nuffnang

Monday, November 29, 2010

Honeymoon: Japanese Tea House (Part 1)

09/06/2010 - Wed

Entry lapuk lagi basi 5 bulan yang lepas :P Sambungan entry honeymoon kat Bukit Tinggi hari tu.

Ni muka vangga dapat sampai ke tempat yang dituju. Pancit jugak la since dah lama tak exercise. Boleh tahan jugak tinggi bukitnya. Yang tak best nya bila dah sampai atas baru tau rupa2 nya boleh parking kat atas....wuwuwu...kitorang plak terlebih rajin jalan kaki. Actually ramai jugak pengikut2 lepas tu yang menapak macam kitorang :P


Nampak tak kereta biru bawah tu? Dari situ la kitorang menapak mendaki bukit. Kembang kempis idung tahan nafas.....fenatttt....
Kat Bukit Tinggi ni tak ada la banyak tempat sangat nak visit. So selagi boleh pergi la tempat yang mana ada tu. Semangat nih nak berjalan since perut dah penuh isi nasi lemak pagi tu ;) Pagi2 dah terjah Japanese Village ni.

Jalan sikit je nak amik gambar. Jumpa bunga pun nak amik gambar. Maklum laaa....time ni kan baru lepas kenduri kawen.....So macam terbawak2 plak pose sana sini bajet pengantin baru lagi :P


Singgah souvenir shop. Ada jual segala mak nenek barang Jepun. Agak2 tak lepas ke Jepun boleh je la beli kat sini ;) Cute2 jek souvenir kat situ....


Tengok2 je dulu sebab no idea lah nak beli apa...


Konobori ni macam menarik jugak. Boleh gantung2 nanti angin tiup dia kembung2 gitu kot. Tapi no idea jugak nak gantuk kat mana :P


So jalan2 lagi hala ke Japanese Tea House. Kiri kanan hutan saje. Syok jugak coz rasa sungguh aman damai. Lapang je kepala otak...


Sampai2 dah ada 1 family dalam rumah ni. Kat dalam tu memang tempat sewa kimono. Dari jauh lagi dah kena tegur ngan ada sorang mak cik ni. "Baru kawen ye?" Senang je orang nak detect. Mana tak nya inai penuh kat jari jemari tu. Time pergi Bukit Tinggi ni asal nampak young couple je kitorang wusha jari dulu. Kalau merah2 tu confirmmm baru kawen jugak cam kitorang....hiks....sibuk je kan. Ada la 4 or 5 couple gitu kot yang seangkatan time tu.

Masuk2 kat rumah tu je aunty kat situ bawak kat bilik belakang suruh pilih kimono mana yang aku berkenan. Selonggok kimono kat situ. Aku cari2 color biru tak ada jugak. Belasah je la color purple.

Terus aunty tu sarungkan. Pakai je terus 2 lapis. Ikat2 pinggang aku ngan tali macam tali kasut tu. Ditarik seketat-ketatnya. Dah la baru lepas makan. Senak jugak la perut time tu....



Lepas siap je terus aunty tu offer kan nak amik gambar. So kitorang duduk la sopan2 kan :P Kat belakang tu tempat minum teh. Kitorang bayar untuk pakai kimono je. Sorang RM25 kot. Lupa sudaa...Kalau nak buat upacara minum2 teh tu bayar lain pulak. Tak koser la aku. Balik minum teh kat rumah sudahhh...


Walaupun sungguh terseksa pakai kimono ni sebab ketat giler tapi aku suka betul ngan mende kat belakang ni. Cute kan. Terasa diri begitu cute tetiba disebabkan menda tu....hahahaha....


Lepas tu orang tu kasi masa dalam 30 min kat kitorang round2 area situ berposing ngan kimono tu. Maka bermula la sesi menghasilkan segala pose2 yang dipelajari selama ni.....lalalala....

Emmm...aku letak kat entry lain la gambar2 yang lain2 tu. Kesian kang korang baru lepas lunch dah loya2....hiksss....Sok sambung Part 2 =)

4 comments:

makdara TERdiva said...

aritu beli eskrem koneto kat c2 rm5.00 1 ketul..huhu!

cuna said...

makdara TERdiva: aah.tu la psl. ada jgk intai2 lepas penat jln2 time tu. trs cancelll beli eskem. rege sume cekik drh kat ats tu n_n

fatt said...

bila la nak sampai tmpt ni..asik tk jd je..teringin nk pakai kimono :)

cuna said...

fatt: kalo dok area kl, weekend pun blh singgah kejap. ni dh ujung thn blh la cuti2 mesia ;)