25/08/2012 - Sat
Pepagi dah dapat jemputan jamuan hari raya kat Al Amin Food Corner. Owner kedai siap datang jemput kat rumah. Maka time lunch hour beramai2 la kami ke sana. Jalan kaki aje. 2 orang kakak aku n family masing2 pun datang dari rumah dorang. Memasing time ni malas nak masak sebab baru balik dari kampung. Kepenatan. So memang just nice la tetiba ada jamuan raya kan =)
Menu2 yang ada hari tu. Harus la amik Nasi Arab dulu. Memang main menu kat kedai tu. Kitorang pun dah beberapa kali jugak tapau makanan kat kedai ni. Memang sedap. Lepas tu baru la rasa nasi himpit lontong bagai.
1st round makan rasa nak tambah lagi je. Malu tapi mau. Tapi tengok2 semua tak nak tambah dah. Aku pun tak nak la over kan...hahaha...
Irfan makan kejap je lepas tu sibuk nak turun dari kerusi dia nak pegi main.
On the way jalan kaki nak balik rumah tu tetiba buat plan nak beraya ke rumah mak cik. Kami semua terus on aje la since semua dah siap elok je. Terus lompat masuk kereta akak aku. Merasa la naik kereta baru japs. Lepas tu mula la berangan nak beli kereta besar sikit kan...hahaha...Hutang kereta sekarang pun tak habis bayar lagi ada hati nak tambah hutang baru T_T
Macam tengok apa je. Padahal cerita kartun je kots :P
Sampai tu borak2 jap, makan, sambung borak lagi then selebihnya dok luar tengok Irfan main. Kat sini perut macam dah full. So makan sikit je. Padahal makanan semua marveles belaka.
Ini budak memang pantang nampak pintu terbukak. Mesti nak keluar. Kalau sempat aku pakaikan kasut. Tapi kalau kat rumah tu memang laju je dia keluar berkaki ayam...huhu...
Siap bercekak pinggang dah mama awak Irfan...hahaha...
Orang nak main kat luar dia pun nak join. Tapi lepas tu buat hal sendiri je.
Tengok gambar ni rasa cam dah besar rupanya Irfan Naufal ni. Irfan....Irfan nak adik tak? Kalau nak sila angkat tangan :P
Ni la gayanya bila dah sampai rumah. Memula tengah tengok Upin Ipin sambil duduk. Aku masuk bilik air jap keluar2 tengok dia dah tido. Satu keajaiban lagi. Biasa koman2 pun nak bagi dia tido nak kena baringkan dia dulu. Yang ni tak payah disuruh dia tido sendiri. Setahun sekali je nih tau. Tu pun sebab time2 raya.
Last2 kejut jugak budak kecik ni suruh bangun mandi. Dah siap mandi biar dia baring2 tengok2 dah tido balik...hahaha....Punya la penat melampau. Kalau hari2 camni kan senang ;)
Actually tak ada la beraya sampai lunyai mana pun. Yang penat lebih pun Irfan la sebab memang tak dok diam. Max beraya pun pegi 2 tempat je sehari. Duit raya Irfan pun tak ada la banyak sangat tahun ni sebab kitorang tak sakan sangat pegi beraya. Rasanya duit Irfan dapat time dia baru lahir lagi banyak kot. Lagipun aku cuba tak set nak pegi beraya sebab nak kumpul duit raya Irfan. Kang kena marah ngan Papa Irfan...hehehe...Tapi memang tak dinafikan memang best kumpul duit raya untuk anak kan ;)
2 comments:
irfan nak adik laaa...jom join aku...hehe
MissRhana: hahaha...tp irfan xagkt tgn pn :P
Post a Comment