nuffnang

Friday, November 26, 2010

So Far, So Good

13/11/2010 - Sat

Ni cerita minggu lepas punya minggu lepas. Lepas balik dari Pureen sale tu cepat2 balik rumah. Kan aku cakap ada orang nak datang rumah petang tu. Dah la rumah sangat cantik. Kena la kemas2 bagi lagi sangat cantik....ahaks! Bukan setakat kemas. Memang kena clearkan terus barang2 kat depan tu.

Akhirnya orang yang ditunggu telah tiba. Actually tak tunggu sangat orang nya. Tunggu barang yang dia nak hantar kan je :P Haa...tu dia baru keluar dari plastik. Tu namanya 'ottoman'. Serius tak tipu...memang tu nama nya. Aku baru tau....hohoho...Mende tu macam sofa kecik yang boleh attach sekali ngan sofa.


Tadaaaa...meja TV baru. Yang lama dah campak tepi. Time dorang hantar barang ni aku tengah solat. Sekali bila tengok meja ni memang meroyan terus tengok2 dapat yang color putih. Sebab time order tu cakap hitam. Lagipun memang orang kedai tu cakap ada yang hitam je. Terus Myo call balik suruh orang tu hantar yang hitam jugak. Tapi kena tunggu hari Isnin T_T


Tapi tak sempat tunggu Isnin malam tu jugak orang tu hantar meja yang hitam tu. Seronot giler aku. Mana tak nya. Dah 2 minggu tunggu tau. Tetiba hantar meja lain. Disebabkan dah terlampau seronok maka tekak terasa nak makan pizza....hahaha....ada kena mengena ke???

Tak ada laaa....time tu dah malam...kerja aku dah la menimbun tak siap2 lagi. Lagipun dah lama nak try Extreme Cheesy Lava 6 tu. Orang lain dah lama try kot. So order delivery je lah. Order satu set sekali ngan stix bread ngan Honey BBQ Wings. Pada aku boleh laaa...Walaupun aku suka cheese tapi yang ni cam muak sikit. Sedap lagi Hawaiian Chicken ;) Muak2 pun habis sebab aku kan kena stay up sampai pepagi buta. Harus la lapar balik.


Tadaaaa....Ni la meja yang sebenarnya. Actually 2 minggu sebelum tu entah mimpi apa tetiba rasa nak baca paper. So mintak la Myo beli kan pape paper. Selak2 nampak ada kedai perabot ni tengah buat promo.

Aku tak pernah plan pun nak beli perabot or apa2 yang seangkatan dengan nya. Ingat bila dah pindah rumah kat atas tanah nanti baru nak beli. Senang sket nak mengangkut. Plan nak tunggu lepas deliver baru nak pindah. Tapi bila dah ternampak promo tu saja2 gatal nak pergi kedai tengok2.


Sekali aku dah jatuh cinta terus kat sofa tu bila dah tengok2. Sofa biasa je pun. Tak ada nak ukir2 or bunga-bungaan. Selama ni pun tengok TV dok kat meja makan tu je. Tak pun kat carpet....huhuhu...biasa la tu...kitorang before kawen pun masing2 dok ngan family. So bila dah kawen masing2 memang sehelai sepinggang je masuk rumah baru.

Beli barang pun kena la slow2 satu2. Terduduk la kalau semua nak beli semua serentak kan :P Awal2 dulu start ngan fridge, washing machine ngan TV. Lepas tu dah stop. Ni baru la nak beli sofa ngan meja TV. Nak sofa canggih manggih kena la tunggu a few years lagi kot. Pakai dulu yang ni sampai lunyai =)

Nape sofa aku color dark brown??? Of coz la sebab tak ada color biru :( Yang ada color ni, hitam ngan merah menyala. Kalau ada biru awal2 aku dah beli....


Kedai perabot yang aku pergi tu kat Subang 2. Cavenzi nama nya. On the way nak pergi Subang 2 tu banyak jugak la kedai perabot yang aku nampak. Tapi nak jugak pergi kedai tu...huhuhu...Tapi memang best la sofa tu. At least ada jugak tempat aku nak me'land'ing time pinggang rasa nak cramp tengah2 ngadap lappy tu. SOFA???Soooo goo0dddd!!! :D

p/s: Kelmarin akhirnya berjaya jugak pegi scan kat klinik. Dah tau jantina baby (^__^) Korang agak2 hero ke heroin??

10 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

berdikit-dikit... lama2 nanti penuh la rumah tu.

cuna said...

Cik Shu: huhuhu...tu la kan. ni pun tak blh beli mende2 besar dh. umah dah penuh ngn brg2 :P

Harim Hamdan said...

heroin! :D
bole la auntie harim sepit2 kan rambut dengan ketip2...hehehehe

cuna said...

waaaa...laju je auntie harim ni teka heroin yek :P nanti mama cuna announce kat next2 entry k ;)

dEe said...

kalau teka betul dapat adiah ke tak? ;)

familisihat said...

kita org pon x cdg nak beli perabot sgt cukup yg asas je coz setakat sewa je kan..dah de umah sdnri bru syok de perabot..
dah tau jantina? besnye...boy or girl?
6 bulan dh kn?

cuna said...

Fawwaznuha: tu la. ni cam luar dr plan dh ni.geram tgk ada promo :P
dah tau. tp cam xclear sgt. doc agak2 je. aah dh 6 bln =)

cuna said...

Dee: Hahaha tak ada adiah la dee. Tak mencabar sgt pun nak teka. Between 2 jwpn je pon :D

Ilyani said...

cantik lh sofa tu...bape harge eh?

baby boy kot...uhu

cuna said...

Yanie: Cantik ke?Simple je kot ;) Time tengok kat paper dia tulis harge die RM266. Smpai kedai rupanya kain die nipis je. Topup lagi RM200 baru dpt kain yg elok. So total RM466 =)

Yanie teka baby boy ye? hurmm...nnt sy post entry psl tu k ;)