nuffnang

Wednesday, August 29, 2012

Raya 2012

19/08/2012 - Sun

Baru hegeh2 nak update cerita raya ni. Gambar pun tak la banyak mana. Tu pun mostly memang cilok gambar dari kamera orang je. Kalau tak memang tak ada gambar raya la nampaknya T_T Tahun ni raya sangat best sebab complete adik beradik semua beraya setempat. Dah lebih 5 tahun kot mesti ada je yang hilang. Maklum la kena bergilir beraya rumah mertua jugak kan. Entah macam mana kebetulan tahun ni semua ada. Macam tak percaya. Nasib la aku dah beraya rumah mertua last year. Kalau tak nanges la dalam gambar aku sorang je yang tak ada...huhu....

Well, macam biasa raya2 of coz la budak2 yang paling meriah. Campur Irfan semua ada 21 orang ok. So bayangkan la macam mana suasananya 21 0rang budak dalam satu rumah. Memang gamat suasana :P


Da boys...Irfan buat aktiviti dia je. Pepandai la bawak diri ye Irfan. Time ni Mama ngan Papa Irfan sibuk bersilat kat dapur. Tawakal aje la biarkan Irfan sesorang. Biasanya Irfan memang nak kena monitor 24 jam. Lepa sikit dapat la cop mohor kat dahi tu T_T


Da gurlz...Sopan je girls kan. Santai2 kat buaian aje. Ni yang kat luar. Kat dalam ada lagi. Aku pun harapkan gambar je baru nak tau. Datang depan pun kejap2 tengok Irfan ok ke tak lepas tu lari ke dapur balik...huhhh...konon bz sangat la tu kans :P


Budak kecik yang tengah sibuk main.


Makanan di pagi raya. Ni je gambar yang ada. Memang tak sempat pun nak snap gambar makanan pape. Time orang tengah makan2 kat depan pun kitorang dok menyinsing lengan baju memasak kat dapur...hoho...Nasi tomato baru nak masak pagi tu. Kelam kabut la aku ngan lagi 2 orang lagi kakak aku. Meor pun turun padang. Redah je la masak2 dengan berbaju raya tu.

Mee hoon soto ngan rendang je yang dah ready. Tapi nasi tomato pun menu wajib jugak di pagi raya. Tu yang gigih jugak nak buat pagi tu. Ni pun rasa cam tak puas lagi makan. Ingat nak masak lagi sekali la weekend ni =)


Mana yang sampai dulu tu berjamu selera la dulu. Lepas sembahyang raya baru sorang2 sampai sebab memasing sembahyang raya kat masjid area rumah memasing. So dah nak dekat tengah hari baru la complete semua ada. Cam kitorang yang dah jadi penduduk tetap rumah ni tak boleh la tau nak duduk makan je kan. Lagipun kami ada 3 beradik perempuan aje. Tak tau la last year mak macam mana sebab 2 orang beraya side mertua. Mesti penat.



Suka tengok gambar ni walaupun blur. Kemain khusyuk kan kekadang tu kalau dah ada ipad. Eh ke galaxy tab. Tu je la harapan nak bagi dok diam kejap dari lari ke sana ke sini kan.




Cam terbiar pulak Irfan time ni...huhu...Sorry ye Irfan. Nasib Irfan pandai bawak diri ;)


Dah habis makan baca tahlil dan doa selamat. Then masa untuk bersalam raya.


Mr Cameraman in da house. Dah ada abang aku yang sorang ni memang harapkan kamera dia sorang je la. Otai wooo ni. Dok ngajar orang sana sini pakai kamera godang2 tu. Tapi aku kamera pun non ado T_T


See...kami pakai kamera henfon je ok. Dapat la gambar blur2 kekadang tu. Boleh la dari tak ada lansung kan ;)


Budak2 beratur nak salam raya dengan Atok ngan Mak Tok. Memasing excited nak dapat duit raya sebenarnya tu :D




Susun2 dulu ikut batch...huhu...Anak Abang Long harus la dok yang paling depan dan seterusnya...


Irfan nun dok jauh di belakang sana. Patut belakang Irfan ada lagi sorang. Irfan dapat cousin baru. Tapi dok ada kat hospital lagi. Baru je menjenguk dunia 2 hari sebelum raya.


Dah sampai turn Irfan.


Dah sampai kat Mak Tok dia terus nak dukung. Manja nih. Lepas ni tak boleh manja2 dah sebab ada baby girl lagi sorang. Kena jadi big boy.



Dah dapat duit raya dan2 tu jugak kan nak tengok duit raya memasing. Tengok sape banyak sape sikit. Kot ada yang termiss salam sesape...hahaha...Yang agak memalukan ada 2 sampul duit raya nak bagi parent aku terlepas kat bebudak ni. Berpeluh2 la tanya sorang2. Dah jumpa mintak balik n ganti ngan sampul lain...hehehe...Bebudak ni ingat aku kayo sangat ke nak kasi duit bebanyak. Siap dah gosip2 tuh dia dapat banyak :D


Next kami yang tua2 ni pulak nak bersalam raya.


Sila abaikan gambar yang blur tu. Aku pun tak tau ada orang amik gambar.


Light on...Masa untuk bergambar raya =)


Next entry...Gambar raya bersama family...


4 comments:

Laiciberry said...

Besar jgk family akak yer...comey sungguh irfan berbaju melayu...Selamat Hari Raya kak..jemputla beraya ke rumah...

cuna said...

Laiciberry: aah adik beradik ramai. side suami pn sama =)slmt hari raya utk eyta jgk. tq sudi jemput. ada rezeki blh la dtg nnt ;)

Laiciberry said...

ooo meriah meriah....riuh la rumah mak akk kan...

cuna said...

iye. sangat meriah =)