nuffnang

Thursday, November 18, 2010

Cerita Hari Raya Haji

Korang dah start kerja balik ke? Sure ada yang sambung cuti kan. Aku tak payah la nak berangan nak sambung2 cuti time2 genting gini. Cuti yang dah sedia ada pun still kena kerja. But semalam sempat la jugak berhari raya ala kadar.

Kan aku berjaga pagi raya tu sampai pukul 4 lebih. Maka harus la perut bagi signal suruh makan. Lapar weh. Memang hari2 pun macam tu. Dah dinner pukul 10 kang pukul 2 mula la cari mende nak makan. Kadang2 siap masak nasi n lauk baru sebab dah habiskan time dinner. So pagi tu tetiba jadi tekak orang putih. Dah pukul 2 pagi nak jugak masak spagetti. Campak2 apa yang ada je. Myo pun join makan. Orang main game pun lapar jugak tau :P Perut dah kenyang baru la boleh sambung balik buat kerja.


Pagi raya sembahyang kat masjid area rumah. Breakfast makan je spagetti balance masak pepagi buta tu. Siap2 lepas tu amik gambar dulu. Kali ni tak boleh lupa. Dah la time raya puasa hari tu boleh terlupa amik gambar berdua. Amik gambar sekali...ok fine...tudung aku kemek angin tiup....one more time pls :P


Kali ni pakai baju kurung memang obvious betul perut ku itu. Last pakai baju kurung time kenduri cousin Myo tu pun tak nampak sangat. Kain baju kurung still boleh pakai. Tapi bila pakai tu memang senteng dah macam nak pergi turun bendang dah :D Jalan pun tak payah cakap. Tak kuasa dah nak sopan2 jalan kaki rapat2....hahaha....Oh raya ni tak ada baju baru pun. Tak sempat kot nak pikir pasal baju. So recycle je la mana yang ada. Baju ni tempah before kawen. Konon nak pakai time bertandang. Last2 aku pegi pakai time kenduri jugak coz sesak nafas pakai baju kawen n korset tu.


Lepas amik gambar memecut ke Kota Damansara pergi rumah mak cik Myo. Family in law berkumpul kat sana. Sampai2 terus makan. Aku sempat makan nasi himpit ngan kuah kacang beberapa ketul je. Lepas tu perut terasa cam over mengembang :P Dah abis makan pun tak kan la nak cabut terus kan. Dah la dah lama tak balik umah mertua disebabkan ke'bz'an yang terlampau. Maka harus la duduk borak2 dulu. Kejap2 mata terlelap. Ngantuk yang tak dapat dibendung lagi. Ada ke patut pegi beraya umah orang boleh terlelap??? huhuhu....

Habis je beraya kat situ memecut plak ke Gombak...umah family aku. Tak semua ada. Yang ada pun memang dari pagi dah datang. Datang makan2+borak2 jugak lepas tu balik. Semua stok express rakyat je. Tu pun sampai rumah dah petang. Harus pengsan kejap sebab terlampau penat+ngantuk.

Dah lama tak camwhoring sorang2 camni since handphone dah mengong. Sekarang boleh beraksi semula sebab dah beli memory card baru.....muahahaha....

Tadaaaa.....ini adalah perut raya =) 23 weeks already! Muka tu macam muka bangga je kan. Tapi aku bangga jugak la dengan diri sendiri sebab berjaya menaikkan jarum kat penimbang tu. Kalau tak preggy jangan mimpi la kan. Sama ada maintain or makin turun ada la. Malas nak bagitau korang berapa berat aku kan. Kang mesti korang cakap "Elehhhh....naik sikit pun nak kecohhh!"....hohoho....Harus kecoh la kan walaupun aku hanya menumpang berat baby. Ok la kan...baby pun tumpang perut aku nih.....kekeke....merepek sudahhh

Whatever it is....pada aku ni la salah satu nikmat preggy sebab akhirnya merasa jugak la mencapai berat yang tak pernah tercapai selama ni. Bosan jugak orang asik cakap nape la kurus sangat. Padahal hari2 aku dok gigih menjamu selera :P Sorang dua tegur maintain lagi. Ni dah hampir semua orang nak cakap mende yang sama makan dalam jugak la kekadang T_T

Banyak plak nak menceceh kali ni. Lepas dah bangun tido sempat la kemas2 rumah sikit. Agak2 baru nak bukak lappy nak buat kerja tetiba rasa nak pergi Tesco. Padahal nak cari 1 barang je2. Lepas tu berjangkit beli mende2 lain. Borong air juice sampai 4 kotak. Since preggy ni tu la yang aku nak sangat. Air kosong tu nak telan memang bercinta. Nak makan vitamin b complex ngan asid folik tu pun minum air2 cukup2 je nak telan ubat.


Habis beli barang terus balik. Tak menyinggah mana2 dah. Sambung buat kerja sampai pagi lagi :(

10 comments:

aneesa ♥ said...

salam Aidiladha dan semoga selamat melahirkan anak (^-^)

PuRpLe LaDY said...

sonok tgk kegembiraan ibu2 mengandung ni.. sy doakan akan dpt bby comel dan sihat.. semoaga akak dan keluarga sentiasa mendapat rahmat dr Allah.. amin

Nurul Husna said...

rinduuu nye! sonok dgr cite org preggy! hihihi :D

cuna said...

aneesa: amin...hopefully sume akn berjln ngan lancar :) slmt hari raya...thx for dropping by =)

cuna said...

Purple Lady: Mesti la hepi tambah2 nak dpt 1st baby ;) time kasih coz mendoakan kami =)

cuna said...

Nurul: Nurullllll!!!lamanya tak dgr cite. ke mana kah nurul menghilang??? xupdate blog pun...online pun x...call pun xdpt :(

The Me said...

gigih tu masak di awal pg :)
best gak tu beraya di kala kebzan melanda.. ahaks!

fawwaznuha said...

cuna pon kurus jugak eh? sama la kita..makan byk pon x naik2...lusa nk g checkup harap2 berat naik huhu..besnye da gmbar raya

cuna said...

The Me: nak buat camne kan. dah kebulur. nak kena isi tank dulu baru keje blh jln :P eh akak punya raya lagi best hape. siap dr banting ke gombak tu....lg hebat sbb sempat run a few tcs ;)

cuna said...

Fawwaznuha: aah. dh mmg genetik kot. family pun kurus2 aje. dh preggy ni je yg sng sket nk naik :) nape tak amik gambar raya aritu? kali ni amik pn sbb lupe amik time raya puasa hari tu...bls dendam blk :P