nuffnang

Thursday, November 25, 2010

What A Blissful Weekend

20/11/1010 - Sat

Cerita Sabtu lepas. At last bebas dari bebanan kerja yang membelenggu hidupku selama 2 minggu....Memang no life at all. Tak pernah kerja segigih tu. Plus preggy lagi. Tenaga pun tak banyak macam orang lain. Stress tak payah cakap la. Memang akan datang dengan sendirinya time2 macam tu. But now.....I'm FREE!!! Hoyeahhhh.....Jumaat malam tu berjaya habiskan saki baki kerja yang terakhir.

So Sabtu pagi tu excited je siap2 nak kua jalan2. Kua jalan2 tanpa sebarang gangguan. Maka bermula lah aktiviti camwhoring aku....ahaks!....korang sabar je la baca entry kali ni ye. Penuh dengan muka aku yang terlebih happy tu :D


Sampai kan ada orang jeles time aku tengah sakan ber'camwhoring' :P


Entah la kenapa tapi excited nak jalan2 tu lain macam sikit. Nikmat tu lebih maybe sebab hari2 kerja macam robot. Nak bangun pergi mana2 pun kena pikir banyak kali. Kalau boleh nak angkut lappy hulu hilir.

Muka kitorang lagi. Kan aku dah cakap. Korang bertahan je la ye ;) Ni la 1st time dating betul2 lepas kawen nih. Kalau tak, keluar mesti dah aim nak pergi mana beli barang apa lepas tu terus cabut balik. Tak ada nak belek2 barang or rewang2 dah.


Tapi sekarang aku jalan sikit pun dah mengah. So sikit2 nak duduk bila nampak ada kerusi kosong. Bila dah duduk tu paham2 aje laa :)


Belum apa2 aku dah lapar. Padahal dah breakfast kat rumah. Harus cari KFC sebab aku macam teringin sangat nak makan tapi asik tak ada masa nak pergi cari. So time ni la nak balas dendam. Try Mega Mix Crunch yang baru tu. Nasib baik rasa hot n spicy tu tak tercemar sangat. Kira ok la lagi kalo nak dibandingkan dengan rasa tom yam or kari. Terus boleh hilang selera.....


Lepas makan round2 kejap kat JJ....window shopping...Dulu rajin la belek2 kasut. Sekarang dah preggy terpaksa la lupakan hasrat tu. Pakai je sandal flat ni sampai lunyai. Kang kalau terjumpa high heels cantik mau meroyan jugak nak beli. So baik jalan jauh2 sikit :P Lepas jalan2 kat JJ singgah kat L'occitane. Dah wusha produk ni since last year kot. Eh ke early this year. Tapi selalu baca kat magazine ngan review kat blog orang saje.


Tak berani ohhh nak jejak kaki kat outlet camni. Tau2 je la kan. Sekali masuk semua SA nak serbu. Tak sempat nak pikir pun nak beli apa lagi. Confirm kena ngekor sana sini. So kalau aku nak masuk kedai2 yang SA nya begitu produktif camtu harus la plan nak beli apa before masuk kedai tu ;)


And yessss....aku memang dah plan dari rumah lagi. Nak beli 1 set skincare. Dorang tengah buat promo sekarang ni. Biasa la nak Christmas ngan hujung tahun camni. Semua nak buat holiday set la, gift set la. Aku pun tumpang la sekaki. Plus boleh pakai voucher yang dapat time beli Cleo hari tu. Dapat la less RM10 dari harga promo tu.

Time nak bayar SA kat kaunter tu sibuk dok promote diary dorang plak. Macam untuk charity. Aku tak pakai kot diari2 ni. Time kerja pun conteng je note pad aku. Lagi best. Tapi Myo beli sebab memang dari hari tu nak cari organizer 2011.

Then jalan2 lagi....cari tempat duduk....amik gambar lagi....hahaha


Nampak singa ni berlegar2 kat entrance tu heret jap maskot tu amik gambar. Aku suruh singa tu je masuk amik gambar. Tapi perempuan sebelah tu nak jugak menyendeng. Lagi sebelah aku dah tak pedulik. Memang aku malas nak masukkan sekali dah....hahaha.... Hamboi korang....sila jangan perasan ok. Laki aku nak amik gambar ngan singa tu jek....lalalala


Lepas tu jalan2 lagi dan singgah makan aiskrim yang setahun sekali aku makan....Baskin Robbins sebab boleh pakai voucher birthday JJ tu :P Less RM3 je pun. So dapat la RM13. Tapi yang penting ada less....Eh 2 kali kot tahun ni sebab lagi sekali makan hari Rabu sebab ada Pink Day tu ;)


Jalan2 JJ lagi singgah kaunter Laneige. Ni lagi satu produk yang dah lama aku aim. Semua la nak aim kan. Tengokkk....banyak set jugak. Semua tengah promo. Macam mana la aku tak geram. Lagi pun time stress2 keje aku dah set awal2 nak beli something yang dah lama aku nak lepas semua kerja dah settle. Baru la ada motivation nak teruskan buat kerja walaupun kadang2 rasa nak jerit2 kat jiran sebelah cakap aku tengah stress.....hohoho


Dan of coz la kena singgah antara tempat wajib lepas dah jalan kat segala tempat baju,kasut, mekap, skincare. Ye adik2....mari kita jalan2 tengok robot. Nak jugak tengok robot kat kedai. Padahal robot kat rumah dah ada terpacak ni ha. Paham2 aje la. Kan 2 minggu jugak aku jadi robot kat depan lappy tu :P


Bila sampai tempat robot je mula la aku nak mual2 rasa nak pitam kan. Bagi menghilangkan segala rasa2 yang pelik tu mari la amik gambar sendiri. Banyak muka aku terbentang dalam handphone tu. Kang upload korang pulak pitam nak tengok.


So sambil tu kacau2 orang yang tengah belek2 robot suruh amik gambar. Dari depan nampak biasa je. Dari tepi malas lah nak cakap kan. So far baju yang ada boleh lagi disarung walaupun ada yang dah macam sarung nangka. Kemeja memang dah out dari saiz S sampai la L.
Blaus semua lulus sebab blaus aku banyak yang kembang2 macam maternity wear. Memang sekarang ni pun fesyen gitu kan. So selamat di situ. Seluar dah lama pencen pakai slack or jeans. 2 bulan lebih dah start pakai seluar maternity sebab nurse dah sound time buat antenatal checkup.

Baaaaaa....tekezut tak tengok muka ku yang bowlat ni. Still kat tempat robot ye adik2. Mula2 robot JJ. Lepas tu robot Parkson plak. Robot yang ramai2 kat rumah atas meja n dalam kotak tu pun tak tau apa dorang buat. Kot boleh tolong kemas2 rumah, lap lantai, memasak ke syok la jugak kan. Ni beli ratus2 buat display je....huhuhu

Dah lama rasanya tak buat entry pasal mekap....Korang yang follow cerita aku dari dulu tau la kot kan. Since kawen dah stop terus. Padahal ada je aku beli mekap lagi. Just tak cerita kat blog. Tapi dah tak menggila macam dulu daaa ;) So kali ni aku nak kasi Face of The Day (FOTD) walaupun aku mekap ikut sedap hati je.


Dan aku adalah rajin nak snap gambar apa yang aku pakai time kua hari tu.

Toner+moisturizer = RMK Skintuner
Sun block = Syahirah (mak aku beli tapi tak ada sesape nak pakai....so aku tolong pakai kan ;))
Foundation = RMK (freebies yang aku redeem time beli Female mag)
Blusher = Stila Pon Pon Gerbera (yang dah nak abis.....sayangnyeee...)
Eye shadow = Stila Book Palette ( yang dah hancur2 sebab dah pernah jatuh berderai)
Mascara = Clinique Power Lash Mascara (freebie yang aku redeem thru website Clinique)
Lipstick = Rimmel London in Kiss
Lip gloss = Stila Lip Glaze in Watermelon (nyum2...rasa nak makan)

Dah abis. Lama dah tak pakai mekap kot. Asik work from home je. Jalan2 pun tak. So simpan je mekap diam2. Ni kalau aku tunjuk korang collection mekap aku confirm korang geleng2 kepala T_T Buat blog giveaway ok jugak ni. Tapi kena la tunggu birthday i kan....hikhikhik....Sabo je la ye....bulan 2 pun dah tak lama ;)


Dah lalu JJ aku nak jugak cari sushi. Tak boleh tahan. Pakai birthday voucher lagi. Dapat 5% less. Best2 dapat makan sushi lagi. Cukup hepi =) Onigiri tu Myo punya. Aku tak makan. Dalam tu ada belut.....time preggy ni lagi la bahaya kalau makan.


Tadaaaaa....ni la hasil rembatan Laneige ngan L'occitane ku. Tunjuk paper bag je aci tak? Korang bukan nak tau sangat isi dalam dia kan?kan?kan? So biar aku simpan semua dalam tu diam2 (^_^)


Terlebih panjang pulak entry kali ni. Well, hari ni aku dah start cuti tergempar aku. Cuti last minute. Tak sempat plan betul2 main cuti je. Start hari ni sampai la Jumaat depan. Habiskan seminggu cuti jalan2 sensorang dalam rumah sendiri.....huwaaaa....bosan2....nak cuti2 Malaysia T_T

2 comments:

Harim Hamdan said...

ala nk tengok dlm dia..dua dua pun nak tengok :D

cuna said...

Harim: hahaha...u je kot yg nk tgk. ok2 nnt i buat special entry reveal ape ade dlm beg tu ok. specially 4 u beb ;)