Macam biasa lambat nak update. Sesiapa yang tak biasa lagi tu, sila la biasa2 kan diri :D Ni cerita Ahad lepas lepas balik dari Tesco. Sampai2 rumah sambung buat kerja lepas tu makan kek birthday boy. Beli 2 slice Choc Indulgence je. Bulan ni tak boleh spend banyak sangat. Duit dah dan akan mengalir ke lain....huhuhu....Candle pun tak ada kat rumah. Last2 pakai scented candle Ikea yang beli hari tu je :P 2 candles cukuppp. Amik nombor depan. Kang dah tukar 3 kita pakai 3 candles plak....lalala
Ohh kitorang makan kat lantai je coz meja makan dah tak macam meja makan....hahaha....Tunggu kerja settle baru boleh pikir nak kemas2 apa yang patut.
Lepas nyanyi2 sket, tiup lilin....makan kek. Tu pun abiskan satu slice je sebab lepas tu pegi sambung buat kerja. Kesian besday boy agak terabai. Macam mana la Kak Ezah (team lead aku) manage family dia. Husband plus anak2 lagi. Aku pun ada anak but still dalam perut. Lain cerita. Tapi kesian jugak la kan kat baby. Aku berlapar dia pun lapar. Dulu kalau nak lapar...lapar jela sorang2. Ni kena pikir untuk 2 orang. Dah bz sangat kadang2 tu makan pun dah tak tentu masa. Weekend ni pun kena kerja lagi tau :( Sungguh tragis. Dah 2 minggu kot tido pukul 4 5 pagi. Tak tahan woooo...
Time beli barang kat Tesco ternampak sushi. So rembat la sket. Tak pernah beli kat situ pun. Biasa beli kat JJ. Dulu before preggy seminggu tak makan sushi macam tak sah. Biasa 2 or 3 kali seminggu jugak makan mende ni. Tapi sekarang tak boleh sangat. Kat magazine tulis tak boleh makan makanan mentah macam steak, sushi, char kuey teow, steamboat. Sushi yang aku suka pun yang isi ketam+coleslaw, tuna+mayo, timun, ketam. Balik2 ulang yang tu je :P Isi pelik2 tak layan. Tapi sushi kat Tesco ni still tak boleh kalah kan yang kat JJ punya :)
Well, this weekend still not mine. Bukan la masa yang sesuai untuk bersantai2. Tapi hari Jumaat hari tu sempat lagi pergi pasar malam. Konon nak cari ketenangan. Tenang la sangat kan kat pasar tu...hahaha...Time sekarang ni rasa tenang la kot kalau dapat keluar. Sebab kalau dok kat umah tu, asal nampak laptop je berserabut kepala pikir kerja tak siap T_T
6 comments:
cuna, tunjuk ar ckit gmbr peyot skrg ni, hehehhe =P
sedapnye makan sushi. Tak berani la nak makan sushi tengah preggy ni. kalau makan sushi semuanya nak makan. Lebih2 lagi salmon.
Ayna: Hari tu i dah letak gambar latest. Almost 5 mths. Skrg 5mths++. Tak banyak beza pun ;) ke u termiss entry ni?
http://cuna2002.blogspot.com/2010/10/nak-scan-ke-tak-nak.html
Cik Shu: Tak tahan la cik shu. Dulu awal2 preggy try gak bertahan. Sejak dua menjak ni cam geram je :P Tu pun tak boleh beli banyak2 T_T
tak pernah merasa sushi tesco..
cam seriau nk try..
yg jusco suka jugak..
tp dpt sushi king or sakae sushi manyak syok wor :P
The Me: tu pun 1st time sy try. xsdp lnsg. xmo beli dh.penah try kat sushi king skali. tp since dengar org ckp cam xhalal so dh xbrani. sakae sushi mmg xpnh try lg
Post a Comment