nuffnang

Thursday, August 9, 2012

Duit Raya

Dah nak raya dah minggu depan kan. Update blog pun dah makin slow down dah ni. Terkejar2 sebab kena buat kerja ofis sambil jaga Irfan kat rumah ni ha. Maid dah selamat balik beraya kat kampung. Kena bertahan lagi 5 minggu mengadap hidup yang hectic ni T_T

Apa2 pun aku dah tukar duit raya hokey. 2 minggu lepas kot tapi baru ni nak update. Awal ok tukar duit raya. Semangat nak beraya tahun ni. Raya kat Gombak! Hoyeahhh!...hehe...Cantik kan duit baru ni? Tengok sekali macam duit Saidina pulak :D

Kebetulan Meor tolong tukarkan. Bank kat bawah ofis tu je. Senang. Tu pun ni rasa cam nak kena tukar lagi. Tak cukup kot. Sampul duit raya pun dapat sepeket aje. Apa kes? Cam susah pulak nak dapat sampul tu sekarang ni. Dulu asal shopping je berpaket2 dapat. Korang tau tak kat mana lagi yang distribute sampul duit raya free lagi? Shopping kat Tesco ngan Giant memang tak dapat. Kalau tak ada kena beli sendiri jugak la nampaknya lepas ni.


Raya raya jugak. Zakat fitrah memang wajib bayar. Dah settle untuk kami 3 beranak =) Minggu lepas kot Meor bayarkan. Tapi kalau korang bz sangat bayar online pun bulihhh ;)


Rasa semua pun dah siap kot. Baju raya semua dah settle time kitorang pegi terjah Jalan TAR hari tu. Ehhh...lepas tu last week aku pegi lagi sekali berdua ngan my sis. Teman dia je. Dapat la rembat sehelai tudung. Orang Masya Allah ramai betul even sampai situ pukul 10 pagi. Nasib baik la time tu tak bawak Irfan.

So emmm apa lagi eh. Biskut raya ada beli sikit. Order pun ada tak dapat lagi. Nanti ingat nak la buat sejenis kalau sempat. Berangan je dulu :P Lebih2 standby untuk beli barang2 mentah nak masak raya nanti. Fuhhh...memang kena berjimat cermat nih. Tambah2 keje private ni mana la nak dapat bonus cam orang keje gomen. Gaji dah la masuk hujung bulan 8 cam biasa. Alhamdulillah dah settlekan apa yang patut awal2. Tak macam last year. Cam nak tak nak je raya :P

2 comments:

Nurul Husna said...

nnt buat la biskut famous amos cam thn2 lps. hehe. anyway slmat hari raya maaf zahir batin in advance :D

cuna said...

Nurul: baru je slmt buat wiken aritu nurul...hehe...bjaya jgk akhirnya. nurul cm tau2 je kn. slmt hari raya to u too nurul. maaf zahir batin =)