nuffnang

Wednesday, January 26, 2011

Check Up @ 33 Weeks

Ngadap la korang cerita pasal pregnancy kan. Nak buat camne. Dah tuan punya blog tengah pregnant. Tambah2 dekat nak due date ni. Semalam aku ngan Myo dua2 cuti. Pepagi dah sampai kat klinik kesihatan ni. Dah ramai orang dah pun. Nak tunggu timbang berat ngan amik darah pun bercinta. Hb aku dah naik :) Suka!Suka! Hari tu 9.7. Now dah jadi 10.3. Hb dah turun banyak baru nak gigih telan vitamin tambah darah hari2 :P Normal Hb 11. Tapi still meningkat la kan...


Habis je cek darah tu terus pegi breakfast. Makan roti bom n nasi lemak. Lepas tu nak tunggu turn jumpa nurse pulak. Part ni lagi bercinta nak tunggu. Nasib baik keluar breakfast dulu. Tak la bosan sangat. 1st time datang KK ngan Myo. Syiokkk woooo....Kalau tak aku makan hati jugak aku tengok pompuan lain datang ngan laki dorang....Berkurang lagi bosan di situ sebab aku dah ada geng ;) Settle pun pukul 12 jugak la. Tapi tak rasa lama macam biasa...


Petang tu lepas Zohor kitorang pegi Naluri Medical Centre kat Wangsa Maju. Aku dah decide nak deliver kat sini je nanti. Dalam 15 minit je nak sampai dari umah parent aku. Doc cakap2 sikit pastu scan. Best dapat tengok baby lagi. Last scan time nak tengok gender baby hari tu. Time tu baby 700gm. Now dah 2kg :) Myo cakap baby kami comel :P Aku pun tak perasan la pulak. Kot2 ilusi Myo je ke kan...Tapi doc cakap semua ok. Baby pun sihat :)

Kali ni scan memang dah confirm baby boy. Hari tu macam tak berapa clear. Alhamdulillah.... termakbul jugak doa kami :) Dulu masa awal2 pregnancy hari2 memang akan letak tangan kat perut n baca doa untuk dapat baby boy. Memang ada doanya aku jumpa dalam buku. Biasanya before tido memang Myo akan bacakan. Bukan la aku tak nak baby girl. Just yang sulong aku mengharapkan boy so that nanti boleh jaga family n sementara tu boleh jadi geng papa dia :P


Actually kalau boleh tak nak start check up kat private lagi. Lagipun kalau nak deliver kat sini pun paling kurang kena 2x check up je. Kalau pegi awal2 banyak kali la pulak check up nya nanti. Duit pun laju jugak la keluar. Tapi since orang sekeliling aku lagi cuak dari tuan punya badan, maka aku pun sekali cuak. Semua cakap dah lambat. Tak pe laaa...semua prihatin kat aku la tu kan....hikhikhik.....lagipun ni anak sulong....semalam check up je dah RM85. So lepas2 ni duit memang kena stand by untuk check up n nak deliver nanti je. Tak boleh nak shopping2 dah T_T

p/s: Semalam balik umah parent aku tengok2 mak dah belikan set bersalin. Since mak dah pilihkan aku ok je la ;)

6 comments:

citrus said...

Cuna.. nk tanya.. diaorg check hb dr awl2 checkup or bila dah 30 weeks ke atas? Sbb g private ni xpernah pun dia check hb.. blur2 je..

bila start check up 2 kali sebulan ye?

emm share2 la pasal produk bersalin tu. tgh usha2 jugak ni. hehe
Thanks :)

cuna said...

citrus: aah mmg dh cek hb dr 1st checkup lg. xtau la plak nape kalo kat private dorg xcek. aritu start checkup 2x sebln lps masuk 28weeks.

nnt2 cite psl set bsalin tu ok. set tu ade kt umah parent. xsmpt nk amk gamba lg ;)

Cik Shu said...

Masuk entry k untuk set bersalin tu. I'm waiting.

cuna said...

Ok. tp next week kot coz xamik gmb lagi :)

asna cute said...

set bersalin pe ya mak cuna beli kan? hmm walaupun asna duduk area wangsa maju tapi xpenah dgr lak ada Naluri medical centre nie hehe ;D

cuna said...

Asna: haaaa ade la...rahsiaaaa....hahahaha...xde la. nnt next week cite psl tu k. asna blh relax2 dulu. awl lg kot nk pk psl set bersalin ni ;)

btw naluri med centre tu xde la glemer pn. kck je. tau pn sbb kakak pnh deliver kat situ b4 ni. xmcm prince court famos amos. bertuah bdn dpt deliver kat situ :) xmampu la kot nk byr kalo g situ T_T