nuffnang

Thursday, September 27, 2012

15 Syawal - Beraya @ Rumah Lina

02/09/2012 - Sun

Kali ni betul2 last entry raya before entry cuti2 kitorang...hehe...Tapi lepas balik cuti2 tu ada lagi 1 open house. Macam biasa kalau rajin before kua rumah amik la gambar bertiga dulu :P


Recycle je la baju raya tu ye. Beli sorang 2 helai aje. Lepas tu rotate la banyak2 kali sampai dah tak lalu :P


Beraya ke rumah Lina kat Saujana Putra. Ini la tuan rumahnya. Sebab dah sedondon ngan Irfan kita paksa dia amik gambar ngan Irfan...hehe...


Irfan yang sibuk dok menghayati kecantikan tikar kat rumah Auntie Lina :))


Irfan ngan rakan sebaya, Qaed. Muda sebulan je Qaed ni dari Irfan. Tapi Irfan nampak macam terlebih besar di situ. Ingat nak soh dorang berdiri sebelah2. Sekali bila Irfan nampak mama dia nak amik gambar laju je dia duduk. Kira cam posing la tu. Asal amik gambar nak duduk T_T


Last2 Qaed pun duduk sekali...huhu...Cam berpakat pulak 2 orang budak ni tau ;)


Lina masak menu spesel. Sedap betul tapi dia tak habis2 claim tak sedap. Rendah diri la tewww ;) Ada mihun soto, nasi himpit kuah kacang, rendang ayam n tauhu sumbat. Tauhu sumbat Lina sangat cantekkk. Begitu kreatif sekali kawan ku ini. Jakun jap sebab tak pernah jumpa =)


Lama jugak bertapa kat rumah Lina. Nak tunggu si akak manis yang berbaju hijau, Kak An punya pasal...hehe...Lama tak jumpa kan. So alang2 tunggu je la sekali. Siap 2 round aku makan. Anak Lina dah siap tertido. Punya la penat. Dah besar dah anak dia.


Next week nya beraya ke rumah Kak An pulak kat Bandar Seri Putra. Jumpa lagi 2 orang kawan lama kat situ. Tapi memasing ngan anak kecik balik pun awal. Macam anak aku dah besar sangat kan...hehe...


Kami berempat yang suatu ketika dulu pernah 1 batch 1 course. Sangat rindu zaman2 study dulu ;)


Habis sudah sesi beraya before pegi cuti2. Memang ngam2 je. Update je yang lambat ;) Next week kena amik mood nak update kesah cuti2 kami pulak. Esok dah boleh kasi teaser cuti2 tu =)

p/s: Post lepas ni will be the 600th post. So rasa cam nak bagi something la kat reader yang bertuah. Just stay tune ok =)

4 comments:

pnsusu said...

seronokkan beraya jmp kwn time study dlu

dEe said...

mau mau!

cuna said...

pnsusu: aah mmg seronok. sbb jrg jumpa kn. skali skala jmp mmg byk la cite ;)

cuna said...

dee: rajin2 la jenguk blog aku nih dee ;)