24/08/2012 - Fri
Pepagi kami dah keluar pegi kedai amik gambar pasport untuk 3 beranak. Tu pun lepas sakan selongkar segala ceruk kat bilik tu cari gambar lama. Punya malas nak buat baru sebab yang lama pakai 2 keping yang lain dok simpan je. Ni dah balik jalan2 dan2 tu la nak jumpa balik gambarnya...haihhh...Selalu gitu. Time tak nak pakai la asik muncul kat depan mata T_T
Irfan yang tak reti dok diam tetiba sangat behave time nak amik gambar. Memang unbelievable...hahaha...Just dia tak ada la senyum. Yang penting pandang kamera.
Habis bergambar terus gerak ke Putrajaya. Al kisahnya mak cakap kalau pasport hilang nak kena pegi Imigresen Putrajaya jugak. Kitorang pun malas la nak try Imigresen yang dekat ngan rumah dulu sebab plan lepas tu nak beraya ke rumah abang2ku kat Bangi nun. So sekali harung je la nanti. Mak n ayah pun join sekali sebab kitorang tak tau jalan...huhu...
Sudah sampai. Ramai2 naik atas sekali silap tempat daaaa...Ini tempat untuk warga asing kot. Untuk orang sini buat tempat lain. Presint bape tah. Lupa suda. So pegi pulak imigresen lagi satu. Jauh pulak tu.
Dah lama tak letak Irfan kat depan sekali sebelah papa dia. Biasa letak dalam car seat je. Tapi sebab dekat je so ok la kot. Tapi tak sampai 5 minit pun terus nak usik sana sini. Jeles jugak tengok anak2 orang dok diam je kat atas riba mak2 dorang. Irfan memang tak dapat la. Memang banyak aktiviti. Siap meleding2 tak nak duduk T_T
Sampai sudah ke tempat yang dituju. Berlari berkejaran la kami ke sini pulak. Ehhh...Baju aku pakai tu 1st time beli online. Beli kat Whitesoot. Dah 6 helai blaus kot beli kat situ tapi baru sehelai je dah rasmi raya hari tu...hehe...Cam addicted pulak shopping kat situ. Baju cantek2. Just susah sket nak cari yang long sleeves.
Tempat dah betul tapi orang2 kat situ Masya Allah ramainya. Nombor pun dah habis ok. Time tu dah dekat pukul 12. So pulang ngan perasaan kuciwa. Memang lepas tu decide pegi imigresen ofis yang kat area rumah aje la.
Sempat lagi mama nak soh bergambar tu kan. Sebenarnya kalau pasport hilang buat kat cawangan imigresen mana2 pun tak apa. Just kes mak aku dulu cam lain sket. Memang kena ke Putrajaya jugak. Dah balik tu baru tau.
Macam panjang pulak cerita 6 Syawal. Split into 2 entry je la. Kalau nak cerita pasal cabaran buat pasport hari tu memang panjang berjela. Tu yang siap buat entry Akhirnyaaa...Berjayaaa! tu....huhu...
To make story short lepas tu pegi Wangsa Maju tapi boleh pulak terlupa isi borang kaji selidik yang dah amik beberapa hari before tu. Dah ler queue panjang giler sampai ke luar. Terus give up nak queue lagi sekali. Time tu jugak baru tau pasport dah nak expired lagi 2 hari.
Lepas2 tu pegi Imigresen Subang tapi dah pindah ke KJ pulak. Dah sampai KJ dapat buat pasport Irfan n papa dia. Tu pun boleh collect lepas 2 hari. Aku punya pasport sebab kes hilang nak kena sign ngan cop Suruhanjaya Sumpah pulak. Berlari2 pulak kitorang cari ofisnya. Dah sampai n dapat cop bayo 5 hengget. Berlari balik ke Imigresen KJ. Kena pulak pegi bahagian siasatan.
Tetiba orang tu cakap pasport aku dah nak expired esok. So baik datang buat esok je sebab kalau dah expired tak payah ikut prosedur pasport hilang!!! pftttttt!!!! Huwaaaaa...Nape la tak ada orang cakap awal2? Penat je ke hulu ke hilir cam orang gila T_T
Last2 pegi Imigresen Wangsa Maju bertapa 2 jam terus dapat pasport...haihhhh...Tak payah nak ada report polis, cop or borang kaji selidik bagai dah. Kalau la ku tahu awal2 betapa senangnya keje. Tapi dah lepas pun kan. So siapa2 yang hilang pasport pasni boleh la refer kat aku je sebab aku dah expert ngan prosedure dia yang macam2 tu...hahaha! Tengokkk...Dah make story short pun still long jugak ni ha...kekeke...
No comments:
Post a Comment