh tomato memang akan masuk mulut aku dulu la :D Sini pun banyak jual. Tapi kat Cameron murah bangat. Just aku tak tau harga sebab mak aku yang borong ;)


Sayur2 memang semua mak aku yang beli. Lagipun time kat tempat sayur memang aku stay dalam kerete je. Sekali tengok hasil mak aku rasa nyesal jugak tak join sekali borong sayur. Sayur2 nya tak ada la yang luar biasa pun. Memang kat sini pun ada. Tapi memang murah yang amat. Fresh lagi.

Ni hasil2 produk strawberi yang mak aku borong kat Taman Agro tu. Segala halwa, coklat, jem, topping semua dari strawberi.


Ni hasil strawberi2 yang kitorang petik kat strawberry farm tu.....


Fridge magnet untuk family....Biasa la adik beradik ramai kan. Kena la beli something kalau dah jalan2 tu. Lagi pun memang merata2 ada jual fridge magnet ni. Geram pulak haku.

Buat tepek kat cermin kereta. Bagi kat orang. Tepek kat kereta sendiri juge. 1st time ni nak gedik2 tepek mende gantung2 ni kat kereta :)

Ni hasil rembatan Myo. Aku teh2 ni memang tak reti. Myo memang peminat tegar teh. Tapi lepas aku rasa Peach Tea tu memang sedap giler. Terus jatuh chenta. Kalau ku tau harus borong banyak sket. Susah tu nak sampai situ. So ada sesape nak pegi Cameron tak? Nak pesannnnn :P

Fresh flowers Myo belikan untuk aku :) Kat Cameron la boleh pejam2 mata je beli bunga. Banyak pulak tu. Time ni la nak merasa dapat bunga selonggok kan.

Susun2 letak dalam pasu. Gitu la ghopenyer. Sekarang dah ada yang dah start layu-layuan.

Habis dah cerita Cameron aku. Akhirnya berjaya jugak sampai Cameron ngan keadaan aku yang tengah memboyot ni. Alhamdulillah selamat pegi n balik. Selain Cameron ada jugak plan2 nak pegi Singapore n Port Dickson. Singapore memang hampir2 pegi tapi tetiba passport tak dapat dikesan pulak kat mana T_T PD tu memang tak lepas dah kot.

So kesimpulannya sepanjang aku kat Cameron tu memang tak nampak sorang pun yang preggy cam aku. Kalau ada pun maybe tak la sarat cam aku kot. Terlebih gigih la katakan :PLepas ni menghitung hari nak deliver je la nampaknya. No coti2 Mesia dah. Lagi satu nak kena packing2 barang sebab sudah mau pindah.

4 comments:

Yan said...

Dah abis dah ye.. N3 sal CH.. nnt leh bg anak tgk kan..

cuna said...

Kak Yan: Aah baru je nak abs. Cam berzaman nk abskn. entry kawen pn xabs2 smpai skrg :D

fawwaznuha said...

dh hbis ek entri cuti2 CH ;).. tengok tpt2 n mknan yg Cuna mkn buat sy teringat p'lcongan kmi rkn2 ke CH bln jan last yr..dgn hubby x pg lg huhu...tp sy kompom2 loya n muntah naik CH huhu

cuna said...

fawwaznuha: abs dah.org lain pn dh mengah kot nk baca cite psl tu je :D lps ni mau lg 10 thn kot pnjt cameron tu. time tu dh lupe sume kesengsaraan nk smpai kat ats tu :P