nuffnang

Saturday, November 20, 2010

Borong Baby Stuffs @ Pureen Clearance Stock

12/11/2010 - Sat

Ni cerita Sabtu lepas. Plan nak kua pagi2 tapi malam sebelumnya pun dah tido pukul 5 pagi. So lambat la sikit gerak. Lepas breakfast mi goreng, dekat 11 lebih baru kua rumah. Mission kali ni nak pergi Pureen Clearance Stock kat PJ. Tau pasal sale ni pun time baca blog Yanie. Baru la nak sedar diri yang aku ni tak beli satu habuk pun lagi barang baby.

Minggu sebelumnya ada MyDear warehouse sale. Tapi kena buat2 tak tau sebab kerja adalah bertimbun kena siapkan. But sale kali ni memang tiada maaf bagi mu. Banyak kerja pun redah jugak. Kua pun dah nak tengah hari, maka jem pun memang teruk. Lalu pulak kat SS2. Memang la cari pasal. Jenuh bertapa jugak la dalam kereta tu. Nasib bukan aku yang drive. So boleh la ber'camwhore' dengan jaya nya :D


Sampai2 of coz la orang dah ramai giler. Tapi tahap keramaian tu still tak boleh kalahkan orang kat pasar malam. Lagipun masing2 pandai jaga perut masing2. Tak payah aku nak risau sangat kot2 orang tersiku perut aku...hiks!


Lepas2 tu aku dah jadi rambang mata sampai tak sempat dah nak snap gambar. Semua main campak je dalam shopping bag tu macam semuanya free.....hihihi....excited sungguh aku part2 shopping2 nih. Semua mende nampak comel.

Last2 terpaksa amik shopping bag lagi satu sebab nak tapis balik mana yang tak berapa penting sebab rasa macam terover sudah.


Dengan sayunya aku terpaksa reject beberapa barang yang rasa2nya tak payah beli lagi or tak payah beli lansung. Setelah ditapis2 kena reject botol nih....Aku suka sangat sebab botol tu color biru. Memang pantang betul nampak mende2 biru ni. Terus nampak cantik. Tapi nanti baby bukan nak pakai botol terus pun. Nanti2 boleh beli lagi. Ok fine...


Botol ni plak terlalu comel. Gerammm....walaupun bukan color biru tapi kartun tu sudah cukup cute :P Kena reject jugak :(


Baju ni???Holoholoholohhhh comeynyaaa.....tak tahan. Boleh plak tangan aku gatal nak campak masuk dalam beg. Padahal bukannya tau lagi pun baby aku dalam perut ni boy ke girl. Nape tak pergi scan2 lagi? Jawapannya ialah kerana aku adalah superrrr duperrr bz. Memang la mengharap dapat baby boy. Tapi bila tengok baju2 girl nih memang rasa nak amik sume ;) Tak sabar plak nak pergi scan. Kalau girl harus la aku menggila pergi shopping baju girl lepas nih...So, baju ni pun kena reject :(


Baju ni pun samaaaaa.....Cute nyerrrr lahai. Kalau baby aku yang pakai mau nya aku cubit2. Tapi kalau kua baby boy buang tebiat hape nak pakai kan baju gini....wuwuwu....so reject jugak...Yang lain2 adalah jugak kena reject jugak tapi malas dah nak snap gambar. Baju aku rembat pun sampai 10 pasang. Tapis2 tinggal 4.


Balik tu penuh tangan kiri kanan bawak beg plastik yg penuh ngan barang2. Tangan Myo la penuh kan. Aku bawak 1 plastik je....tu pun yang paling ringan :P Balik2 dah dekat pukul 3. Perut pun dah nyanyi2. Dah pukul 3 baru nak lunch. Kitorang singgah kat JJ OU sebab nak redeem voucher kat situ. Lepas tu terus tuju ke food court.




Myo makan beef teppanyaki. Aku tak reti makan mende2 gini.


Aku makan ikan pari bakar. Memang fevret aku kalau makan kat food court ni. Sebab dulu keje kat building sebelah OU je. So hari2 lunch datang makan kat food court JJ. 1 set RM 7.90. Sedapppp...


Sebab sedap kasi close up sikit :P Abis je makan terus balik sebab nak kemas2 rumah yang tak berapa nak kemas tu. Tu pun sebab ada orang nak datang hantar something. Mau nya terlopong orang tu tengok umah ku yang cantik itu :D Siapa yang datang???Haaaa nanti entry lain aku cerita yek


Ni la hasil yang di'redeem'. Amik voucher birthday Myo yang ketebalannya dah berkurang separuh dari last year. Kemut tau. Pastu redeem gift voucher dapat RM70. Banyak tu RM70. Lepas beli kasut sepasang. Huiiii....lamanya la tak beli kasut. Bulan 8 ke 9 hari tu terlambat redeem sebab time tu aku asik sakit2. Burn gitu aje voucher. Tak tau la bape ringgit. Rugi2. Tu yang kali ni gigih jugak singgah JJ. Alang2 datang amik magazine free Pearl ni sekali.


Dan ni la satu2 nya reason nape aku lambat bebenor publish entry ni. Dah angkut barang dalam rumah lansung tak ada masa nak keluarkan balik amik gambar. Simpan diam2 dalam stor. Dah bawak keluar semua baru boleh nak susun2 amik gambar.

Beli baby powder (dapat free baby bath), berus cuci botol, set baju ngan toileteries travel set (yang ada baby powder, lotion, baby bath n shampoo). Dah terbau2 baby ni. Tak sabar pulak rasanya nak jumpa baby :)


Lagi beli baby wipes. Sekali untuk aku jugak sebab aku memang pakai yang ni untuk remove makeup :P Beli changing mat, cot sheet (beli je walaupun aku tak ada baby cot lagi), sikat n diaper bag yang ada botol susu sekali 2 botol.


Lagi stokin, sarung bantal (tapi bantal n tilam tak beli lagi pun...tak jumpa yang sesuai), barut, nursing pad ngan baby carrier (special for Myo so that senang dia nak dukung baby nanti :P)

Towel, hooded blanket, baby head to toe wash, nursing pad lagi ngn stretch mark lotion (entah aku rajin pakai ke tak nanti)


Ni baju 4 pasang lepas ditapis2. Tengok la....kalau boleh semua nak biru. Boy ke girl ke tak kira. Memang aku nak pakaikan biru jugak. Memang gila kuasa betul....hahaha...amik la satu pasang color orange kasi chance kan ;)


Beli diapers 2 pek. Tak berani la aku nak beli banyak2. Ni main try n error je. Kata 1st time memborong barang baby kan. Kalau beli barang aku pandai la jugak nak adjust2.

Tu je la antara barang2 yang diborong. Kang tak cukup beli je la kat kedai mana2. Tu ha resitnya. Boleh tahan la panjang nya. Agak nak pitam jugak tengok. Tu yang blur je gambar kat bawah ni. Gigil2 je nak amik gambar....kekeke....


So sila la berangan dulu kalau nak tukar handphone baru tu. Pakai je la yang buruk ni ha. Tu yang pergi beli memory card baru tu. Sebab lepas dah campur tolak semua memang boleh terduduk. Tu belum kira duit yang mengalir beli menda yang orang datang hantar ke rumah tu :P

10 comments:

Sophia Rani said...

wahhh.. seronoknya pergi cari barang baby... :)

fawwaznuha said...

wah..dah memborong sakan nampak..besnye dia..bajet byk xpela boleh gitu..huhu..ntah bile daapt bershopping brg baby..bila sales lg ye

cuna said...

Sophia: Sonok jgk. 1st time plak tu. so excited tu terlebih :P

Cik Shu said...

wah... bestnyer dah beli barang baby. shu pun tak sabar2 nak beli.Kalau tau mana2 warehouse sale, war2 kan lah kat sini.

cuna said...

Fawwaznuha: nk borong cmtu kalo ada sale blh la jgk. kalo xde sale tu pikir byk kali jgk :P bajet pun xde la byk mane.tp since dh tau preggy aritu dh start saving utk baby. so adala sket :)xtau bila lg ade sale. kalo ada lg nnt sy roger2ok ;)

cuna said...

Cik Shu: tu pun tak complete sume lg. nanti confirm ade lg sale. kalo i tau i roger2 ok ;)

makdara TERdiva said...

dulu2 slalu dpt brg2 free pureen ni sbb sister in law keje kat situ..hehe!

cuna said...

makdara TERdiva: skrg sis in law akak tu dh xkeje situ ke?Kalo keje lg blh la hulur2 kat sini sket:P ahaks!

.:Mrs. Engineer:. said...

byk gk tu shopping kt pureen warehouse... :)

cuna said...

Yanie: Boleh la thn. tu pun terlepas mydear punyer sale. byk lg xde ni