nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

Weekend Yang Hilang

Weekend hari tu lansung tak terasa macam weekend. Hari2 tido 5 6 pagi. Tau2 dah masuk hari keje. Penatnya lahai. Lunyai dah rasa. Rumah pun dah serupa kapal karam. Buat2 tak nampak je.

Celebrate birthday kat Chop n Steak Kg. Baru...
Since Jumaat hari tu besday Myo maka malam tu pergi la celebrate ala kadar. Makan2 kat Kg Baru kat Chop n Steak....alaaa...yang kedai kapal tu. Umah macam kapal karam pastu makan kat kedai kapal. Elok sangat la tu kan :P Aku order chicken chop n Myo order beef black pepper steak. Kat situ pun makan laju2. Kepala dok ingat keje yang tak siap lagi. Mood adalah spoil sebab tunggu makanan lama giler. Biasa la weekend orang ramai. So kesimpulannya aku adalah perosak malam yang sepatutnya indah tu....huhuhu.

Rasa macam nak tukar handphone baru....
So memang tak ada gambar lansung malam tu. Dengan handphone yang dah tak boleh amik gambar dah...agak malas nak bawak kamera. Tetiba rasa macam nak tukar je handphone buruk yang dah dekat 3 tahun aku pakai ni. Handphone apa ek yang best? Nak yang bawah 1k la kot tapi best. Ada ke??

Shopping barang dapur kat Tesco...
Huhhh...tetiba rasa nak bebel banyak plak. Since Jumaat malam tu nak rush balik...maka tak sempat la nak singgah beli kek. So Ahad tu kitorang kua lagi. Pergi Tesco. Tu pun tujuh lapan kali jugak pikir nak kua ke tak sebab keje still lagi menimbun. Last2 kua jugak since barang dapur dah tak ada. Dok tangguh2 sampai seminggu tak beli2.

1st time makan kat Jom Bali...
Before shopping barang dapur plan nak makan kat Santai. Boleh plak time2 gitu full house. Terpaksa la pegi Jom Bali. 1st time dtg situ so memang tak ada idea nak makan apa. Last2 share je makan sepinggan ngan Myo makan nasi goreng kampung. Dee, aku nampak air yang i'm pretty, u r handsome tu tapi tak try pun....huhuh. Lepas shopping laju2, beli kek...terus cabut balik.

Nak mengadu pasal kerja....
Memang horror betul keje sejak dua menjak ni. Sampai tak cukup tangan. Kalau kaki ni boleh pakai pun aku pakai kot buat keje. Straight seminggu ok tak cukup tido. Ni kalau dapat OT confirm kaya...huhuhu...jangan mimpi la kan coz dari start keje dulu sampai sekarang tak pernah nya ada OT dalam kamus hidup aku. Time praktikal ada la. OT lagi banyak dari gaji :D

Bos yang sangat kejam....
Dapat replacement leave pun 3 ari aje for weekend. Padahal hari2 pun keje macam robot dari pagi sampai ke pagi. Dah macam burung hantu. Lepas tu projek ni tak settle dah kena join projek lain. Hoittt giler ke hape semua orang ni??? Aku dah sesak nafas buat kerja sampai lembik pun orang tak peduli. Suka2 je nak suruh buat semua mende.

Huhhh...lega dah abis lepas geram. Boleh sambung buat keje balik. Kalau nak cerita pasal kerja...3 hari 3 malam pun tak kan habis. Dah2...habis dah sesi melepas geram. Lepas ni boleh buat entry hepi plak :)

p/s: Saje buat sub title sebab entry aku kali ni panjang berjela. Dah la tak ada gambar kan. Ada ke orang nak baca. Buat pedih mata je T_T

5 comments:

dEe said...

aku baca. hehe.

The Me said...

hahahahahaha..
ku mampu gelak aje :P
pasal phone, try la SE Vivaz :)

cuna said...

Dee: Betul ke ni?huhuhu daku sungguh terharu. ko la satu2nye reader aku yg paling loyal. muaxx!!

cuna said...

The Me: Aik nape mampu gelak je? Part mane yang menggelikan hati itu?sila nyata kan which sub topic...hehehe

SE Vivas bape hengget tu?Tak boleh mahal2 sgt. Bos bukan bagi gaji lebih pun even keje tunggang terbalik T_T

The Me said...

bos kijam itu sgt best dan mampu buat tersenyum
SE Vivaz ard 950 kot