nuffnang

Friday, September 7, 2012

Akhirnyaaa...Berjayaaa!!!

Akhirnya berjaya jugak buat pasport kelmarin. Kali ni nak buat pasport memang mencabar giler. Sangat2 menguji kesabaran...huhu...Dulu 1st time buat time 2007. Time nak ke Singapore. Tu pun sebab company soh pegi training kat sana. Siap buat untuk 5 tahun terus. Tapi lepas tu peram lama2 sampai sedar2 dah hilang. Tu yang macam2 hal tu.

Last2 kelmarin jugak baru dapat tau sebenarnya tak payah pun ikut prosedur yang macam2 tu untuk pasport hilang. Chettt...buang masa je. Siap amik cuti kot hari tu. End up kelmarin redah jugak hari kerja pegi Imigresen. Settle dalam masa tak sampai 3 jam pun. Padahal sebelum tu dah pegi 4 or 5 tempat semata2 nak settle kan problem nya T_T


Irfan ngan Papa Irfan punya passport siap semalam sebab buat kat KJ. Malas dah nak ke KJ kelmarin sebab kat situ pasport siap lepas 2 hari. Kat Wangsa Maju 1 jam dah siap. Tapi nak kena bertabah la beratur panjang. Tu pun dah sampai depan ofis Imigresen tu elok2 je before dia bukak 7.30 pagi. Pukul 10 dah dapat pasportnya. Tak pernah gigih sebegitu rupa...hahaha....Nanti la story panjang2 pasal tu.


Yang penting sekarang dah rasa lega sebab next week kami dah nak bercoti2. Hopefully semua berjalan lancar la kan. Main redah aje ni. Tak sabar dah ni rasanya. Tapi malas nak packing. Bulih? ;)

4 comments:

Nurul Husna said...

amboiiiii. nk gi mane korang ni? nurul pon baru wat paspot pagi tadi. baru je pasan passport dh expired...tu pon sbb plan nk gi jln2. ingt lagi buat passport masa kt dalas lagii. dh 5 thn rupenya kannnn. huhu. kejappp je

cuna said...

Nurul: haaa...nurul agk2 kitorang nk g mana....hehe...eh nurul pn g buat pasport jgk? tu la kn. time kt dalas tu la 1st time buat. sdr2 dh expired awl bln aritu. sakan buat smpai utk 5 thn. pdhal pakai sekali je pon...haha...

Nurul Husna said...

hehehe. gi maneee ehhh? xreti nk agakkk lahhh. ke nk gi sopingggg ke bandungg??? ke nk gi honeymoon bertiga ke parisssss/krabi ? :D mane2 pegi pon msti best!

cuna said...

Nurul: g bandung tu mmg tak la nurul. nk soping camne nye ngn bdk kecik ni. jenuh kejar dia je nnt. nurul tu pulak nk g jln mana? jln je keje tau. jeles ai ;)