nuffnang

Thursday, September 6, 2012

Gambar Raya Family Part 1

19/08/2012 - Sun

Lama bebenor nak sambung update cerita raya. Kalau seminggu dapat post 1 entry je mau sampai habis raya pun tak habis update kan T_T Ni pun kena buat 2 part sebab banyak pulak gambar lepas dah habis upload semua. Maklum la. Adik beradik ramai. So entry ni letak gambar adik beradik ngan family memasing.


Sementara tunggu nak susun2 kerusi nak setting kamera bagai.


Irfan sempat jadi superman dulu :P


Actually start amik gambar ramai2 dulu lepas tu baru narrow down ngan family kecik masing2. Tapi nak tepek kat blog aku terbalik kan la. Letak gambar dengan mak n ayah kitorang dulu. Ni Abang Long n family. Wife dia time ni dok kat hospital lagi sebab baru lepas bersalin. Dapat anak sedara lagi aku. Yang ni dah yang ke 21 uols ;)

Eh alang2 dah tepek gambar adik beradik ni boleh la aku introduce sorang2. Bukan senang nak jumpa memasing ni. Kalau jumpa pun susah la nak amik gambar yang proper. Abang Long aku ni kerja kat Istana Budaya as Senior Technician kot. Aku pun tak tau la specific nama position dia. Lebih kurang gitu la. Orang mechanical engineering. Wife dia cikgu.


Ni Abang Ngah. Dulu dia kerja as engineer kat TNB. Tapi sebab dah stress sangat kerja tu terus kerja sendiri. Aku pun tak sure dah kerja apa. Tak sempat nak tanya...hahaha...Tapi cam ke arah saham2 gitu. Wife dia dulu accountant. Tapi sebab stress jugak benti buat bisnes spa n then sekarang bukak nursery kat Putrajaya.

Abang aku ni da one n only yang agak cerah sket. Tu pun sebab dulu study oversea. Kalau tak lebih kurang cam kitorang aje yang tak berapa nak cerah ni :P


Yang 3rd akak aku, Kak Jah. Lawyer n ada firm sendiri kat Danau Kota. Husband dia tolong dia kat firm tu jugak.


4th Abang Din. Bukak company photograpy sendiri, Adan Impresif. Selalu la company dia cover event2 or wedding2 ni. Tapi abang aku ni banyak dok ngajar orang je sekarang. Wife dia pun tolong2 kat company tu.


Tetiba budak kecik ni interframe...hohoho....Kalau ajak amik gambar kemain menggelupur nak lari. Tapi bila time orang lain tu la dia sibuk nak lalu lalang kan.


Tengok...Terus masuk gitu je. Malas dah nak kejar :P


Yang ke 5 kakak aku, Kak Ji. Lawyer jugak ni. Dua2 kakak aku lawyer. Dulu aku dah siap berangan nak jadi lawyer jugak. So nanti boleh la bukak firm sesama ke apa kan. Tapi dorang beria tak kasi. Dorang cakap susah. Chettt...Kedekut tau. Sebab tu la aku tak jadi lawyer...hehe...Husband akak aku ni kerja as Network Engineer kat Maxis.


Yang ke 6 abang, Abang Ju. Yang ni pun aku dah tak sure dah kerja as apa sekarang. Emm IT director kot kat private company. Dia ada website sendiri pasal internet business kot. Rajin jugak la buat talk sana sini ajar orang camne nak buat duit thru internet. Wife dia suri rumah.

Dulu abang aku ni dah warning awal2 time nak masuk U. Jangan amik bidang IT. Susah la tough la. Tapi aku ni kan degil...hahaha....Pegi amik jugak. Memang agak menyesal la mula2 tu. 1st semester pun rasa nak tukar course dah. Tapi gigih jugak teruskan sampai habis. Tu pun cukup la sampai degree aje. Tak cukup tabah kot nak sambung study lagi T_T


Akhirnya sampai turn tuan tanah...huhu....Aku yang ke 7 ye. Beza 6 tahun ngan abang atas aku. Yang lain memasing beza setahun or 2 tahun je. Irfan as expected la memang liat sket nak bergambar ni. Sibuk buat aksi dia je.


Ehhh tuan tanah pun nak kena introduce ke. Kami laki bini kerja IT. Meor as System Admin. Aku as Automation Testing Analyst. Siap kasi full name position tu. Entah berapa kali tukar kerja macam2 nama position aku dapat. Padahal kerja lebih kurang sama aje :P


Gambar tuan tanah harus lebih ye kawan2 =)



Last but not least adik bujang aku ni ha. Insya-Allah bakal menamatkan zaman bujang dia hujung tahun ni. Should be the last kenduri kawen untuk family kitorang. Memasing dah excited dah ni ;) Adik aku ni keje as PTD under Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT). The one n only yang study sampai dapat Master. Bravo2! Macam2 bisnes dah dia buat. The latest bukak pusat tuisyen kat Mutiara Gombak. Buat e-book n publish buku sendiri pasal duit. Rajin dok bagi motivasi kat budak2 sekolah jugak.


Ni version ngan family masing2...Tepek je la walaupun posing tetap sama. Semua dok tegak je...huhuhu...Family Abang Long without Kak Long. Kesian abang aku ni. Beraya tanpa isteri. Lepas tu jugak dia siap2 pegi hospital tengok anak isteri kat sana.


Family Abang Ngah.


Family Kak Jah...


Family Abang Din yang photographer tu tak dapat dikesan. Maybe dia dah delete siap2 gambar dia siap2...huhu...Family Kak Ji...


Family Abang Ju...


Next family kecik kami =) Tangkap budak kecik2 ni siap2. Kalau tak merata tawaf 1 rumah. Toleh ke belakang kejap pun dia dah lari entah kat mana2.



Sampin ngan kopiah Irfan recycle je yang last year punya. Tu pun kopiah cam dah muat2 je. Nak beli yang baru pun pikir2 balik confirm kena campak je lepas tu. Laju je tangan dia nak cabut. Sebab nak amik gambar kita paksa jugak dia pakai...hahaha...


Irfan tak nak pandang kamera. Dah la ramai orang depan tu. So dia lagi minat nak tengok orang yang ramai2 tu. Ohhh...baju raya n tudung aku beli time lagi 2 hari nak raya. Last minute boleh pulak nak tukar2. Belek2 baju yang tempah jahit tu tengok2 lain pulak kalernya ngan baju Melayu Irfan n papa dia.

Dah tukar baju tudung pun automatik kena beli baru. Tak pasal2 pakai tudung bling2 pulak. Nasib beraya kat rumah family aku ;) Ingat lagi tudung raya last year buruk giler. Baru2 belajar nak beli tudung awning la katakan. Sekarang tudung tu dah jadi tudung basahan je kat rumah. Dok umah parent ni memang kalau keluar bilik je dah pakai tudung siap2. Standby je la sebab abang ipar pun dok kua masuk kan. Orang lain pun ada jugak datang kadang2 tu. So memang sampai lunyai la tudung tu aku kerjakan :D


Satu2nya gambar raya yang ada gambar kitorang bertiga...huhu...Selalu camtu. Malas2 je nak bergambar. Lepas tu bila nak update blog mula la tercari2 kenapa la tak ada lansung gambar time raya. Maybe sebab adik beradik aku bukan jenis gila bergambar kot. So cam segan pulak nak lebih2 :P


My adik bujang...


Gambar parent ngan adik beradik. Abaikan aku yang terselit kat tengah2 tu. Dorang dok gelakkan aku. Macam zaman dolu2 pulak rasanya. Rasa macam kembali ke zaman kanak2...haha...tetiba. Seriously dah berzaman tak ada family portrait camni. Sangat berzaman. Tapi next year camne pulak la kan. Kalau semua beraya side mertua siapa nak beraya kat Gombak...huhu...


Akhirnya berjaya habiskan update gambar raya ni. Tu pun baru Part 1 ye. Belum lagi Part 2 dan raya2 yang seterusnya....wuwuwu...Ni pun seminggu dok update sket2. Parah kan? Memang dah kena slow down berblogging sekarang ni T_T

6 comments:

asna cute said...

family cuna nk juga setting susun gmbr mcm nie. family asna xnk langsung huhu =( sedih~ (jelez la tgk meriah jer bila amik gmbr gini.. )

cuna said...

asna: tu pn sbb ada profesional photographer asna. kalo xsume pn mls...haha..next2 year asna suggestkn la awl2 kt family asna amik gambar ramai2 =)

dEe said...

penat mak ayah ko nk senyum nk tunggu turn sume org amik gmba ngn dorg kn. :)

cuna said...

dee: ha tu la psl. lenguh kot nk senyum lama2

fawwaznuha said...

wah..ramai adik beradik n berjaya semuanya..suka suka,sejuk perut mak cuna ada anak mcm ni kan..hebat2..

oh, de kenduri yer hjg thun ni, jempitlah saya hehe..gurau2 je..adik ipar pon de nk kawen hjg thun ni..

cuna said...

azy: alhamdulillah...kagum jgk ngan mak sendiri sbb sggp bersbr membesarkn n didik ktorg. ni baru jaga ank sorang dh mengah2. xtau la kalo ank ramai cmne pulak T_T

insya Allah blh je jemput. tp tggu green light dr adik je la sbb bajet dia kan ;)