nuffnang

Friday, January 7, 2011

Strawberry Farm @ Cameron

31/12/2010 - Fri

Tak sempat pulak nak update blog semalam. Tetiba jadi bz. Nak sambung cerita jalan2 kat Cameron yang tak habis lagi. Pegi Cameron kalau tak beli strawberi rasa cam tak best la pulak kan. So harus lah singgah strawberry farm. Nak singgah semua strawberry farm kat Cameron tu memang la tak kan sempat. Lain la kalau stay 2 or 3 malam lagi kat situ.


Nak beli strawberi yang dah petik banyak je ada kat situ. Sama je harga kalau beli terus or petik sendiri. Tapi nak jugak gedik2 petik sendiri. Kitorang amik 1 polisterin tu je RM20. 1 polisterin boleh masuk 3 orang. So ayah aku tak masuk....huhuhu....Patutnya aku yang boyot ni la yang kena dok luar kan :P


Time kitorang sampai situ dah tengah hari. So banyak buah yang merah2 dah kena petik kat area bawah. So jawabnya kena la memanjat naik ke atas cari buah yang betul2 masak. Jalan nak naik pulak bukannya rata. Bukan ada tangga pun. Muat2 nak pijak je. Ngan tanah lembik lagi sebab baru lepas hujan.


So yang berjaya sampai ke puncak En Myo je la nampaknya. Aku seram nak panjat tinggi2. Bukan aku je seriau. Ngan mamat bangla yang jaga area tu seriau sekali. Siap sound aku "Hati2 kak...nanti kalau jatuh susah" sambil jeling2 perut aku :P


So ni la hasilnya. Myo la yang banyak petik sebab round merata. Lepas dapat petua mak aku bagi camne nak cari buah yang elok laju je pegi petik. Tapi kitorang ada jugak petik yang tak berapa merah semata2 nak penuhkan bekas.


Orang lain yang petik aku yang mengah lebih. Ni kalau tak boyot confirm aku dah panjat sesama naik atas jugak. Tapi tak kesah la kan. Janji dapat petik sikit nak sedapkan hati. Entah kenapa nak jugak aksi2 adventurous camni. Maybe sebab yang dalam perut ni baby boy kot. Aku pun automatik terlasak sekali ;)


Last2 dapat 2 bekas RM40 sebab kitorang petik terlebih2 plaks :P


Lepas dah petik2 strawberi, kitorang naik atas lagi sebab nak cari tempat jual sayur. Tempat sayur memang hujung dunia sikit. Kat sini memang aku stay dalam kereta je. Pancit sudah. Parent aku n Myo je beli2 kat sini. Mak aku beli sayur.....Myo pulak beli bunga ;)


On the way nak turun tu singgah Cactus Point. Punya la banyak kaktus sampai aku tak larat jalan nak tengok. Time ni kalau ada kerusi roda pun memang aku akan naik. Nak menapak memang tak larat.


Last2 memang aku tak round tempat ni. Masuk2 terus cari toilet. Nak wiwi pun kena pikir banyak kali sebab air kat toilet sangat sejukkkkk. Tapi kalau tak wiwi susah jugak. Myo ngan ayah aku je yang round2 dalam tu.



Aku tengok je la gambar2 yang Myo dah amik. Banyak pokok kaktus pelik2 yang tak pernah jumpa semua ada. Kecik, besar, panjang, bulat....



Lagi satu mende yang aku nak cari kat Cameron ni adalah home made ice cream. Sejuk2 pun nak jugak redah makan ais krim. Mula2 singgah kat Has'r Strawberry ni. Tapi tunggu punya tunggu tak ada orang nak layan. Tapi kedai bukak. Musykil betul haku....

Pegi Taman Agro ni pulak. Sebelah menyebelah je. Memang jumpa home made ice cream tapi macam tak best. Kat sini mak aku borong segala produk2 strawberi. Aku tak beli pape pun.


Last2 singgah sini makan ice cream. Before tu dah 3 or 4 kali lalu tapi tak singgah2...


Order 3 jenis aiskrim.....Aku n Myo share saje...Semua aiskrim mesti la strawberi kan...Nasib baik parent aku n Myo sudi layan kan tekak aku yang tetiba time sejuk2 boleh ngidam nak makan eskem ;)


Nyam nyam....aku pilih aiskrim ni...Glory Delight Ice Cream...Ada strawberi+vanilla aiskrim, strawberi, peach, whipped cream...


Jom makan eskem...


Last2 semua share2 je. Rasa sorang sikit. Sedapppp....Kalau tak sedap tak kan la boleh licin kan ;)


Lepas makan aiskrim singgah souvenir shop kat sebelah. Buang tebiat try2 topi kat situ....


Kekeke....laki sape la ni kan :P


Siap posing macam nak jadik cover magazine lagi kan. Topi cowboy ni nampak menarik pulak. Tapi kalau beli pun nak pakai time bila nya...Kat belakang tepi2 tu penuh ngan segala
barang2 mak nenek strawberi...

Ada lagi gambar nak letak ni.....cam dah banyak sangat pulak....sambung next entry la kot....should be da last entry bout Cameron....lepas ni ada gambar time pegi Bee Farm ngan BOH Tea Garden pulak...

5 comments:

Yan said...

Aikkk!! sejuk2 pun dok akan ice cream.. Memang kematu perut..hee

cuna said...

Kak Yan: Baby yg nk mkn kot :P

S.U.R.I.A. said...

nyum2...sodap2

Tammy Miu said...

OMG BABE R U PREGNANT?

cuna said...

Miu: yes i am :)